Sunday, September 18, 2011


Ditegur nanti mengamuk tak tentu hala ... dituduhnya sengaja membangkitkan kemarahan rakyat kepada parti, tidak ditegur makin menjadi-jadi ...

Inilah yang GWM tegur sejak dari dulu lagi ... 'Yes Sir, Everything Is Fine Sir! According To Our Plan Sir! Okay Sir! Boleh Sir! Malaysia Boleh! Bla Bla Bla ... Bla Bla Bla! ... sikap, sikap dan sikap ... attitude!

GWM sememangnya tidak faham dengan sikap segelintir pemimpin BN yang gemar dan rajin mengipas. Perkataan kipas semakin dan sudah sinonim dengan Barisan Nasional!


Kipas sana, sini, kiri, kanan, atas, bawah ... BRO BN, sekarang pakai air cond, lagi sejuk bang!

Perumpamaan yang cukup mudah difahami ... pengunaan kipas hanya membazir tenaga, bising, lebih senang merebakkan virus H1N1, tak ada filter ... tidak mampu menyahkan 'microscopic contaminant'.

Pakai air cond boleh menjimatkan 60% pengunaan tenaga, senyap, mampu menyahkan virus H1N1, menyahkan microscopic contaminat, mempunyai filter untuk membuang hama, debunga dengki, bau-bauan politik kipas serta jerebu politik masuk bakul angkat sendiri ... mudah bukan!


Jangan sesekali menyalahkan blogger jika dijentik sebegitu rupa. Media telah melaporkan apa yang berlaku di Konvensyen BN Selangor. Apa sebenarnya yang mahu dilakukan? Tidak malukah apabila Pengerusi BN, DS Najib menempelak sikap pemimpin BN dengan perkataan 'program syok sendiri'!

Siapa yang tidak marah jika DS Najib sebagai 'driving force' BN diperlekehkan dengan laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang!

Are You Crazy? ... Nasib baik pemimpin BN kebanyakkannya adalah kakitangan kerajaan. Jika dalam sektor swasta, perkataan keramat yang pasti keluar dari mulut Chairman / CEO / Managing Director ... You Are Fired! (Anda DiBakar ... direct translation).

I'm so sorry BRO BN! But this is not Pak Lah administration ... this is Najib Tun Razak administration, please buckle up!


Apa ni ... kelabu dengan putih sudah tidak mampu dibezakan lagi ... rabun warna gamaknya! Tun Dr Mahathir yang sudah berusia lebih dari 70 tahun masih lagi belum buta warna! Gelak, gelak ... bila ditegur gelak!

Seharusnya mana-mana pemimpin BN dari mana-mana negeri sekalipun perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Bukan mengkhianati kepercayaan yang diberikan demi tembolok sendiri beserta tembolok juak-juak terpilih!

Lakukan analisis dan laporan dengan lebih berintegriti, bukannya laporan menipu diri sendiri. Lebih teruk dan amat menjijikkan sehingga sanggup menipu Pengerusi BN.

Golongan muda bakal menjadi peneraju negara dan golongan inilah sebenarnya 'main target' program yang dijalankan dalam meraih sokongan dan undi mereka ini. Janganlah dibuat analisis dan laporan mengenai golongan separuh abad dan tua kerana golongan ini hanya tinggal 5 hingga ke 8 tahun lagi ... we are suppose to envisioning what will happen in 10 to 20 years from now!


Apabila ditegur blogger pro kerajaan mulalah mulut mula mencebik. Dikatakan pula apa yang blogger tahu menahu. Ditohmahnya pula blogger duduk depan komputer bukannya berjumpa rakyat bawahan.

Excuse me BRO BN! Rakyat marhaen terlalu ramai menyampaikan ketidakpuasan hati melalui email terhadap sikap dan gerak kerja pemimpin BN dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat paling atas ... Jenuh blogger terpaksa delete inbox dalam email supaya tidak penuh! ... Ini belum lagi diambilkira blogger yang berjumpa terus dengan rakyat marhaen membuat kajiselidik dan research sendiri.

Hari-hari berkumpul satu group bercerita siapa yang perlu diangkat, siapa yang perlu dipalang habis-habisan ... macam budak sekolah! Orang ni tak betul, orang tu tak betul ... habis tu siapa yang benar?

Momentum sokongan rakyat perlu dikaji dengan teliti. Segmentasikan kajian mengikut peringkat umur dan latarbelakang pengundi. Pengundi muda dan atas pagar bakal menentukan kemenangan BN pada pilihanraya umum kelak. Buatlah kerja dengan hati yang ikhlas dan tidak bermuka-muka semata-mata mahu disanjung dan diiktiraf (muka kalau hensem okaylah jugak).

GWM berada di Konvensyen BN Selangor semalam. Memanglah Pengerusi BN berseloroh dalam menyindir. Namun sindiran itu sebenarnya adalah kritikan pedas bagi mana-mana BN negeri untuk bekerja dengan lebih tekun dan bertungkus-lumus.


Seloroh DS Najib semalam ada makna sebenarnya ...



12 comments:

Anonymous said...

muka sebahgian pemimpin bn negeri selangor dah ditampal dengan RM jadi mana mereka tau malu..
hati mereka telah dipenuhi dengan sifat mencari kekayaan untuk tembolok mereka jadi mana ada ruang untuk terasa dan segan dengan sindiran PM.
aku masih ingat kat Hulu Selangor sebelum PRU12 dulu...seorang ketua pemuda cawangan yang makan minum ditanggong olih mak bapak(penganggor)2 minggu lepas menang jawatan ketua pemuda cawangan terus beli tunai kereta mercedez E200 terpakai.
orang bukan dengki kamu nak pakai kapalterbang pun.
tapi orang ramai kenal siapa kamu dan lagak dengan kereta mercedez kesana kemari yang buat orang ramai meluat.
akhirnya rakyat setempat menghukum parti yg beliau wakili dalam pru lepas.

ahli umno di parlimen hulu selangor.

Anonymous said...

Pimpinan UMNO di seluruh negara, bukan di Selangor saja, perlu memperkuatkan parti dan memperkukuhkan kedudukan orang bumiputera, bukannya sibuk memperkukuhkan diri dalam parti dan tidak peduli perpecahan yang dibuat oleh pimpinan UMNO sendiri yang kemaruk nak kuasa tapi tak reti nak mentadbir, tak cukup dengan itu jadi tali barut bangsa asing untuk beri berbagai kemudahan seperti tanah kerajaan, balak, pasir, bila bangsa bumiputera nak minta tolong bukan main susah, tapi bila bangsa asing hulur duit bawah meja, tak payah cakap banyak gerenti lulus segala yang diminta. Ini bukan saja dalam UMNO, tapi dalam PKR dan PAS pun sama, semuanya mudah dibeli oleh wang ringgit, orang sebegini maruahnya hanyalah sekadar rasuah yang diterima itu saja, kalau terima RM 500.00, maka RM 500.00 sajalah nilai dia ini, pimpinan sebegini perlu ditolak oleh ahli UMNO, lantaklah dia orang kaya atau apa pun, yang penting bukannya orang kaya yang kemaruk jadi pemimpin, tapi lepas jadi pemimpin memperkayakan diri dan kroni serta menjadi talibarut asing. Meluat saya melihat pimpinan bumiputera samada UMNO, parti bumiputera dalam Barisan Nasional, PAS atau PKR yang menjadi pecacai bangsa asing dengan dijamu wang ringgit sebagai imbuhan. Orang yang makan rasuah sebegini, sengaja hendak menghumbankan seluruh ahli keluarganya ke dalam api neraka, dia tak sayang ahli keluarganya kerana dalam hukum Islam pun menyatakan bahawa daging yang dihasilkan oleh harta benda yang haram, maka di nerakalah tempat paling layak untuknya. Mungkin pimpinan yang suka rasuah itu suka keluarga dibakar dalam api neraka sambil meraung-raung kesakitan akibat perbuatan diri yang mengainaya keluarganya sendiri.

Anonymous said...

Kami orang-orang kampung meluat dengan pemimpin macam lahanat musibat yang suka makan rasuah, orang kampung mahukan kemudahan asas untuk kemudahan orang kampung, ini tidka jalan raya tiada, jalan dalam hutan macam tinggal di negara Bhutan gayanya. Mungkin pimpinan UMNO pun tak tahu di mana negara Bhutan, untuk makluman pimpinan UMNO yang berlagak, negara Bhutan terletak di timur wilayah Sikkim India, di tenggara Tibet. Di Bhutan tak apalah sebab penduduknya nak macam itu, mereka suka alam sekitar, tapi di Malaysia kami orang kampung nak kemudahan asas. Bekalan air pun kalau menadah air hujan macam orang tinggal di negara Niger macam mana? Pemimpin UMNO tahukah di mana negara Niger ini? Negara Niger terletak di utara Nigeria, barat negara Chad, di Afrika. Malahan bekalan elektrik pun tak ada macam zaman Paremeswara apahal? Orang kaya dan orang bandar lampu hingga ke tengah jalan, orang kampung beli lampu pun tak guna sebab elektrik tak ada, apa cerita ini semua? Klinik pun tak ada, bila sakit tenat tunggu mati sajalah, bukan apa nak bawa ke rumah sakit di bandar macam mana kerana jalan raya pun tak ada, kalau dibawa orang tenat itu melalui jalan hutan, jalan tanah merah sambil jalan kaki, menyeberangi sungai, mungkin pesakit akan lebih cepat mati. Inilah macam-macam hak orang kampung dianinaya. SUHAKAM pula untuk orang bandar saja, buat demotrasi liar adalah hak asasi, tapi hak orang kampung nak jalan raya, klinik, jambatan, balai polis, bekalan air, bekalan elektrik bukan hak asasi manusia bagi SUHAKAM kerana orang kampung bukan manusia bagi SUHAKAM yang lebih gemar membela Ambiga, Mat Sabu dan lain-lain pimpinan gila Pakatan Rakyat. Orang-orang kampung menyokong kerajaan, tapi kalau kerajaan tak pedulikan kami semua yang serba serbi terpinggi apa guna kami beratur panjang-panjang ditengah panas, tengah hujan untuk menangkan kerajaan sekiranya selepas kami berusaha matian-matian untuk ke tempat pengundian dengan menempuh hutan, menyeberang sungai, tapi apa satu pun kami tak dapat bantuan. Selepas Mahathir, orang kampung dianak tirikan, inikah kerajaan yang membela rakyat? Kalau Pakatan Rakyat kami tidak percaya sebab kuat bohong, semua benda nak buat macam dia tuhan pula, berlagak saja Pakatan Rakyat ini.

Anonymous said...

Nak guna komputer pun kena pergi bandar sebab di rumah beli komputer pun tak guna sebab letrik tak ada, tapi orang kampung pun bukan bodoh semuanya, kami pun reti juga akan isu semasa, kami juga reti komputer dan menjawab dalam blog sebab anak-anak kampung pun ramai yang pandai-pandai walaupun hidup serba kekurangan masa sekolah rendah, bila besar kena pergi bandar untuk tinggal di asrama. Inilah nasib orang kampung diainayakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaupun begitu kami juga tahu akan hakikat bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh diharap, menipu saja, mereka sibuk ceramah saja, demontrasi sana sini dan porak perandakan negara, ini lagi teruk dari Barisan Nasional. Kerajaan mesti tolong kami kerana kami orang kampung selama ini beri kemenangan besar kepada kerajaan untuk jadi pemerintah Malaysia, jangan hampakan pengorbanan kami semua.

mae1000 said...

Sebagai penduduk Shah Alam, saya tak nampak apa usaha-usaha BN untuk mmbaiki keadaan di sini. Yang aktif memang PKR dan PAS.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat memang tidak boleh dipercayai, mereka sanggup buat apa saja untuk mencapai angan-angan mereka walaupun memperjudikan negara. Kami masyarakat kampung masih setia pada kerajaan kerana pihak kerajaan mempunyai rekod yang baik dalam pemerintahan berbanding Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod buruk sepanjang mereka mentadbir negeri-negeri yang mereka kuasai. Berbagai penipuan yang dilemparkan untuk membohongi rakyat, cukuplah PRU 12 rakyat tertipu, kami, masyarakat kampung tidak akan masuk jerat dua kali berturut-turut lagi.

Tapi Barisan Nasional selepas Tun Dr. Mahathir bersara, menjadi caca marba, pemimpinnya berlagak pandai walaupun pandir, hingga dipaksa berhenti pun tak nak, kononnya ada mandat besar, pada 2004 dulu orang ingat kamu bagus, sebab itu beri mandat besar, tapi bila orang minta kamu turun, maksudnya kamu tak bagus, sebab itu orang minta kamu letak jawatan. Lihatlah kedegilan pemimpin yang berlagak pandai tapi pandir telah menyebabkan Barisan Nasional tumbang di 4 buah negeri dan 1 buah negeri berjaya dirampas kembali. Kami masyarakat kampung menghargai usaha-usaha Barisan Nasional, tapi masa zaman Tun Dr. Mahathir dan sebelumnya, lepas Pak Lah, semua jadi caca marba, haru biru, kemudian Najib pun sama, macam Pak Lah, berlagak, ikut cakap bini hinggakan bini pun sudah jadi macam menteri, kalau kemaruk sangat nak jadi menteri, suruh Rosmah Mansor bertanding pada PRU 13 nanti, sekarang tak ada jawatan dalam parti, dalam parlimen atau DUN, jangan mengada nak masuk campur urusan kerajaan, kamu itu siapa? Sedarlah, kamu hanya isteri Perdana Menteri, jangan mengada-ngada nak masuk campur urusan kerajaan, kerana ia hanya akan merosakkan dan memporak perandakan keadaan saja.

Pihak kerajaan, percepatkan pembinaan jalan raya, klinik, jambatan, hospital, balai polis, bank, bekalan air, bekalan elektrik, talian telefon, dan segala kemudahan asas yang perlu untuk orang kampung, sekarang pihak kerajaan melalui Rais Yatim, Menteri Kebudayaan beri komputer 1Malaysia, tapi nak guna pun tak boleh sebab tak ada letrik di rumah apa guna? Kami semua tak perlukan pun komputer 1Malaysia, malahan anak-anak sekolah pun, apa guna komputer diberikan seorang satu? Membazir saja, patutnya kalau nak tingkatkan penguasaan teknologi pada anak-anak sekolah, sekadar adakan pusat komputer di kawasan-kawasan perumahan, kampung-kampung, adakan cikgu yang boleh mengajar menggunakan komputer dengan betul, ini tidak beri komputer, tapi nak guna pun tak tahu, letrik pun tak ada di rumah, apa guna? Patutnya wang yang dibazirkan untuk beli komputer 1Malaysia itu digunakan untuk bina jalan, bina klinik, bina hospital, bina jambatan, bina balai polis, bina sekolah yang baik, adakan perkhidmatan letrik dan air, talian telefon dan lain-lain kemudahan asas, ini yang diperlukan, orang kampung tak akan mati kebulur kalau tak ada komputer 1Malaysia, tapi orang kampung akan terjejas dan boleh menyebabkan kesusahan jika tak ada kemudahan asas seperti yang saya sebutkan di atas.

Pertimbangkanlah pihak kerajaan perkara yang saya sebutkan di atas tadi, kerana kerajaan jangan buat kerja syok sendiri, akibatnya bukan saja membazir, tapi orang pun meluat sebab benda yang tak perlu diberikan, tapi benda yang amat diperlukan dinafikan, apa cerita ini semua. Gelombang Wangsa Maju, sila panjangkan perkara ini kepada kerajaan kerana jika nak undi masyarakat kampung, sila layan orang kampung sebagaimana layanan orang kampung yang begitu setia menjadi pengundi kepada Barisan Nasional, jangan orang kampung berhujan berpanas untuk undi Barisan Nasional, tapi puak-puak DAP dan PKR di bandar yang mendapat habuannya, apa cerita, orang yang lempar najis diberikan bunga, tapi orang yang memberikan nasi disepak terajang pula, inilah kiasanya layanan kerajaan terhadap orang kampung yang sentiasa beri sokongan pada kerajaan berbanding PKR dan DAP yang jelas menentang kerajaan.

Anonymous said...

Undang-undang perlu diperketatkan, sekarang ini banyak sangat yang hak asasi manusia yang sebenarnya hak asasi sendiri saja. Kerajaan perlu tegas dalam isu hak asasi manusia ini. Misalnya kes jenayah, kerajaan perlu kepada cara untuk memudahkan pihak berkuasa dapatkan maklumat dengan mudah tanpa mengkasari tahanan, sekarang ini ada hak asasi untuk diam diri, buat salah pun diam diri tak nak mengaku. Misalnya kes culik, mangsanya seorang kanak-kanak tadika diculik dan dikurung dalam hutan, penculiknya tak boleh dipaksa untuk beri keterangan, kerana hak asasi manusia untuk diam diri tak beri maklumat, ini lawak jenis jadah apa sebegini rupa? Kerajaan perlu mengadakan semakan terhadap terma-terma hak asasi manusia supaya orang jahat tidak boleh lepas bebas kononnya hak asasi manusia, sebabnya orang jahat, macam kes Sosilawati dan rakan-rakannya yang dibunuh dengan kejam itu, ada penjenayah jahat itu fikir hak asasi Sosilawati dan rakan-rakannya yang dibunuh dengan kejam itu? Sekarang nak jaga hak asasi penjenayah, hak asasi kepala otaklah, itu semua pembohong, penipu, orang jahat dilayan dengan baik, tapi orang baik dilayan dengan kejam dan zalim oleh orang jahat, apa cerita ini semua? Pihak kerajaan perlu mengkaji berkenaan hak asasi manusia ini dengan lebih rasional, SUHAKAM pun perlu lihat perkara ini dengan rasional, nanti ada anak bini kamu digelek dengan trailer, dibakar hidup-hidup, dikurung hingga mati, baru padan muka kamu, sokonglah lagi penjenayah sangat, sekarang tak kena diri sendiri sedap hatilah tuduh pihak berkuasa jahat, pihak berkuasa zalim,nanti bila anak dikurung dan tak beri makan, bila sudah jumpa sudah jadi arwah, baru nak menangis, baru nak menyesal, apa guna? Ramai orang menjadi mangsa penjenayah terainaya kerana hak asasi manusia yang sebenarnya hak untuk menindas orang, hak untuk mempuaskan hati secara jahat oleh manusia-manusia jahat dan berperangai iblis, saya tidak kata berperangai binatang sebabnya binatang pun tak buat jenayah, yang buat jenayah adalah iblis, setan dan manusia, inilah manusia berhati setan dan iblis, menggunakan hak asasi manusia untuk mempuaskan hati sendiri, dia tidak peduli kesengsaraan orang lain, SUHAKAM pun sama, tolol dan bengong, sokong perkara bodoh. Saya bukannya hendak menafikan hak asasi manusia, tapi pada keadaan tertentu, hanya orang yang gila babi saja boleh terima orang jahat boleh menikmati keistimewaan yang terlalu banyak menggunakkan hak asasi manusia, maksudnya SUHAKAM pun gila babi, bodoh dan tolol sebab sokong hak asasi manusia yang sepatutnya dinikmati oleh orang-orang baik, tapi SUHAKAM dengan bodoh dan tololnya memberikan hak asasi manusia yang kemudiannya disalahgunakan oleh penjenayah untuk buat sesuka hati mereka, apa ini semua? Fikirkanlah.

Anonymous said...

Saya Ahli UMNO,masih setia pada UMNO.Saya Orang lama dalam UMNO,semenjak golongan ahli-ahli koporat memasuki dan merebut jawatan dalam UMNO sama ada di cawangan atau bahagian maka sejak itu lah UMNO menjadi koporat- kapret.kerana gologan keparat ini nawaitu nya nawaitu projek.nak menang jawatan pun guna ejen yang dibayar untuk kempen bagi pihaknya.Puak-puak ini sebenarnya nak berucap pun tak tahu apatahlagi untuk mendekati masyarakat.Kontrektor-kontrektor ini semua nya masuk dan pegang jawatan untuk projek dan kekayaan untuk diri sendiri menjadikan masyarakat meluat melihat gelagat golongan ini. ahkirnya yang menjadi mangsa parti UMNO.Beza dengan zaman golongan cikgu-cikgu memegang jawatan kebanyakan mereka berkerja kerana parti dan mereka ini dekat dengan masyarakat dan tidak ada kepentigan projek. ketika itu UMNO Kuat.Tapi sekarang yang pegang jawatan dalam Pemuda ke.Cawanganke atau bahagianke tak ada program dan tak tahu nak buat apa,tunggu orang atas atau menteri turun baru nampak muka.Contoh nya satu program anjuran UMNO penceramah Ummi Hafilda.Bila ummi turun berucap ramai datang nak dengar.tapi apa yang berlaku AJK dalam UMNO semuanya duduk berlonggok sesama mereka.tak reti nak mendekati pengunjung.mereka duduk goyang kotei aje,inilah muka-muka perjuang UMNO yang ada hari ini.Cam mana nak rampas Selangor ? Memang betul nampak nya UMNO Selangor bakal jual nasi lemak? Ahli pemuda,cawangan dan bahgian yang lelakinya goyanglah kotei,sampai naik keras dan lepastu boleh lah join mat sabun?
Pembangkang tak kuat tapi UMNO yang lemah.

Anonymous said...

Sokong Anonymous September 19, 2011 3:37 PM, kerana terlalu banyak sangat yang berebut jawatan dalam UMNO untuk dapatkan projek itu dan ini, maka UMNO jadi lemah kerana yang sibuk dikejar oleh pemimpin keparat itu adalah projek, bukannya sokongan padu untuk UMNO. UMNO memang kuat, 3.2 juta ahli, kalau ahli PAS, PKR dan DAP bergabung, tidak akan menyamai ahli UMNO sahaja, mereka keahlian kurang, tapi kerana pemimpin peringkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Nasional jadi macam beruk berebut pisang, maka UMNO makin lama makin hancur, ramai ahli UMNO kecewa dengan pemilihan calon pilihanraya, kehendak akar umbi tidak dipedulikan, hanya tanya ketua bahagian, memanglah dia akan sokong orang yang dia pilih, lebih-lebih lagi dirinya yang dipilih. Ada ramai ADUN dan Ahli Parlimen UMNO serta juga dari MCA dan MIC dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional payah nak nampak muka, bila ada program anjuran masyarakat setempat, hantar wakil, sedangkan dirinya sibuk membodek pimpinan atasan untuk kekal berkuasa, inilah yang menyebabkan ahli akar umbi bengang dengan calon yang dipilih, kesannya ada ahli UMNO yang boikot pengundian, tak mahu mengundi, malahan yang sangat geram akan mengundi pembangkang atau merosakkan kertas undi, masa PRU 12 yang lalu, kerana sikap memilih calon ikut suka hati PM (Pak Lah), maka Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor bungkus, Negeri Sembilan nyaris tumbang, Johor yang kuat pengaruh Barisan Nasional pun boleh terbongkang beberapa kerusi Parlimen dan DUN kepada DAP dan PAS. Kalau pilih calon ADUN dan Ahli Parlimen yang tinggal di Kuala Lumpur sedangkan dia jadi calon di kawasann kampung, pedalaman di kawasan yang jauh dari Kuala Lumpur apa kejadahnya? Lainlah kalau dia itu menteri, fahamlah orang, ini tidak, menteri yang bukan Ahli Parlimen kawasan itu pula yang lebih kerap melawat kawasan, masa ini ADUN dan ahli parlimen ini akan berpura-pura kononnya mesra rakyat walaupun orang meluat dengannya, orang ramai datang sebab nak jumpa menteri, bukannya nak jumpa dia. Pemilihan calon, anak tempatan dan tinggal di kawasan berkenaan atau kawasan berhampiran adalah perlu, tapi kenalah cari yang berkelayakan juga, jangan main hentam saja, nanti bungkus, bukan berniaga nasi lemak, tapi berniaga belacan.

Anonymous said...

Kepada parti-parti komponen bukan bumiputera Barisan Nasional yang bertanding di majoriti pengundi bumiputera, jangan jaga kelompok sendiri saja, sedar sama orang anda jaga itu sokong PAS, PKR atau DAP, pengundi bumiputera yang sokong anda. Ini tidak, masa nak mengundi sibuk promosi diri, kononnya 1Malaysia dan itu ini, tapi lepas menang pilihanraya sibuk jaga puak-puak sendiri saja. Tidak semualah sebegini, tapi banyak juga yang berperangai sedemikian, sebab itulah masa PRU 12 dulu mereka ini banyak yang tumbang, cuma beberapa kerusi saja boleh menang. Kalau tak boleh beri kerjasama, pulangkan balik kerusi kawasan itu pada parti bumiputera, jangan sibuk nak menuntut kawasan itu dan ini, ini tidak, kawasan pilihanraya nak banyak-banyak, tapi kepentingan pengundi diabaikan, ini jenis apa punya orang? MIC, MCA dan Gerakan terutamanya, sila pilih calon yang betul-betul boleh kerjasama dengan pengundi majoriti di kawasan berkenaan, macam Ong Tee Kiat, dia boleh kerjasama dengan pengundi semua bangsa, maka orang akan sokong dia, tapi ada juga yang bertanding di kawasan bumiputera, tapi pertikaikan hak dan keistimewaan bumiputera, sebab itulah 'bungkus' masa PRU 12 dulu, apa tidaknya di DUN semuanya dimenangi oleh BN dengan majoriti besar, tapi di Parlimen boleh kalah pula. Ada juga di Parlimen memang besar, tapi di DUN terus terbongkang, perkara ini perlu penelitian, kalau tak sanggup nak kerjasama antara kaum, sila sertai DAP, jangan ada lagi dalam Barisan Nasional, sedarlah, Barisan Nasional adalah untuk semua kaum, bukannya jaga kaum-kaum tertentu saja.

Anonymous said...

Kepada semua orang melayu dan bumiputra di Malaysia selami dan hayatilah senikata lagu WARISAN ini.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah diNusantara (3x)


Akhir sekali saya berpesan Peliharalah nasib anak cucu kita,jangan sampai ada yang akan kencing dikubur kita,kerana kita telah mengadai masa depan mereka.

Zahirrudin said...

mmg ada benarnya komen2 di atas....marilah kita berusaha demi memartabatkan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta ini...politik kita politik untuk memegang kuasa dari jatuh ke tangan mereka yang ingin memecahbelahkan negara....tapi lepas tu...rakyat kita kena bantu tanpa mengira fahaman politik...tanpa mengira warna kulit...itu yang seadil2nya...pemimpin umno kena terima teguran...kena berubah...hijrah demi agama,bangsa dan negara....Amin...

from orang muda Kedah....