GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/10/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Inilah Maksud 'Anugerah Tuhan' ... PENZINA, PELIWAT, BOLEH BERI TAZKIRAH - Nik Aziz

| Sunday, June 10, 2012




Inilah akibatnya apabila seseorang yang bukan ahli memberi tazkirah di Masjid. Inilah akibatnya apabila AJK Masjid Raja Muda Musa Semenyih tidak mematuhi Titah DYMM Sultan Selangor dengan menjemput Raja Liwat dan Raja China Doll Negara memberi tazkirah di Rumah Allah. 
Hebat manusia bernama Anwar Ibrahim ini. Serba boleh. Ceramah boleh. Tazkirah boleh. Dengan perempuan boleh, dengan lelaki pun boleh, dengan China Doll boleh, dengan bini orang pun boleh. Pendek kata serba boleh. Depan belakang sama sahaja.

Anwar Ibrahim di dalam tazkirah merepeknya lebih kurang setengah jam mengaku semasa kecil dahulu pernah mencuri buah pala di sebuah Kebun China di Tanjung Tok Kun. 
Bantahan dari masyarakat Semenyih
Patutlah, perangai dari kecil hingga ke tua jahatnya tak pernah berhenti! Anwar Ibrahim juga berkata di dalam tazkirah, kalau beliau membuat umrah, buat haji, beliau tidak suka masuk TV, tidak suka masuk suratkhabar, tidak mahu dihebah-hebahkan. Ada juga malaun-malaun yang duduk di dalam tazkirah berkenaan percaya dengan Raja Liwat ini. 
Anwar Ibrahim juga bertazkirah mengatakan bahawa bencana banjir yang berlaku akibat dari perangai pemimpin. Betullah tu Anwar, sebab perangai pemimpin Pakatan Haram Selangorlah, Kajang Banjir!

Penyokong setia Peliwat dan Penzina Tegar

CTS difahamkan daripada makmum yang hadir, hanya sekitar 250 orang sahaja yang hadir ke Masjid, tidak sampai separuh masjid. Selepas bersembahyang Isya dan merepek di dalam tazkirah selama lebih kurang setengah jam, Anwar Ibrahim bergegas pula ke Stadium Kajang untuk program "Merdeka Rakyat".
Yang CTS tidak faham, sejak bila pula Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi tauliah mengajar Agama kepada pakar motivasi China Doll ini. Kalau diberi, apa kelayakan Agama Anwar Ibrahim. Kalau tidak diberi, tindakan harus diambil ke atas AJK Masjid Raja Muda Musa Semenyih. Tidak hairanlah penduduk Semenyih bangun untuk menyatakan bantahan agar Masjid tidak digunakan untuk tujuan politik. Tahniah buat mereka.




Saya Akui Unisel Belum Sedia Beri Pendidikan Percuma - Khalid Ibrahim

|




KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik balik penangguhan pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (UNISEL) selepas menerima rayuan pengurusan universiti berkenaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata surat rayuan kepada beliau itu antara lain memaklumkan UNISEL yang dimiliki kerajaan Selangor masih memerlukan PTPTN dan belum bersedia memperkenalkan pendidikan percuma untuk pelajarnya.

“Selepas meneliti surat rayuan Naib Canselornya dan selain menimbang nasib pelajar, penangguhan pembiayaan ditarik balik,” katanya semalam.

Mohamed Khaled juga menjelaskan penangguhan pembiayaan PTPTN hanya bersifat sementara kerana PTPTN memerlukan masa untuk mengkaji implikasi berhubung cadangan dan gesaan memperkenalkan pendidikan percuma.

Sebelum ini PTPTN menangguhkan sementara pinjaman kepada pelajar UNISEL selepas beranggapan universiti yang dimiliki Kerajaan Selangor seperti UNISEL dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia serta komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar, sekali gus menolak pinjaman PTPTN.


Sementara itu Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohd Said, berkata penarikan balik dibuat selepas mengambil kira kesan terhadap pelajar yang terpaksa berdepan masalah kewangan jika gagal mendapatkan pinjaman.

“Saya menerima panggilan telefon daripada ibu bapa yang merayu pinjaman diteruskan kerana akan ada pelajar terpaksa menamatkan pengajian atau melakukan kerja sambilan kerana ketiadaan pembiayaan.

“Justeru, kami bersimpati nasib mereka dan mengambil keputusan untuk menarik balik penangguhan ini bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian tanpa sebarang masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau juga berkata, tindakan itu memberi peluang kepada kerajaan pakatan pembangkang membuktikan kemampuan memberikan pendidikan percuma.


Inilah hasil budaya fitnah yang diamalkan oleh Anwar selama kerjaya politiknya ...

Kalau dahulu ia di tahan di bawah ISA pada awal 1970an kerana menghasut rakyat Baling bangkit menentang kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein atas isu kemiskinan, kini Anwar mahu membuat onar yang sama dalam isu PTPTN.

Anwar tidak peduli samada nasib pelajar-pelajar Melayu terbela atau tidak apabila beliau mengapi-apikan supaya pelajar yang menerima pinjaman PTPTN tidak membayar pinjaman mereka.

Alasan yang diberikan ialah Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, dan tidak perlu lagi pinjaman tersebut dibayar mulai sekarang kerana ia akan dimansuhkan juga.

Beginilah niat jahat Anwar yang menjanjikan sesuatu yang belum dan tidak akan berlaku dengan mengeksploitasi minda generasi muda melalui janji kosongnya.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahu menunjukkan hero dengan berkata sebahagian aset Unisel akan dijual untuk menampung keperluan pendidikan pelajar universiti tersebut.

Dengan sendirinya Khalid telah membuka pekungnya kepada rakyat bahawa kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pendidikan pelajar universiit miliknya sendiri.

Apa perlu Selangor menjual aset Unisel jika benarlah dakwaan kerajaan negeri mempunyai rizab tunai lebih RM1 bilion yang amat dibanggakan itu?

Apa logiknya jika Selangor sudah kaya dengan simpanan tunai tetapi terpaksa juga menjual harta sendiri apabila keadaan terdesak?

Tidak lain tidak bukan dakwaan rizab yang besar hanyalah satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat sebagaimana juga janji-janji kosong mereka yang dibuat pada pilihan raya umum 2008.

Dalam erti kata lain Selangor di bawah pembangkang sudah hampir bankrap dan ini dibuktikan dengan tindakannya mahu menjual aset-aset bernilai yang dimiliki Unisel.

Isu PTPTN telah memakan diri pembangkang sendiri dan mendedahkan tembelang Anwar dan Pakatan Rakyat yang suka berbohong kepada rakyat dan membuat janji manis.

Pembangkang boleh membuat timbunan janji dan mimpi manis tetapi hanya BN sahaja yang mampu mengotakan apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat.


Satu tamparan dan flying kick terhadap Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli apabila UNISEL mengaku tidak mampu memberikan pendidikan percuma terhadap pelajarnya.

Amaran terhadap pembangkang ... Lain kali jangan perjudikan nasib pelajar semata-mata untuk meraih undi. 

Padanlah DAP senyap sunyi, langsung tidak menyahut permainan 'politik gila' Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.





Nasruddin Tantawi BAKAL DIPECAT - Nik Aziz

|






KUALA LUMPUR 9 Jun — Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang Pas pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari lepas.

Sementara itu, beliau menempelak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyeru rakyat Kelantan supaya tidak menderma bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Baharu-Kuala Krai di Kelantan.



Masih ada lagi dikalangan pemimpin PAS berfikiran rasional. Mengakui apa yang diusahakan dan diberikan oleh kerajaan sebagai baik dan murni untuk rakyat.

Cuma apa yang dibimbangkan ada kemungkinan Nasrudin Hasaan Tantawi pula bakal 'disejuk bekukan' atas dasar memberi pujian dan sokongan apa yang diusahakan oleh kerajaan ... Barisan Nasional sebenarnya.

Tidak mustahil beliau akan turut menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa.

Puak-puak Parti Adat & Sosialis ini gila sikit ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU