Thursday, September 1, 2011


GWM turut 'lost count' berapa bilangan sebenarnya laporan polis dibuat terhadap anasir subversif, pelampau (extremist) membabitkan hasutan rakyat, mempertikaikan agama Islam dan hak-hak keistimewaan orang Melayu ... waduh! ngak bisa dihitung sehingga kini yak!

Sehingga semalam sudah empat laporan polis dibuat terhadap MAT SABUN oleh Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM), UMNO Bahagian Ampang, MIC Ampang, Pergerakan Pemuda UMNO Ampang. 

Rakyat telah melahirkan kegusaran dan ketidakpuasan hati dengan fenomena menghidupkan kembali fahaman komunisme. Bodoh punya MAT SABU!



Rakyat sememangnya prihatin, apa sahaja perbuatan yang mampu mengganggu gugat keamanan, keharmonian dan keselamatan negara, pasti tindakan susulan berupa laporan polis dilakukan. Rakyat Malaysia amat mementingkan keamanan dan kemerdekaan yang dicapai.


Cuma ... GWM cukup berbesar hati jika sekiranya pihak KDN sudi memberi penjelasan terhadap status laporan polis yang dilakukan sejak 2010 dan bentuk tindakan yang telah diambil.


Laporan Polis, 23 Ogos 2010
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperlekehkan kemampuan kapal selam yakni cuba membongkar rahsia kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.

Laporan Polis, 18 Ogos 2010
Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempertikaikan isu kuota bumiputera dan menuntut supaya ekuiti bumiputera sebanyak 30% dikurangkan secara berperingkat. Sesuatu yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.

Laporan Polis, 9 Ogos 2010
Penulis blog Central for Policy Initiatives (CPI) Helen Ang, secara jelas mempertikaikan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan agama Islam dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Laporan Polis, 5 Julai 2010
Laporan ke atas Wee Ka Siong, Malaysiakini dan The Star berhubung dengan mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Melayu, isu pembinaan Istana Negara dengan suatu kenyataan berbaur fitnah dan hasutan berkenaan tunggakan 3 bulan gaji pekerja asing.




Bukan apa, takut-takut selepas ini MERDEKA CENTRE pula akan mengeluarkan satu kajian soal selidik berhubung dengan tahap keberkesanan jabatan dan agensi kerajaan ... rating KDN berada top five dibawah paras NKRA!
 
Psssttt ... Nak senyum lagi ke! Tak mengamuk DS Najib ...




6 comments:

Anonymous said...

habis kuat pun KDN akan beri amaran , kalau wrwah Ghazali Shafie pegang KDN dah lama dh masuk resrt kamunting puak bintang tiga ni, kalau nak rating naik semula isam kena masuk menteri tari menari belia dan sukan ataupun menteri kebajikanpun boleh...

Anonymous said...

Menteri beruk sekor ni tau nganga mulut luas-luas je. Apa yg dia boleh buat???? Setakat bg amaran budak tadika pun boleh bagi. Dia ni telor kecut masuk dalam kot. Harap PRU 13 ni dia tak dicalonkan le, bukan apa buat UMNO kalah je.

Anonymous said...

aku pun x tahu...mcm manalah citarasa bahlul org johor mengundi menteri Amaran yg teloq masuk dlm ni. Aku memang salahkan kementerian yg patut di pertangungjawab...x kan nak salahkan kementerian kesihatan pulak?bnyk masalah yg berat,sensetif dan menggugat kententeraman dan keselamatan Negara tidak diselesaikan..sekadar amaran shj.Belah jelah kalau x reti nak handle.Sbb tu puak penentang kerajaan x respect langsung undang2 sebab tiada ketegasan dan tindakkan.asyik amaran jer.

Anonymous said...

Hishammuddin patut letak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri atau dipecat dari jawatan berkenaan. Kalau sekadar amaran dan amaran hingga seterusnya pun amaran juga, tapi tindakan haram tak diambil, lebih baik letak budak tadika sebagai Menteri Dalam Negeri. Perdana Menteri patut tukar Hishammuddin ini ke kementerian lain yang sesuai dengan jiwa lembik Hishammuddin ini. Kerajaan patutnya pertimbangkan Tan Sri Musa Hassan untuk dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri kerana beliau tegas semasa menjadi Ketua Polis Negara dahulu hinggakan beliau tidak mempedulikan arahan-arahan bersifat politik dari menteri-menteri dan ahli-ahli politik yang mengada-ngada. Tan Sri Musa Hassan boleh dilantik menjadi senator dan dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri. Negara perlukan menteri yang tegas dalam Kementerian Dalam Negeri, bukannya si lembik seperti Hishammuddin ini.

Anonymous said...

Kalau Tan Sri Musa Hassan jadi Menteri Dalam Negeri, sudah tentu Namewee dan budak UMT yang hina lagu Negaraku akan dihumban ke penjara Kemunting dengan segera. Inilah tindakan yang sepatutnya diambil, kalau si lembik Hishamuddin ini masih jadi Menteri Dalam Negeri, maka makin bebas bergentayanganlah Namewee dan budak UMT itu untuk buat berbagai kontroversi untuk memperlekehkan negara. Selain itu, Haja Sitt Al Wuzara yang hina Islam dan Li Lian yang hina Melayu juga akan dihumban ke penjara Kemunting juga kerana tindakan mereka biadap dan mahu mencetuskan kekacauan dalam negara sekiranya Tan Sri Musa Hassan jadi Menteri Dalam Negeri. Ini bukannya hendak perkauman, tapi tindakan biadap dan kurang ajar hingga boleh merosakkan negara ini, di Penjaran Kemunting adalah tempat yang sesuai untuk 'ajar' mereka ini supaya jadi manusia, bukannya jadi 'malaun' seperti sekarang ini.

Anonymous said...

Lihat, ini lagi satu penipuan oleh Pakatan Rakyat untuk membela segala tindakan tidak betul mereka: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5175-umno-padam-jasa-agamawan-nasionalis

Drs. Dzul, blogger yang menyekat komen-komen saya kerana dia tak dapat jawab, sekarang ini nak menipu lagi, kononnya kerajaan mengubah sejarah dan menjadi boneka British. Buat lawak bodoh sajalah Drs. Dzul ini bila menuduh kerajaan tidak mengiktiraf perjuangan Tok Janggut, Dato' Bahaman, dan lain-lain penentang British semasa negara ini dibawah penjajahan British. Dalam buku-buku sejarah di sekolah pun ada menerangkan peranan pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Dato Bahaman serta lain-lain pejuang kemerdekaan, malahan pejuang aliran kiri seperti Ahmad Boestaman, Pak Sako dan lain-lainnya juga diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Tak payahlah Drs. Dzul nak menipu lagi, kalau berani jangan sekatlah komen dari saya, Mohamad (bukan Mohamad Sabu) dalam blog anda, bukannya melalak tak tentu arah menipu orang ramai melalui Harakah yang penipu itu.