Thursday, September 1, 2011


Kadangkala GWM pelik juga, penyokong kerajaan suka melompat dan bersilat apabila MERDEKA CENTRE mengeluarkan laporan kaji selidik yang dibuat.

Kita menggelabah tak tentu hala ... laporan longkang, low class report, indikasi tidak tepat, pembangkang main kasar, mengabui minda rakyat dan sebagainya.

Rileks bro ... ini cuma kajiselidik sahaja berdasarkan 1,000 responden oleh MERDEKA CENTRE. Sudah sememangnya kajiselidik yang dilakukan sukar dipercayai, namun ... don't take it seriously and please do not take it lightly!




Jom kita layan sebentar populariti Perdana Menteri DS Najib pada kacamata MERDEKA CENTRE ...

Mei 2009 - 45 peratus, basis
Jun 2009 - 65 peratus, naik 20 peratus
Sept 2009 - 56 peratus, turun 9 peratus
Mei 2010 - 72 peratus, naik 16 peratus
Mac 2011 - 67 peratus, turun 5 peratus
Mei 2011 - 65 peratus, turun 2 peratus
Ogos 2011 - 59 peratus, turun 6 peratus

Purata populariti DS Najib ... masih lagi meningkat purata 14 peratus dalam tempoh 27 bulan! purata turun lebih rendah dari purata peningkatan polulariti!

Kira ok lah! take it positive! .. compliment sebenarnya kepada pentadbiran DS Najib oleh MERDEKA CENTRE!



Cuba kita bandingkan dengan kajiselidik oleh UMCEDEL (Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya Universiti Malaya) tahun 2010 ke atas Anwar Ibrahim.



Mak Datuk! ... 41 peratus reject si kaki balun belakang Anwar Ibrahim!



Bapak Maut! ... 52 peratus tolak si kaki balun belakang Anwar Ibrahim! Gila Babs ni! Ini baru kajiselidik tahun 2010, tahun 2011? ... negative figure?


Kalu lu orang tanya Anwar Ibrahim pun, bukannya dia confident dan layak menjadi Perdana Menteri ... sure dia jawab macam ni.




Tak payahlah kecoh-kecoh sangat pasal kajiselidik ni! Anwar Ibrahim pun tau BN akan menang PRU13 ...


15 comments:

Anonymous said...

Kahkahkah... itu semua adalah propaganda pembangkang untuk menipu rakyat dan menjatuhkan kredibiliti PM kita sebab mereka tahu PRU13 akan menjelang..

kalau tak percaya, kita tengok je nanti ulasan propaganda mereka yang akan lebih menurun lagi selepas PM istihar parlimen dibubarkan.

Anonymous said...

Mesti tunjuk nampak relakz sebab itu good for the press ,
UMNO tak bolih ambil berat dan JUGA tidak blh ambil rengan.
Perpatah politik kata:sahabat kita rapatkan,musuh kita, kita dakap.
Kalu benar kepopularaan Najib jatuh,ia bukanlah kerna DSAI,Ambiga,bersih,paul malot,atau Dap atau doa Wali atau KPI KRA Pemandu,khazanah,1billion menara PNB atau anak felda atau liberalisasi bank firma professional atau bagi lebih scholarship, atau legacy atau konspirasi dalaman parti,akan tetapi kerana flom.
Kalu betul: maka tiada apa blh damage control,blogger pro bn malas nak defend,dan PRU 13 ,PR tak payah kerja kuat sbb MUFC tendang bola masuk goal sendiri.
Mungkin 2008 berulang dengan kekeurangan majoriti sebab pas nak taruk muka baru 60orang AP,tungul kelapa pun akan menang.Siputih pompuan cina tu, dah kata kalu BN belang di Selangor kerna pakai tak bersih?.
3 juta ahli UMNO pekak buta tuli.
Blogger pro BN buat letih penat.
Kenapa dan mengapa semua 3 juta pasang mata tak nampak the emperors new clothes.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

kepada anak anak yang merantau masih beraya dikampung ada lagi satu hari untuk menerangkan isu isu semasa bagaimana manusia mengunakan gelaran baik baik spt ulamak mengeluarkan fatwa sesat,pejuang anti tuhan yang menjunjung komunis sebagai hero dan menyokong murtad and pluralisme masa terbaik menerangkan pada orang kampung dan keluarga sendiri bahaya puak ini menjahanamkan bangsa dan ugama...ayuh sebarkan hapuskan mereka....beraya sambil berjihad...

Dot said...

hah! hah! hah!

lucu menar ambo tengok muko nwar berahi tuh oyak dia tak layak jadi PM!! sebijik muko keno arsenik!!!

koh! koh! koh!

Anonymous said...

Biasalah, inikan kerja Pakatan Rakyat, kononnya NGO bebas, penyelidik bebas, itu semua adalah sikap pura-pura saja. Saya sudah menyampah dengan NGO dan kumpulan-kumpulan yang menjadi pekakas kepada Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan kerajaan. Mereka tuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan, kemudian keluarkan fakta dan laporan bertaraf longkang hingga ekonomi negara tergugat, rakyat menjadi keliru, ini semua untuk kepentingan politik Pakatan Rakyat saja, sedangkan kepentingan negara dan rakyat mereka tendang ke tepi. Merdeka Survey tak nak buatkah berapa bilion pelaburan asing masuk dek kerana perhimpunan haram dan liar Bersih 2.0? Buatlah kajian berkenaan ini juga, ini kerana ia melibatkan kepentingan negara, bukannya membuat kajian bertaraf sampah yang tak layak dikitar semula.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat dan akhbar-akhbar sampah mereka masih membela tindakan Mat Sabu memperlekehkan pasukan polis Bukit Kepong yang mempertahankan kampung berkenaan dari serangan komunis, lihatlah putar belit dan helah oleh puak-puak serban dan lebai putih PAS ini: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5181-mat-indera-dapat-tauliah-agama-dari-kerajaan-johor-

Saya tak hairan sangatlah dengan Pakatan Rakyat ini, semua benda mereka nak putar belitkan, nanti kalau dengan membela Israel untuk kepentingan politik pun mereka mungkin sanggup juga, kerana politik adalah cita-cita utama Pakatan Rakyat, sedangkan negara dan rakyat hanyalah alat untuk Pakatan Rakyat berkuasa saja.

Anonymous said...

Lihat ini pula, tindakan bangang dari Pakatan Rakyat hendak memburukkan kerajaan: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/5188-umno-bangga-parti-itu-dipuji-parti-komunis-cina

Pakatan Rakyat patutnya sedar bahawa Parti Komunis China adalah pemerintah di negara China, sedangkan komunis yang dibela oleh Mat Sabu adalah pemberontak yang mahu merampas kuasa. Ini adalah dua perkara berbeza. Tapi dengan Pakatan Rakyat ini, biasalah, semuanya nak dipolitikkan. Dulu UMNO kerjasama dengan MIC dan MCA yang dapat terima keistimewaan Melayu dan Islam, PAS kata haram dan berdosa, tapi sekarang PAS jadi 'anjing suruhan' DAP dengan menyalak ke sana ke mari untuk memecah belahkan masyarakat bumiputera dan Islam, boleh pula dibuat. Inilah sikap politikkan apa saja yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat ini akan buat apa saja untuk mencapai apa yang mereka hendak sekalipun mengorbankan rakyat dan kepentingan negara ini. Kalau Pakatan Rakyat kata saya fitnah, lihat balik perhimpunan haram dan liar BERSIH 2.0, negera kerugian beratus juta ringgit pada hari itu saja, malahan negara mendapat imej yang buruk kerana sikap gila babi Pakatan Rakyat yang sanggup buat apa saja hatta menggadaikan negara ini pun mereka sanggu demi nafsu serakah mereka. Jenis manusia pelahap seperti Pakatan Rakyat ini bukannya boleh dipercayai, kuat penipu, kuat menghasut, kuat putar belit, itulah kerja mereka, urusan pembangunan diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional, sedangkan Pakatan Rakyat pula sibuk menjadi perosak kepada usaha-usaha pembangunan oleh kerajaan. Pakatan Rakyat muka tak tahu malu, dasar penjahat, perosak, pengkhianat, pergi jahanamlah dengan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Merdeka Center ini pergi buat kajian di kalangan penyokong tegar Pakatan Rakyat, sudah tentu keputusannya tidak elok. Kalau sekadar 1000 orang responden saja, itu ada kualitikah? Pergi buat kajian di mana? Seputeh, Cheras, Kepong? Itu semua kawasan penyokong tegar Pakatan Rakyat, memanglah keputusan sebegitu rupa. Saya sarankan kepada Merdeka Center, untuk lebih berkualiti, pergilah buat kajian terhadap berapakah tahap kerugian dan sengsara yang dialami oleh negara dan rakyat semasa demontrasi liar dan haram BERSIH 2.0. Itupun kalau jenis berkecualilah, kalau Merdeka Center ini pekakas Pakatan Rakyat, jangan haraplah mereka akan buat kajian kesan melampau terhadap negara dan rakyat akibat demontrasi liar dan haram BERSIH 2.0 itu. Buatlah kajian kalau berani, itu pun kalau bukan pekakas kepada Pakatan Rakyatlah. Nanti kalau buat kajian terhadap kesan melampau terhadap negara dan rakyat akibat demontrasi liar dan haram BERSIH, pergilah tanya peniaga dan orang ramai yang terjejas dengan perhimpunan haram dan liar berkenaan, jangan pergi tanya Ambiga, Mat Sabu, Anwar, Suhardi Md Isa, Nik Aziz dan puak-puak Pakatan Rakyat yang tak tinggal di Kuala Lumpur pula. Kalau nak tanya Ambiga, Mat Sabu, Anwar, Suhardi Md Isa, Nik Aziz dan puak-puak Pakatan Rakyat yang tak tinggal di Kuala Lumpur yang terlibat dengan perhimpunan haram dan liar itu, tanyalah apakah layanan polis terhadap mereka, nasi beriani dan lauk pauk serta makanan dan minuman RM 25 seorang, disediakan tempat solat, kalau kata PDRM jahat dan ganas, tak tahulah jenis apa orang itu.

Anonymous said...

Lihat ini lagi satu putar belit dari puak-puak Pakatan Rakyat: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5173-bukit-kepong-serangan-terhadap-british

Kepada Mujahid Yusof Rawa, kalau benarlah mereka (Mat Indera, Goh Peng Tun dan gerombolan komunis) mahu menyerang British, apahal mereka merompak orang kampung? Apahal mereka menangkap orang kampung yang tak bersenjata lalu diheret di hutan dan dibunuh hingga tidak di ketahui kubur orang kampung yang menjadi mangsa itu hingga kini? Apahal komunis pergi menyerang kampung-kampung bukan saja di sekitar Bukit Kepong, tapi di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Inilah sikap pimpinan Pakatan Rakyat, berlagak pandai, tapi pandir, lebih pandir dari Pak Pandir. Ini semua adalah propaganda dari Pakatan Rakyat untuk buruk-burukkan kerajaan saja, mereka akan tuduh kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan sedangkan tak ada pun 4 saksi lelaki beriman, tak ada video yang dikatakan besi, tapi apahal Pakatan Rakyat boleh tuduh kerajaan tanpa apa-apa bukti sesuka hati? Ini Islam mazhab apa? Mazhab Pakatan Rakyat dimana kerana untuk populariti politik, segala benda boleh dipolitikkan, penipuan pun boleh, ini ikut Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada manusia atau buku The Prince karangan Niccolo Micheavelli? Orang ramai jangan terpedaya dengan propaganda keji dari Pakatan Rakyat ini, mereka akan peralatkan apa saja untuk kepentingan politik, semua benda akan dipolitikkan, hinggakan DAP peralatkan ayat Al-Quran dan hadis dengan baca tak ikut peraturan pun, mereka akan kata tak salah, dakwah, kepala otak mereka, itu semua permainan politik murahan oleh Pakatan Rakyat yang memang jenis penipu dan pembelit yanb berbahaya.

Anonymous said...

Lihat, ini lagi satu penipuan oleh Pakatan Rakyat untuk membela segala tindakan tidak betul mereka: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5175-umno-padam-jasa-agamawan-nasionalis

Drs. Dzul, blogger yang menyekat komen-komen saya kerana dia tak dapat jawab, sekarang ini nak menipu lagi, kononnya kerajaan mengubah sejarah dan menjadi boneka British. Buat lawak bodoh sajalah Drs. Dzul ini bila menuduh kerajaan tidak mengiktiraf perjuangan Tok Janggut, Dato' Bahaman, dan lain-lain penentang British semasa negara ini dibawah penjajahan British. Dalam buku-buku sejarah di sekolah pun ada menerangkan peranan pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Dato Bahaman serta lain-lain pejuang kemerdekaan, malahan pejuang aliran kiri seperti Ahmad Boestaman, Pak Sako dan lain-lainnya juga diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Perjuangan Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan rakan-rakan mereka menentang penjajah British, mereka berperang dengan polis sipahi Sikh dari India, tapi di Bukit Kepong, polis mempertahankan penduduk kampung, bukannya nak menindas orang kampung? Malahan 'pejuang' seperti Mat Indera dan gerombolan komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong dan merompak serta membunuh orang kampung, itu pejuang kepala otak Drs. Dzul, itu pengganas, ada faham? Tak payahlah Drs. Dzul nak menipu lagi, kalau berani jangan sekatlah komen dari saya, Mohamad (bukan Mohamad Sabu) dalam blog anda, bukannya melalak tak tentu arah menipu orang ramai melalui Harakah yang penipu itu.

Anonymous said...

Lihat ini satu lagi propaganda murahan Pakatan Rakyat: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5169-sejarah-cakaplah-benar-walaupun-pahit

Kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, kebenaran apanya kalau Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga ahli PAS dilarang bercakap di landasan kebenaran berkenaan isu Lynas? Ini ajaran Islam Mazhab PAS yang hanya membenarkan apa saja dibuat demi keuntungan dunia bagi PAS, isu halal haram dan pembalasan akhirat, lantaklah, dunia lebih penting, kuasa politik lebih penting dari kebenaran, inilah pemikiran puak-puak Pakatan Rakyat ini. Pakatan Rakyat kalau di pihak benar, apahal larang Ahli Parlimen Hulu Langat dari menerangkan hal sebenar berkenaan Lynas yang diputar belitkan oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan (PKR)? Ini ajaran Islam mazhab apa? Mazhab Pakatan Rakyat? Kitab The Prince karangan Niccolo Micheavelli? Imam Abdullah bin Ubai, ketua munafik? Cakap saja lebih, harap serban saja sebesar bakul, harap jubah saja macam baju Batman, tapi pemikiran macam pemikiran pengganas. Pakatan Rakyat penyokong pengganas, sebab itulah mereka membela komunis. Pakatan Rakyat pembelit dan kaki auta, pembohong, perosak, pemutar belit.

Anonymous said...

Lihat ini satu lagi propaganada buruk dan keji dari Pakatan Rakyat: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5185-anwar-alukan-sambutan-aidil-fitri-di-kawasannya

Sambutan Aidilfitri diadakan bukan saja di Permatang Pauh, malahan di Pagoh, Pekan, Rompin, Alor Setar dan merata-rata. Apahal nak politikkan isu sambutan Aidilfitri di Permatang Pauh pula? Anwar tak payahlah nak berlagak dan memperlekehkan kerajaan, sahutlah dahulu perbicaraan secara lelaki dengan bersedia untuk disoaljawab oleh pendakwaraya di mahkamah, bukannya sibuk membaca teks di kandang tertuduh, sudahlah itu teks itu pula tidak menerangkan secara terperinci apa yang belaku di lokasi kejadian pada hari kejadian, tapi yang banyaknya menuduh Tun Dr. Mahathir, menuduh mahkamah, menuduh polis, menuduh hakim menuduh orang itu dan ini buat ainaya pada dia (Anwar), tapi tak berani pula dia nak terangkan apa yang dibuat di lokasi kejadian pada hari kejadian terhadap Saiful. Terangkanlah apa yang Anwar buat terhadap Saiful di lokasi kejadian pada hari kejadian, apakah sedang main dam aji, main masak-masak, main sorok-sorok, main polis sentri, apa yang sedang dibuat di lokasi kejadian pada hari kejadian, sila terangkan, kalau sekadar penafian tanpa bukti dengan sibuk menuduh orang itu dan ini buat konspirasi terhadap dia dengan baca teks yang entah siapalah pengarangnya itu, apa guna, lebih baik bagi budak tadika saja baca teks berkenaan bagi pihak Anwar. Kepada Anwar, ingatkah lagi pada motto anda: KALAU TAKUT DIKRITIK USAH BICARA SOAL PERJUANGAN, tapi apahal anda kini takut berhadapan dengan perbicaraan? Jangan cakap saja lebih, tapi hampas saja, apa guna? Cakap saja lebih, tapi penipu dan pembelit saja.

Anonymous said...

Lihat ini lagi adalah penipuan dan kelentong Pakatan Rakyat: http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/5184-bahagian-1v-new-zealand-sebagai-negara-kebajikan

Malaysia sekarang ini telah menjadi negara berkebajikan sejak mencapai pemerintahan dari British lagi. Malahan, ramai pimpinan Pakatan Rakyat mendapat kebajikan yang sama kerana mereka dulu bersekolah yang disubsidikan oleh kerajaan, mak bapa mereka beli barang dan kini mereka beli barang pun disubsidikan oleh kerajaan, malahan jalan raya, kemudahan kesihatan, keselamatan, adalah kebajikan yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, malahan dengan muka tak tahu malu pimpinan Pakatan Rakyat masih lagi hantar anak mereka sekolah di sekolah yang disubsidikan oleh kerajaan, begitu juga dengan tanpa rasa malu, mereka masih lagi memandu di jalan raya yang disediakan oleh kerajaan, beli barangan pun guna subsidi oleh kerajaan, apahal mereka tak buat sekolah sendiri, tak buat jalan raya sendiri, dan jangan guna subsidi bila beli barangan kerana kononnya negara ini bukan negara berkebajikan. Inilah jenis muka tak tahu malu dan jenis muka tahi lembu macam Pakatan Rakyat ini mana peduli apa, tuduh kerajaan macam-macam, tapi menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan juga.

Lihatlah negara kebajikan kepala otak Pakatan Rakyat yang menindas peniaga di Pulau Pinang bila peniaga-peniaga kecil dihalang berniaga, malahan kedai-kedai mereka dirobohkan dengan alasan tak ada lesen, tapi kelab malam dan rumah urut serta pusat maksiat yang bukan saja tak ada lesen, tapi ceroboh tanah kerajaan serta langgar peraturan dibela habis-habisan. Perkara ini bukan saja di Pulau Pinang, tapi Selangor pun sama naiknya menindas peniaga kecil dan membela tokey kelab malam, rumah urut dan pusat maksiat tak berlesen dan langgar peraturan. Di Kedah, UUM dipaksa bayar cukai tanah 17.4 kali ganda lebih tinggi dari yang dibayar oleh universiti itu semasa Kedah ditadbir oleh Barisan Nasional, kemudian, bekalan air di UUM tidak dipedulikan oleh Pakatan Rakyat, ini kebajikan kepala otak Pakatan Rakyat. Di Kelantan, sibuk berceramah di sana sini hingga tiada pembangunan untuk negeri bagi kemudahan warga Malaysia di Kelantan hingga anak-anak Kelantan terpaksa pergi ke negeri orang untuk bekerja kerana begitu kurangnya peluang kerja di Kelantan. Di Kelantan, mana dia pusat perindustrian? Yang banyaknya adalah markaz PAS untuk buat ceramah maki hamun dan hasutan, itu negara kebajikan kepala otak Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat ini cakap saja lebih, macam-macam mereka janji, itu dan ini, tapi itu semua menipu saja, lihat saja menifesto PRU 12 mereka, 80% tak dilaksanakan, mereka hanya sibuk berpolitik sepanjang masa, mana mereka nak peduli hal pembangunan demi kesejahteraan negara dan rakyat. Barisan Nasional pula sibuk hal pembangunan negara dan rakyat walaupun dihentam bertubi-tubi dengan cara keji oleh Pakatan Rakyat. Fikirkanlah.

samakita said...

mengkritik tak bererti menentang menyetujui tak semestinya menyokong menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik...


http://samakita.blogspot.com/

Sebagai penulis blog baru,sudah tentu saya memerlukan sokongan anda semua,oleh itu saya memohon jasa baik rakan semua meletakkan url blog saya pada blog tuan/puan
Jasa baik anda amat diharapkan

Anonymous said...

blog syok sendiri. sendiri tulis sendiri komen kahkahkah