Tuesday, June 26, 2012

Apa yang dilakukan Zahid Hamidi di Parlimen Hari Ini ...

KUALA LUMPUR 26 Jun - Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi berkata satu akta akan ditubuhkan bagi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari perkhidmatan mereka.

Beliau memberitahu perkara tesebut pada sidang media di Parlimen, hari ini, bahawa kerajaan akan memberi bantuan seumur hidup kepada bekas pesara dan veteran angkatan tentera.

Zahid turut berkata kerajaan Malaysia memberikan bantuan lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh negara lain kerana bantuan seumur hidup itu turut meliputi bantuan kepada isteri dan anak-anak anggota tentera.

Beliau memberitahu akta yang akan dibahaskan ini dalam Dewan Parlimen akan dibentangkan dan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong bagi membolehkan objektif bantuan ini tercapai.

"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia termasuk mereka yang telah bersara.

"Melalui akta ini, 202,675 anggota yang memilih berkhidmat secara jangka pendek dan mereka yang telah memohon berhenti sebelum tamat perkhidmatan asas yang ditetapkan 21 tahun, juga layak menerima pencen," katanya.

Artikel seterusnya, klik PEMBANGKANG PENING LAGI



Tahniah diucapkan kepada Zahid Hamidi gara-gara kerja gila beliau hari ini, kesemua bekas anggota tentera diberi bantuan seumur hidup.

Tidak kira pesara, yang pendekkan perkhidmatan, yang berhenti perkhidmatan awal ... anak bini pun merasa bantuan seumur hidup dari kerajaan.

Usul ini akan dibentangkan, dibahaskan dan seterusnya akan diperkenankan kepada Yang Dipertuan Agong untuk dijadikan Akta.

Dengar khabar dari rakan yang berada di Parlimen tadi, pemimpin pembangkang melopong besar dengan pengumuman Zahid Hamidi.

Habis semua ahli parlimen pembangkang stop buat press conference. Angin satu badan, hilang selera buat sidang media ...

Gilalah Zahid Hamidi ...



4 comments:

Anonymous said...

Excellente DSZH. Good Jobs. Well Done.

Anonymous said...

Excellente DSZH. Good jobs. Well done

Anonymous said...

Belum cuba belum tahu, selamat melabur! KALAU DAH CUBA BERKUBUR MACAMMANA!!!!! IKUT SYARIAH KA?? JADI DARAH DAGING TAU!!!

Anonymous said...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, tapi kalau clik link tu boleh rugi beribu. Kalau hg boleh buat duit, diam2 aja lah. sibok nk bagi org lain kaya. Mana ada dalam dunia.

Mat Gi