KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik balik penangguhan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (UNISEL) selepas menerima rayuan pengurusan universiti berkenaan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata surat rayuan kepada beliau itu antara lain memaklumkan UNISEL yang dimiliki kerajaan Selangor masih memerlukan PTPTN dan belum bersedia memperkenalkan pendidikan percuma untuk pelajarnya.
“Selepas meneliti surat rayuan Naib Canselornya dan selain menimbang nasib pelajar, penangguhan pembiayaan ditarik balik,” katanya semalam.
Mohamed Khaled juga menjelaskan penangguhan pembiayaan PTPTN hanya bersifat sementara kerana PTPTN memerlukan masa untuk mengkaji implikasi berhubung cadangan dan gesaan memperkenalkan pendidikan percuma.
Sebelum ini PTPTN menangguhkan sementara pinjaman kepada pelajar UNISEL selepas beranggapan universiti yang dimiliki Kerajaan Selangor seperti UNISEL dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia serta komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar, sekali gus menolak pinjaman PTPTN.
Sementara itu Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohd Said, berkata penarikan balik dibuat selepas mengambil kira kesan terhadap pelajar yang terpaksa berdepan masalah kewangan jika gagal mendapatkan pinjaman.
“Saya menerima panggilan telefon daripada ibu bapa yang merayu pinjaman diteruskan kerana akan ada pelajar terpaksa menamatkan pengajian atau melakukan kerja sambilan kerana ketiadaan pembiayaan.
“Justeru, kami bersimpati nasib mereka dan mengambil keputusan untuk menarik balik penangguhan ini bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian tanpa sebarang masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau juga berkata, tindakan itu memberi peluang kepada kerajaan pakatan pembangkang membuktikan kemampuan memberikan pendidikan percuma. 
Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya ...
Kalau  dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut  rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak  Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu membuat onar yang sama  dalam isu PTPTN.
Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar  Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar  yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.
 Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada  pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut  dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.
  Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak  akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji  kosongnya.
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu  menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk  menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.
  Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa  kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk  membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.
  Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan  negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?
Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?
Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar  hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga  janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.
  Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap  dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai  yang dimiliki Unisel.
Isu PTPTN telah memakan  diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan  Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.
Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.
Satu tamparan dan flying kick terhadap Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli apabila UNISEL mengaku tidak mampu memberikan pendidikan percuma terhadap pelajarnya.
Amaran terhadap pembangkang ... Lain kali jangan perjudikan nasib pelajar semata-mata untuk meraih undi.  
Padanlah DAP senyap sunyi, langsung tidak menyahut permainan 'politik gila' Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.

 



 
0 comments:
Post a Comment