Saturday, September 3, 2011


“Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan pihak polis jangan panik sebelum 31 Ogos waktu itu kerajaan memerintah adalah British selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka.

“Ini fakta, perkara biasa, jangan kita anggap bahawa selepas 31 Ogos ada kerajaan yang sama, bendera lain, lagu pun lain, Negaraku sebelum itu lagu God Save The Queen jadi kita kena bezakan sebelum dan selepas merdeka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas Kelantan di sini hari ini.

Ketika diasak oleh wartawan apakah beliau tidak mengiktiraf pengorbanan polis-polis yang terbunuh dalam tragedi tersebut, beliau berkata:

“Tafsiran saya, mereka bekerja dengan pihak British. Polis bila-bila pun terkorban, dikorban dan berkorban kerana mereka ikut dasar pemerintah yang menguasai mereka dan di antara mereka mungkin adalah saudara-saudara kita yang kita simpati.

“Saya tidak buat apa-apa tafsiran (apakah mereka berjasa atau tidak). Bagi saya Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan tafsiran seseorang macam Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong yang menyerang balai polis di Kuala Berang, begitu juga Mat Kilau semua mereka tentang pemerintah British,” katanya.



Semalam, Karpal yang juga Pengerusi DAP mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Menurut Karpal, rentetan peristiwa Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, beliau akan bertemu dengan Karpal untuk menjelaskan isu tersebut.

“Itu kebebasan seseorang memberi pandangan dan saya sendiri akan bertemu dengan beliau (Karpal) untuk bertukar-tukar fikiran, tidak ada masalah dalam pakatan, sudah banyak kali ada perbezaan pandangan tetapi selalunya ada jalan pertemuan,” katanya.

Tambah beliau, Pas Pusat masih belum mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu tersebut kerana beranggapan ia bukan perkara mustahak dan menegaskan pandangannya dalam isu Bukit Kepong itu bukan pandangan rasmi Pas. -
UTUSAN MALAYSIA 2 Ogos 2011



Political psy warfare paling cantik pernah disusun oleh DAP dan PAS. Suatu diversion dalam mengangkat imej chauvinist dan racist DAP yang telah lama ditolak orang Melayu, untuk diterima sebagai pejuang orang Melayu.

Tunggulah dalam selang masa sehari dua DAP akan mengeluarkan kenyataan helah berbaur politik, 25 anggota polis yang terkorban pada tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

PAS dan PKR umumnya sudah kehilangan sokongan dan undi orang Melayu. DAP kini akan memainkan peranan utama sebagai landasan menarik sokongan dan undi orang Melayu.

Mana mungkin Mat Sabu mahu meminta maaf secara terbuka jika sahabatnya Karpal Singh tidak pernah sehingga ke hari ini meminta maaf secara terbuka menghina Raja-Raja Melayu!

Momentum BERSIH 2.o perlu dikekalkan dalam menjana semangat pemberontakan dalam jiwa generasi muda.



Paling mudah, gabungan parti haram ini perlu didesak untuk bersetuju dan mengeluarkan kenyataan rasmi:

Pengiktirafan penuh pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan seperti yang dicanang dan diagungkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Dokumen rasmi penyelidikan yang diiktiraf pakar sejarah berkelayakan negara, Mat Indera pejuang kemerdekaan dan tidak bersalah dan terbabit dalam insiden berdarah Bukit kepong.

25 anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pengkhianat negara dan kematian mereka adalah sia-sia kerana mempertahankan pendudukan British di Malaya.

Parti PAS perlu mengiktiraf setiap anggota pengganas komunis yang terkorban sebagai mati syahid kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Parti DAP dan PKR bersetuju sepenuhnya dan mengiktiraf kenyataan Mat Sabu adalah pendirian rasmi parti PAS.



Dengan ini GWM secara rasminya mencabar DAP, PAS dan PKR untuk membuat kenyataan rasmi dan menerima cabaran di atas.


GWM tidak hairan dengan Mat Sabu kerana beliau sememangnya pelacur politik utama DAP. Dan sememangnya kerja beliau melacurkan diri demi bantuan dan sokongan dari parti DAP ... juga sahabat lama ISA beliau ... Lim Guan Eng!




4 comments:

Anonymous said...

bukan mat sabu aje yang dah dibrainwashed oleh kominis, pihak berwajib kena pereksa tok2 guru PAS yang lain yg asyik menyebrang kautara. difahamka mereka jumpa koncu2 chin peng, DAP menyeberang ka selatan tambak johor belajar dengan PAP. PAS ka selatan Thai belajar dengan PKM. PKR belajar dengan Gereja tak lama lagi abislah ISLAM kat malaysia ni.

Anonymous said...

Hai Mat Sabu, kau ni adalah pemimpin 'sotong' mengikut bahasa member perkhidmatan negara singapura. 'Sotong' maknanya bodoh, bebal, bangang, bahalul, benak, baral.Pengikut yang memilih kau ni ahli PAS semua memang bahalul.

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Bagi orang politik untuk menarik perhatian umum sesuatu isu yang ditimbulkan tentunya perlu digemparkan. Dan mereka mempunyai alasan yang tersendiri walau pun agak janggal untuk diterima ramai tapi tetap didokong oleh sekutu dan penyokong fanatiknya.

Alasan utama kerana polis bekerja dengan Inggeris dan Mat Indera serta pakatan parti Kumonis Malaya untuk menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepung menjadi abu berhak ditabal sebagai wira perjuangan adalah adalah sesuatu yang perlu difikirkan dahulu...

Sejarah membuktikan Abdullah Munsyi bekerja dengan British. Apa dia juga kalau sezaman kumonis perlu ditembak ??.

Begitu juga ramai cerdikiawan Melayu yang keluar dari sekolah Inggeris seperti MCKK , STAR dan sebagainya adalah layak dipanggil pengampu kerajaan Ingeris dan perlu dihapuskan ?

Kita semua tahu bahawa zaman Mat Kilau, Datuk Bahaman , Dol Said mahu pun Tok Janggut kesemua saldadunya adalah orang asing yang ingin
kekal menjajah negeri ini maka pejuang mereka jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Bukit Kepong.

Persoalannya apakah niat sebenar mereka berbuat demikian..?
Sedangkan mereka tahu bahawa kesemua polis tersebut adalah orang Melayu. Dan kerana bertugas sebagai anggota keselamatan dibawah Inggeris maka mereka perlu dibakar ...???

Kalau benar beberapa kerat orang Melayu seperti Samsiah Fakeh, Abdullah CD,dan beberapa orang lagi dalam Pakatan Parti Kumonis Malaya yang harus ditonjolkan sebagai Wira sebenar, kenapa selepas Merdeka pun mereka tetap meneruskan dasar bawah tanah mereka
mengancang negara ???.

Selepas perjanjian Baling pun masih ada saki baki mereka dihutan yang mengugat negara terutama di Lebuhraya Grik yang terpaksa anggota keselamatan bertindak melupuskannya.Dan tak kurang anggota keselamatan kita yang gugur dan cacat kekal kerana jerangkap samar semasa operasi.
Dan yang terakhir operasi Gonzales di perbatasan Thailand dalam tahun 80 an baru lah keadaan pulih hingga sekarang.

Dan banyak Kumonis yang menyerah diri telah menyatakan dasar perjuangan mereka adalah terlalu jauh tersisih dengan yang sebenarnya......

Maka bolehkah kita terima mereka sebagai Wira ???...Walahualam.

Unknown said...

SALAM PAKCU RANTAU PANJANG ...

ANALISIS DAN PANDANGAN PAKCU CUKUP TAJAM DAN BERNAS, CUMA ... MASIH RAMAI 'MELAYU JAHILIYYAH' DALAM PARTI PAS DAN PKR SANGGUP SUJUD DAN TUNDUK KEPADA TUAN BESAR DAP ...