 
  Mana Boleh Tutup Terlalu Cepat. Ini Sumber Kewangan Selangor
HULU LANGAT, 30 Mei 2012 - Kerajaan Negeri Selangor  dilihat masih terkial-kial mencari penyelesaian masalah kegiatan tidak  bermoral di rumah-rumah urut di sekitar negeri tersebut. 
  Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memberitahu  kerajaan negeri bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan masih di peringkat  membuat kajian bagi mengatasi masalah penyalahgunaan lesen rumah urut di  Selangor.
  Antara kajian yang sedang dilakukan katanya adalah untuk memastikan  samada kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk merampas premis yang  didapati menjalankan aktiviti tidak bermoral.
  Katanya lagi, usaha sedang dijalankan bagi memastikan jika premis yang  melakukan aktiviti tidak bermoral tersebut disewa, pemilik sebenarnya  juga akan dipertanggungjawabkan.
  "Kerajaan negeri sedang menyediakan aturcara undang-undang. Sebelum dikuatkuasa, PBT akan mengeluarkan amaran terlebih dahulu.
  "Selepas diberi amaran, jika premis itu masih menjalankan kegiatan  tidak bermoral, PBT akan beri borang perampasan. Akhirnya pemilik tanah  harus bertanggungjawab," katanya.
  Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas program khas Terima Kasih Rakyat di Hulu Langat hari ini.
  Selain itu, Khalid turut menambah yang kerajaan negeri mungkin akan  melaksanakan 'aku janji' kepada pemilik premis perniagaan bagi menangani  masalah kegiatan tidak bermoral di rumah-rumah urut di Selangor.
  "Keduanya, jika pemilik premis menyewakan premis mereka, dan didapati  perniagaannya meragukan, kita nak pemilik tanah menandatangani aku janji  setuju jika penyewa langgar syarat perniagaan, premis tersebut akan  dirampas," katanya.
  Aktiviti tidak bermoral di rumah-rumah urut didapati semakin bercambah  sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran Selangor pada 2008.
  Di Pekan Kuala Selangor sahaja, tujuh pusat urut dikesan beroperasi.
  Perkara ini membimbangkan penduduk-penduduk di negeri ini yang risau ia akan memberikan kesan negatif kepada golongan muda.
sumber : KLPOS
Lihat alasan demi alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim ...
 
 
0 comments:
Post a Comment