
GOMBAK, 11 Sept — Pemimpin PKR dan DAP tidak melihat pendirian PAS bahawa jawatan perdana menteri dan timbalannya akan disandang oleh komuniti Islam sebagai isu “serius” sambil menegaskan, perkara itu masih belum dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun menurut mereka, terdapat satu konsensus antara tiga parti itu bahawa jawatan perdana menteri akan diberikan kepada pemimpin Islam parti perikatan itu.
Malah kata mereka, semua pihak telah bersetuju Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik mengetuai kepimpinan negara sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
“Itu sekadar pendirian PAS bukan Pakatan Rakyat kerana kita masih belum berbincang sampai ke tahap itu.
“Kita perlu lihat apa konsensusnya, adakah ketua pembangkang sekarang merupakan dari parti yang majoriti dalam Pakatan Rakyat, parti yang majoriti adalah DAP tapi pendirian Pakatan Rakyat adalah Anwar adalah ketua pembangkang, lazimnya ketua pembangkang dipilih berdasarkan parti yang majoriti atau kerusi majoriti,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada Hari Terbuka PAS sempena Aidilfitri di Taman Melewar di sini.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke turut memberi jawapan yang sama bahawa dua jawatan tertinggi negara masih belum dibincangkan.
Bagaimanapun beliau berkata, “tidak menjadi kesalahan” untuk Melayu-Islam memegang kedua-dua jawatan itu.
“Walaupun ia tidak disebut atau dibincangkan tetapi realiti politik adalah perdana menteri itu mesti Islam.
“Pada masa yang sama, tiada apa yang boleh menghalang kita mempunyai lebih daripada seorang timbalan perdana menteri... kita tidak perlu berfikiran sempit,” katanya. - MALAYSIAN INSIDER, 11 September 2011
Belum apa-apa lagi sudah bermula episod cantas-mencantas, downplayed antara parti pembangkang.
Hmmm ... kempunan nampak gayanya Hadi Awang mahu diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.
PAS mahu Hadi Bawang menjadi Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri ...PKR mahu Anwar 'Peliwat Tegar' Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri ... DAP? Of course Lim Kit Siang ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri! ... silap gaya Backdoor Perdana Menteri!
Belum tentu menang balik 76 kerusi parlimen PRU13 nanti dah bergaduh bertekak siapa menjawat jawatan apa!
Barisan Nasional? ... Dari dahulu sehingga kini, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetap seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam ... tak kecoh pun! Biasa tu Bro!
Agak malang ... penyokong pakatan haram yang akhirnya tercengang dengan gelagat pemimpin pembangkang. Kasihan ... Kah kah Kah!




