Tuesday, September 27, 2011





GWM paparkan kembali petikan kenyataan Hadi Awang mengenai konsep empat saksi dalam perlaksanaan Hukum Hudud sebagai pembuka bicara. Dimanakah konsep keadilan dalam Islam? Walhal Hadi Awang cukup arif mengenai Hudud, Qisas, Diat dan Ta'zir.



JENAYAH DALAM ISLAM
Secara ringkas, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud maka dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes dari mahkamah.

1) Hudud - Hukuman yang telah ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang tidak boleh ditokok tambah atau dikurangkan.
2) Qisas - Hukuman yang ditetapkan dalam nas nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. kerana kesalahan kesalahan yang melibatkan hak individu.
3) Diat - Denda yang dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti Qisas.
4) Ta'zir - Hukuman ke atas jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh Allah Taala dan terpulang kepada hakim untuk menetapkannya.





Perlakuan zina ada tiga cara untuk dijatuhkan hukuman sama ada hudud atau ta'zir.

1) Ikrar dan pengakuan zina
2) Empat orang saksi yang adil, tidak fasiq, yang nampak perlakuan zina berlaku dihadapan mata.
3) Qarinah - pembuktian yang tidak ada empat saksi berlaku zina. Tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud melainkan hukuman ta'zir.


Persoalan ... mengapa Hadi Awang menolak bulat-bulat Qarinah dan hanya menggunapakai Hudud? Apakah ini konsep keadilan dalam Islam? Pakai separuh dan buang separuh mengikut logik pemikiran dan pemahaman sendiri?

Mengapa dalam masa yang begitu singkat Anwar Ibrahim menyokong penuh perlaksanaan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan? Mengapa beliau begitu 'adamant' menyokong kenyataan Nik Aziz.



Apakah natijahnya perlaksanaan Hudud tajaan PAS jika dilaksanakan sepenuhnya di Kelantan? Bagaimana jika kes liwat Anwar Ibrahim dipindahkan di Kelantan atas dasar mahu mengikut Hudud tajaan PAS?

Ini yang cukup didambakan oleh Anwar Ibrahim ... ketiadaan empat saksi! empat saksi! Hudud tajaan PAS sama sekali menolak empat syarat asas perlaksanaan hukuman jenayah dalam Islam ... hudud, qisas, diat dan ta'zir.

Qarinah ditolak bulat-bulat sebagai pembuktian jika tidak ada empat saksi ... Bonus point untuk Anwar Ibrahim! Inikah yang dimaksudkan dengan keadilan dalam Islam.

Kerana itulah YB Mat Sabu terlepas dari hukuman zina bersama pasangannya yang juga merupakan isteri kepada kawan baik sendiri pada 31 Januari 1995 di Bilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Atas dasar ketiadaan empat saksi yang adil. Mengapa tidak digunapakai Qarinah pada masa itu? Walhal sudah ada bukti-bukti boleh digunakan hukuman Ta'zir!



MANA DIA DRAF UNDANG-UNDANG HUDUD KELANTAN?



Mengapa perlu ada satu seksyen mengenai liwat? Mengapa hukuman ke atas perbuatan liwat sama seperti hukuman rogol dan zina? Apakah yang dimaksudkan dengan hukuman yang dijatuhkan sama seperti hukuman zina? Perlaksanaan hudud semata-mata tanpa Qarinah dan Ta'zir? Lengkapkah hukuman jenayah menurut Islam?

Bagaimana pula dengan kesalahan lain yang turut melibatkan zina seperti lesbian dan biseksual? Mengapa hanya kesalahan liwat diberikan penekanan dalam draf undang-undang tersebut? Lengkapkah draf undang-undang hudud tajaan PAS ini tanpa melihat dari satu perspektif yang lebih luas?




Sidang Akhbar Hadi Awang Selepas Pelancaran 'Blue Print' Undang Undang Islam di Malaysia (Islamic State Document), 12 November 2003



Adakah Hadi Awang maksudkan 'Blue Print' Undang-undang Islam di atas turut merangkumi draf Undang-Undang Hudud Kelantan dan Terengganu seperti yang dipaparkan di atas? Tanpa merangkumi Qarinah dan Ta'zir? Inikah keadilan yang dituntut dalam Islam?


GWM tidak menolak perlaksanaan Hukum Hudud sama sekali namun Hudud tajaan PAS sama sekali menolak empat syarat asas perlaksanaan hukuman jenayah dalam Islam ... Hudud, Qisas, Diat dan Ta'zir.

Bukankah ini retorik PAS sebelum menjelang pilhanraya umum kelak! ... Bersambung ...

11 comments:

Anonymous said...

harap-harap sistem berkenaan terpakai kepada kepada semua mukmin tanpa mengira kawan atau lawan. cabaran ini perlu dilepasi kalau satu sistem itu mahu dihormati bukan saja oleh rakan malah oleh pihak lawan juga.

Unknown said...

PAS PERLU MEMPERBETULKAN KEMBALI DRAF UNDANG-UNDANG HUDUD DENGAN MENGAMBILKIRA QARINAH DAN TAKZIR ... BUKAN PAKAI SEPARUH BUANG SEPARUH!

JANGAN MEMPOLITIKKAN HUDUD KERANA SUDAH TAHU KELANTAN BAKAL BERTUKAR KERAJAAN!

Anonymous said...

Pengajaran di sebalik pembinaan rumah-rumah ibadat ialah agar para penganut belajar menjadi jurubina bangunan yang bersifat mesra agama mesra alam dan dan mesra pengguna.

Impak positif di sebalik hukum-hakam yang ditetapkan oleh agama ialah agar manusia menjadi hakim dan peguam yang adil dalam erti kata individu tertuduh yang terbukti melakukan perbuatan yang dituduh akan tersabit dan tertuduh yang terbukti tidak melakukan apa yang dituduh akan dilepaskan dan bukan sebaliknya...

Pelayar Blog Politik

Unknown said...

PELAYAR BLOG POLITIK LEBIH MEMAHAMI ISU INI. KEADILAN DALAM ISLAM TIDAK BOLEH DIPERKOTAK KATIKKAN UNTUK TUJUAN POLITIK ... BAIK DIPIHAK KERAJAAN MAHUPUN DIPIHAK PEMBANGKANG.

JANGAN SAMPAI ISLAM DIPERLEKEHKAN DIKACAMATA NON MUSLIM!

Anonymous said...

Hangat-hangat tahi lembu, apabila telah sejuk dan kering, boleh juga dijadikan bahar bakar.

Hangat-hangat tahi ayam kalau dah kering nak buat apa?

Haha, mungkinkah baunya dicium berulang kali apabila kerinduan terhada sesuatu isu menjelma kembali?

kah kah kah

Anonymous said...

Hudud untuk mukmin saja?

soalnya:

kalau dua orang berlainan anutan ditangkap mencuri, sistem mana satu yang hendak dituruti?

kalau penganut A minta dibicarakan dalam sistem A dan penganut B minta dibicarakan dalam sistem B apakah ia dibenarkan?

kalau dibenarkan, bagaimana kalau hukuman si A berbeza dengan hukuman si B? bagaimana kalau kedua-dua A dan B mencuri bersama-sama tetapi balasan yang diterima berbeza?

sudahkah, aspek 'remeh-temeh' seumpama ini difikirkan masak-masak sebelum Pas mengeluarkan kenyataan hudud khusus untuk penganut tertentu saja?

Bukan Anti-Hudud

Unknown said...

KERANA ITULAH PAS SEPATUTNYA MEMPERBETULKAN KEMBALI DRAF UNDANG-UNDANG HUDUD DENGAN MENGAMBILKIRA QARINAH DAN TAKZIR BUKAN ANTI HUDUD!

... BUKAN PAKAI SEPARUH BUANG SEPARUH! TIDAK KONSISTEN DALAM MENGGUBAL UNDANG-UNDANG HUDUD ... LEBIH MIRIP KEPADA POLITIK!

Anonymous said...

apabila pakai semua hukum islam maka pas terpaksa menghukum qazaf mat sabung, menghukum qarinah mat sabung, menghukum qarinah nwar ibrahim. ish mana buleh perdana menteri pakatan rakyat dihukum qarinah banyok pulak tu, dan menteri penerangan dan pengsejarahan pas menerima hukuman ini, sebab itu qarinah, qisas dan lainnya dibuang olih pas. hanya ambil hudud sahaja, senang nak hukum umno kapir kerana tolak hudud.

Anonymous said...

Hukuman bukanlah aspek utama dalam mana-mana perundangan apatah lagi kalau ia telah ditetapkan sekian-sekian.

Aspek utama dalam mana-mana perundangan adalah: pencegahan, penguatkuasaan, dan pembuktian.

Soalnya, sudah bersediakah ummah dari segi ilmu dan kepakaran untuk memenuhi aspek berkenaan? Contohnya:

1. Dalam aspek penggunaan dadah, sudah bersediakah umah mengambil pendekatan 'pencegahan lebih baik dari merawat'?

2. Bagaimanakah penguatkuasaan dapat dibuat khusus terhadap kelompok sasaran tanpa melanggar hak dan privasi kelompok bukan sasaran?

3. Bagaimana membuktikan tertuduh melakukan apa yang dituduh terhadapnya dengan menggunakan kaedah alternatif bersesuaian dengan pengembangan ilmu dan teknologi?

Chinglot

Anonymous said...

Permainan politik di kedewasaan ini bukanlah individu sifatnya, sebaliknya melibatkan kerjasama berbagai parti yang amat berlainan dari sudut watak, jalan cerita dan kategori khalayak yang menontonnya.

Ikatan kerjasama ini sudah tentu membabitkan aspek yang positif tetapi tiada jaminan yang ianya tidak tersasul bekerjasama dalam aspek negatif baik secara sedar mahupun sebaliknya.

Atas sebab itu, kalau dilihat secara jujur, kemusykilan Dap dalam isu hudud ada kebenarannya kerana mereka terikat dengan prinsip kerjasama dengan sebuah parti Islam dalam mentadbir negeri dan mungkin juga sebuah negara. Sedangkan, hakikatnya, Dap sedar mereka dan Pas bukanlah golongan "maksum" yakni pasti akan tergigit lidah jua.

Kalau isu sepenting isu agama membuatkan Pas berdolak dalik dan lidah bercabang, makanya mampukah Pas membuatkan Dap percaya bahawa hak mereka (Dap) dalam isu agama adalah sekian-sekian dan ia bukanlah sekadar retorik dan cakap-cakap yang dituturkan oleh si lidah bercabang tadi?

AntiHipokrit

Lebai Malang said...

Bagaimana PAS nak laksanakan Hudud kalau deraf hudud pun 'dibuat dgn kaki'...sebabnya bukan kerana hendak sangat laksana hudud tapi sekadar alat permainan politik yg ditimbulkan setiap 5 tahun sekali untuk mengeliru orang kampung di Kelantan.