Thursday, September 22, 2011


Angin Senggugut Nik Aziz datang lagi. Yang cantiknya, penyakit yang cukup mustahil dihidapi kaum lelaki boleh berlaku kepada Nik Aziz ... Amazing!

Malahan, angin senggugut Nik Aziz datang di kala waktu pilihanraya umum semakin hampir untuk berdetik.

Agak PRU semakin hampir, angin senggugut Nik Aziz datang ... agak PRU semakin hampir, angin senggugut Nik Aziz datang! ... Tak makan obat ke Nik Aziz!

Dan bermulalah episod merepek merapu meraban Nik Aziz mahu melaksanakan hukum hudud secepat mungkin dengan pelbagai alasan dan konotasi baru ... ubudiyah! itqan! masuliyah! Setan beranak tiap-tiap hari! Tun Dr Mahathir tak bagi! Demokrasi ... Demo Bagi, Demo Mati!



SEJARAH ANGIN SENGGUGUT NIK AZIZ
Sebenarnya elok juga GWM lakarkan kembali sejarah tonggeng terbalik Nik Aziz dengan hududnya. Tuan-tuan dan puan-puan sudah mampu menilai dengan baik pendirian dan motif sebenar juak-juak Pakatan Rakyat ...


Tobat Lahom! bukan GWM yang cakap ni! Nik Aziz yang membuat kenyataan rasmi ...









Apa pula pandangan para pemimpin Pakatan Rakyat mengenai Hudud









Aaaahh ... inilah kenyataan rasmi Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat!



Eehhh ... Pening la Nik Aziz!

Hadi Bawang kata faktor ekonomi! ... Lu kata kata tak payah paksa! ... Daud Iraqi kata bukan agenda utama parti! ... Singh is The King kata nak buat langkah mayat dia dulu! ... Nizar Komunis pulak kata tak janji pun! Al Jubs terang terang kata tak ada dalam agenda Pakatan Rakyat!

Mana satu ni! ... Satu puak hamPAS beria ria, satu puak hamPAS juga kata tak yah! ... DAP lagi ler bantah! ...PKR play safe (macam pakai kondom) !!!



Tup, Tup tahun 2011 ...







Al Jubs sokong sama lu! ... Kit Siang Ikan & Singh is The King mengamuk! ... Macam iklan biskut Choc Fudge! ... Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada! ... Come On! ... Make Up Your Mind!



Dengar juak juak hamPAS ni marah giler ni! Mau dibakarnya kilang Carlsberg!


35 comments:

Anonymous said...

jangan terperangkap dengan hudud tok nik anwar dan kapal sink mereka saja buat rekayasa bagi BN leka dan lalai semua itu hanya lakonan haprak pluralisme

Unknown said...

UNDI, UNDI dan UNDI ...

Anonymous said...

aku tergelak mampuih dengah si tuan nayyauk yang tak mau pencen ni bercakap...dan yang pelik anus'war pulak pi sokong kali ni...boleh mampuih dengan puak chauvanis kapiaq, ektreimis tak dak hala dan parti PeeGayAre ni..

Anonymous said...

Apa nak heran dgn DAP! Klu bole, sembahyang Jumaat pun depa suruh cancel!

Tapi, bagi PAS, itu DAP punya pasal. Hudud hak kami. Jika kerana itu, PR nak pecah..Pecah lah! Takde hal! Apa DAP bole buat? Kami lebih selesa jaga negeri Islam. Dpd federal yg beronak liku.

Masaalah utama, Persekutuan! Bole janji tak, jgn rampas K'tan guna Ordinan Darurat atau guna cipta undang2 lain utk sekat!!!

Tumpang Sekaki said...

Kalau bakar kilang Carlsberg tu walau pun menyalahi undang2 ada juga "manfaat"nya, yg ditakutkan nanti oleh kerana dah semua (Nik Aziz, Lim Kit Siang, Hj Hadi, Nizar Lambai, Karpal Singh dll) pening kepala membahaskan tentang Negara Islam dan hukum hudud, ada pulak diantara mereka mencadangkan semua pi yamseng Carlsberg dulu (kita minummm duluuuu!), baru tunggang langgang semuanya.

Nik Aziz sama Hj Hadi sambil sendawa hik3 pasti jalan terkedu-kedu lutut dan terpaksa dipapah bawak balik rumah. Ha 3x, lawak2.

Anonymous said...

pas sendiri tunggang langgang mcm mana nk laksana hudud. kat kedah pun terpaksa ikut telunjuk si bangsat buka pusat hiburan bulan puasa.

nauzubillah

Anonymous said...

Beri peluang PAS buat dulu. Mudah je! Kemudian tgk hasilnye. Masa tu, baru sesuai kita komen baik buruknye..!

Benda yg masih tak nampak, tiba2 kita dah tahu baik buruknye...pelik juga nie!!!

Atau Umno memang takut benor akan keberhasilan hudud PAS nie!!!

Unknown said...

SALAM MUSANGKA ...

TIADA SIAPA MENGHALANG PAS MAHU LAKSANAKAN HUKUM HUDUD. LAKSANAKANLAH ... MENGAPA MAHU DIBABITKAN DENGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN?

ATAU ... MUNGKIN SAUDARA SEBENARNYA TIDAK MENYANGKA SUDAH ADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Menurut perlembagaan persekutuan, Perkara 76 (1), kerajaan negeri boleh melaksanakan sesuatu enakmen undang undang hanya dengan perkenan daripada Sultan.

MENGAPA TIDAK DILAKSANAKAN HUKUM HUDUD? PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TELAH LAMA MEMBENARKAN KERAJAAN PAS KELANTAN BERBUAT DEMIKIAN.

TUN DR MAHATHIR MEMBANTAH KERANA IA HANYA MAINAN POLITIK PARTI PAS! BUKAN KERANA PAS BENAR-BENAR IKHLAS!

TIDAK MUNGKIN PROFESSIONAL PEGUAM DALAM PARTI PAS TIDAK TAHU MENAHU MENGENAI PERUNTUKAN INI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?

ATAU ... SAUDARA MASIH LAGI 'CONFUSE' DENGAN PERMAINAN WAYANG KULIT PEMIMPIN PARTI PAS?

Otak Geliga said...

buat dulu, baru tgk ok ke tidak???....kalau BAIK Alhamdulillah, kalau makin TERUK siapa nak BERTANGGUNGJAWAB???....

skrg ni kita ckp pasal HUDUD PAS yg akan mendatangkan kemudaratan jika dilaksanakan......bukan HUDUD ALLAH...bukan boleh main cuba, try, test tengok....

Otak Geliga said...

lagipun Musangka, kau sendiri yg cakap dgn panjang lebarnya, HUDUD x sesuai dilaksanakan selagimana rakyatnya tidak betul2 dididik dgn ajaran Islam sehingga betul2 SAYANG & PATUH pd ajaran Islam kerana kau sndirickp n mmg betulpun yg HUDUD ALLAH bersifat mencegah BUKAN menghukum.....

hari ni kau ckp lain pulak???...nak try, test,cuba tgk???....kau mmg x ikhlas masa hujah kau hari tu ke apa???...atau kau mmg suka ckp berbelit????

Otak Geliga said...

aku kalau boleh nak copy paste je hujah kau dr blog GAP....amacam???...aku minta kebenaran...boleh Musangka???....biar pembaca nilai sendiri diri kau yg sebenarnya

Tumpang Sekaki said...

Apa2 pun kita berilah kesempatan pada Nik Aziz dan PAS untuk melaksanakan hukum hudud kalau tujuannya "Illahi Anta Maqsudi Waridhaka Mathlubi" dan dengan penuh keikhlasan hati hendak melaksanakan hukum Allah swt.

Kemudian kita tengoklah nanti bagaimana pelaksanaannya, daripada dia terus meracau menyalahkan orang lain menjadi penghalang.

Tidak timbul isu UMNO atau sesiapa takut akan kejayaannya, malah setiap orang yang mengaku beriman pasti atau menjadi wajib memberi sokongan. Malah kalau berjaya di Kelantan ianya boleh menjadi rujukan untuk kerajaan Persekutuan melaksanakannya.

TAPI PERSOALANNYA, adakah ianya benar2 akan menjadi realiti, atau setakat untuk mengaburi rakyat bagi menghadapi PRU13 nanti?

Anonymous said...

otak geliga!

sila le...! Takpe bior suma dpt baca. Itukan lebih baik!!!

Lepas tu kita bincangkan apa komplikasi yg ada antara komen aku kat sini dgn yg di GAP!!!

Anonymous said...

Otak geliga 1225!

Siapa yg akan bertanggungjawab?

Seluruh umat Islam didalam negeri itu!!!

Anonymous said...

GWM 1220,

Terima kasih tuan, kerana sudi ber respon. Tujuan aku kesini serupa dgn kat mana2 saja. Nak cari ilmu!

Sepengetahuan aku, ya, ada pindaan yg dibuat tapi tidak melibatkan enakmen jenayah. (tolong betulkan jika tersalah)

Jadi, Hudud adalah dibawah undang2 jenayah. Hanya parlimen yg punya kuasa utk penggubalan. Apakah Karpal menentang disudut ini? Dan benarkah ordinan darurat bole dikenakan keatas K'tan???

Anonymous said...

Salam.. Aku sokong tumpang sekaki.. Betul kita wajib laksanakan hukum Allah. Tetapi yang aku pelik dah 20 tahun dah perintah tapi undang-undang PBT yang aku rasa kerajaan negeri ada kuasa tak de pulak nampak keselarasan dengan undang-undang Islam... Bukan menuduh pandangan aku je.. opppsss silap ada jgk sebenarnya. kaunter lelaki dan perempuan berbeza..

tobeng said...

Retorik n ajis aje tu.Takde maknanya dia nak laksanakan hudud kat kelantan,draf hudud pun tak ada.

Kalau dia serius nak buat,inilah waktu terbaik dia boleh buat.Dikala kerajaan najib yg terlalu 'murah hati' dan 'lemah lembut' sebarang tindakan 'keras' pada negeri kelantan akan mengundang malapetaka pada sokongan orang Melayu(terutamanya) terhadap BN keseluruhannya.

Bayangkan N ajis umumkan kelantan akan diperintah mengikut hudud mulai jan 2012 dengan perkenan sultan kelantan.Tengok apa reaksi federal.Itupun kalau pas serius bukan sekadar retorik menipu orang kampung.

Ada bran?

Anonymous said...

PAS nak laksanakan hudud boleh, tapi perlu lihat pada kesesuaian keadaan, saya sendiri bukannya menentang hudud, tapi saya amat menyokong, tetapi dalam keadaan yang tidak sesuai, perlulah digunapakai undang-undang takzir dahulu. PAS bercakap ikut sedap mulut dia saja, dia tak fikir kesan kepada situasi masyarakat yang mungkin akan keliru berkenaan hudud kerana bukan semua orang faham akan hudud. Misalnya sekiranya berlaku kecurian di Kampung Pulau Melaka, di kampung Nik Aziz sendiri disebabkan kerajaan Kelantan tidak mampu menyediakan peluang kerja yang mencukupi kepada rakyat, siapa gamaknya nak kena potong tangan disebabkan perbuatan mencuri itu? Dalam hudud, kalau kecurian itu adalah terpaksa untuk meneruskan hidup, kerana kalau tak curi makanan itu, maka matilah dia sekeluarga, macam mana nak jatuhkan hukuman? Malahan siapa yang patut dipotong tangannya? Menteri Besar, Pegawai Majlis Agama Islam yang jaga zakat, atau ADUN dan Ahli Parlimen kawasan berkenaan yang sibuk berpolitik tapi tidak pedulikan penduduk yang tak ada kerja hingga kena mencuri, melacur, mengedar dadah, menyeludup? sekarang lihatlah siapa yang akan kena hukum dahulu. PAS perlu lihat keadaan sosial masyarakat dahulu, malahan Nabi sendiri pun masa dakwah, dia tak terus saja paksa jangan minum arak, berperingkat sebab untuk didik masyarakat dahulu untuk mengamalkan Islam secara berhemah, Nabi sendiri tidak berpolitik menghentam Musyrikin Quraish sesuka hati semata-mata mahukan populariti murahan, jadi PAS kalau nak bentuk masyarakat menjadi baik, maka golongan ulama, tok guru, ustaz, ustazah, shiekh dan macam-macam gelaran dalam PAS perlu ubah sikap, tunjuk teladan yang baik, bukannya maki hamun sambil bertakbir semasa ceramah politik, bukannya melalak sambil melompat-lompat dan merosakkan harta orang ramai dan harta awam semasa demontrasi liar, malahan tidaklah boleh menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan kerana tamakkan kuasa politik, kalau PAS yang kononnya parti Islam dengan imej jubah, serban sebesar bakul, tuduh labuh, burka dan sebagainya itu menunjukkan teladan yang baik, maka sikap masyarakat akan jadi baik, masa itu bila keadaan sudah sesuai, maka bolehlah laksanakan hudud. Malahan dalam hudud sendiri, apakah hukum menentang kerajaan yang sah dengan membuat maki hamun, hasutan, demontrasi liar untuk jatuhkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat? Nanti jangan bila Nik Aziz buat hudud di Kelantan dia sendiri pula yang paling awal kena tangkap sebab berkhianat hendak menjatuhkan kerajaan dengan bermacam-macam hasutan, malahan ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan ditahan dan dihukum ikut hudud kerana bukan saja ceramah maki hamun dan menghasut untuk jatuhkan kerajaan yang sah, tapi memberontak dan menghasut orang memberontak melalui demontrasi liar, itu apa pula nak dibuat kepada puak-puak Pakatan Rakyat ini? Biasalah, Pakatan Rakyat tak ada isu, mereka sudah kering isu, mereka akan kitar semula isu-isu lama untuk merosakkan pemikiran rakyat. Berkenaan hukum hakam Islam, pihak kerajaan sendiri sentiasa berusaha untuk memperkuatkan perundangan Islam, tapi Pakatan Rakyat hanya sibuk berpolitik dan mempergunakan agama untuk meraih undi, agama telah jadi alat untuk mencapai kuasa, sepatutnya kuasa digunakan untuk capai cita-cita agama, tapi dalam Pakatan Rakyat sudah terbalik, agama telah diperalat sepuas hati untuk mencapai cita-cita politik, tapi sedarlah, perbuatan mungkar, tidak akan diredhi, insaflah wahai puak-puak PR semua.

tobeng said...

Kalau ikut hudud pas(bukan hudud Islam)bukti2 macam rakaman video atau cctv semua diorang kata 'besi' aje takleh jadi saksi.Habislah penjenayah2 semua lepas takleh kena hukum walaupun dah sah2 muka masuk cctv merompak,merogol,membunuh.

Unknown said...

SALAM MUSANGKA, OTAK GELIGA, TUMPANG SEKAKI, TOBENG & ANONYMOUS ...

INILAH SEBENARNYA BEZA DI ANTARA BLOG PRO KERAJAAN & BLOG PEMBANGKANG!

PERBEZAAN ISU DAN PENDAPAT ANTARA DUA KEM POLITIK SEBENARNYA LEBIH MENURUS KEPADA MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERSEFAHAMAN.

DAN SELALUNYA, BLOG PEMBANGKANG LEBIH GEMAR MENAPIS KOMEN DISIARKAN (LATELY BARU OPEN COMMENTS) HANYA UNTUK MENGGEMBIRAKAN SATU PIHAK.

BLOG PRO KERAJAAN ... NO SWEAT! LU MAT BALUN ... BALUN! TAKDE HAL ... OPEN YOUR MIND!

Anonymous said...

Biasalah tu GWM, modal PAS untuk pancing undi tiap kali masuk waktu PRU. PAS dah terbiasa salah gunakan waktu solat untuk berkempen tiap kali masuk waktu solat. Hanya yang bodoh je percaya dan undi PAS tiap kali PRU sebab nak masuk syurga konon nya, tapi selepas undi PRU terbabit dengan subahat dosa dan fatwa peribadi dan sesat nik ajiz untuk masuk neraka nanti.

bila dah menang PRU nik aziz akur dengan DAP kafir bila kene katok kat kepala dia sampai sarban dia pun berterabur.........

Orang yang BODOH je akan undi PAS-DAP-PKR untuk selama lama nya

norazha said...

komen anon 1.38 memberikan umpamaan ygsgt terang dan mudah difahami...aku ni dah puas nak terangkan pada kawan kawan PAS...sebaliknya aku ni asik dikiaskan murtad la, kafir lah...

Anonymous said...

Jika alasan belum bersedia, hudud ditangguhkan. Sampai bila? Apa usaha federal utk sediakan umat kearah itu? Ini tanggujawab federal yg paling utama. Tegakkan Negara Islam!!!

Nik Aziz dah clear, dia nak buat jugak kat K'tan, walau terpaksa kuaq PR. Dia buat suma ni pasai federal tak amik pot.

Federal dah sedia ka??

Anonymous said...

Musangka, saya telah terangkan sebelum ini bahawa PAS kononnya nak buat hudud tapi mereka tidak fikir panjang kesan dan akibat perbuatan mereka itu. Saya tidak menentang hudud, cuma waktunya belum sesuai, malahan Azizan Razak, salah seorang tok guru PAS yang sekarang ini MB Kedah pun tak buat lagi sebab keadaan tak sesuai. Malahan saya nak tanya kamulah Musangka, apakah hukumnya menentang kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat dengan melakukan ceramah maki hamun dengan kerapnya dan dimasukkan unsur-unsur hasutan yang berbaur fitnah untuk memburukkan nama baik kerajaan serta melakukan keganasan yang boleh diibaratkan sebagai pemberontakkan melalui demontrasi liar yang bukan saja merosakkan harta awam, tapi merosakkan harta individu lain yang tidak bersalah, menyerang pasukan keselamatan yang sebelum itu telah beri nasihat, telah beri amaran supaya bersurai dan jangan keterlaluan, apakah hukumnya ikut hudud? Nik Aziz boleh buat hudud, tapi jangan terpilih pula perlaksanaannya, sekiranya melibatkan pihak Barisan Nasional, tak payah bukti, tak payah 4 saksi beriman, khabar angin dan dengan bisikan syaitan pun boleh dipercayai dan dijaja keliling negara kononnya Dr. Rais Yatim adalah perogol, PM ada skandal dengan Altantuya, Rosmah Mansur hadir ke tempat pembunuhan Altantuya pada waktu malam, tak ada bukti pun boleh tuduh, sedangkan dalam hudud, orang yang tuduh tanpa bukti perlu dirotan 80 kali, apahal Mahfuz Omar, Mat Sabu, Drs. Dzul, dan ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat yang beragama Islam yang membuat tuduhan tanpa bukti itu tidak dirotan oleh Nik Aziz sendiri untuk buktikan keikhlasan beliau nak laksanakan hudud? Ini tidak cakap saja lebih, tuduh Tun Mahathir menentang hukum Allah serta sebagainya, tapi Tun Mahathir melihat kesesuaian keadaan, bukannya dia nak menentang hudud, bila sesuai, bolehlah laksanakan, tapi PAS tuduh Tun Mahathir macam-macam tuduhan yang bukan pula. Musangka, nasihatkan Nik Aziz supaya merotan Mat Sabu yang berdua-duaan dengan pasangan lain jantina dalam bilik hotel dulu, malahan Mahfuz Omar dan Drs. Dzul yang suka buat tuduhan melulu tanpa bukti pun perlu rotan juga, saksi penipu mereka itu bila tak dapat kemukakan bukti 4 saksi lelaki beriman untuk buktikan tuduhan mereka itu. Ini tidak cakap berdegar-degar, tapi sekadar cakap sajalah, tindakan buat tak tahu saja pun, buktinya segala maki hamun, fitnah dan tuduhan yang bukan-bukan oleh pimpinan PAS sendiri terhadap UMNO dan Barisan Nasional, walaupun sudah jelas itu fitnah, tak pula Nik Aziz ambil tindakan hudud ke atas pimpinan PAS berkenaan, ini apa sudah jadi, untuk PAS tak payah hududkah? Apakah pimpinan PAS lebih hebat dari para nabi dan rasul hingga boleh buat sesuka hati, ceramah maki hamun, hasutan, ajarkan perkara yang buruk pada orang ramai, demotrasi liar, itu tak berdosakah? Jawablah ini Musangka, selama ini tak ada seorang pun ahli atau pemimpin PAS yang berani jawab, dalam Islam Mazhab mana membenarkan ceramah maki hamun, hasutan dan demontrasi liar hingga menjejaskan ketenteraman awam, apakah ia Islam mazhab Pakatan Rakyat yang mengikut buku The Prince (Matlamat Menghalalkan Cara) dan Niccolo Micheavelli telah jadi imam mazhab berkenaan oleh Pakatan Rakyat? Silalah jawab perkara ini, itu pun kalau dipihak benarlah, kalau jenis asobiyah tak dapat terima kebenaran hingga sanggup bersekongkol dengan jemaah Pakatan Rakyat menzalimi orang lain tak tahulah. Berani kerana benar, takut kerana salah, sekian, terima kasih.

Otak Geliga said...

ni komen kau Musangka:
Blogger musangka said...

GAP! mohon izin,panjang sikit!

Biaq musang yg jawab segala soalan2 & perkara yg musang bangkitkan berdasarkan isu ini. Setakat yg termampu.

Hukum Hudud ertinya hukum2 yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan2 jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dll.

Hukum Ta'zir ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH. ALLAH hanya memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menetapkannya. Dengan syarat pesalah diberi hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Contoh-contoh hukum ta'zir ialah diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya, dipenjarakan, dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum, didenda duit atau disuruh buat kerja berat, dsb.nya

Manakala hukuman qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka, dsb.nya. Walaubagaimanapun, pemberian maaf oleh pihak yang dizalimi boleh diterima mahkamah dalam perkara ini.

September 19, 2011 10:01 PM

Otak Geliga said...

Blogger musangka said...

Demikianlah erti hukum jenayah Islam itu, bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes.

Kita telah mengetahui akan pengertian hukum2 jenayah dalam Islam tersebut yang wajib kita imani.

Seterusnya... kita kena jawab 4 soalan, seperti kata orang putih.. ‘What’s to do, Where, When and How to do it?”

Persoalan 'What and Where', tak perlu tanyalah!.
Semua orang tahu, sampai yang tak tahu agamapun, nak menyibuk juga... sampai gempak2 satu negara!

Tetapi bila diperkatakan ‘When’ atau bila untuk dilaksanakan, ia mesti membabitkan masa yang dikira sesuai!.

Samada nak buat sekarang juga , atau nak tangguh dahulu! Sebab Islam dah 1400thn lebih dah!

Nak tolak terus (sebab tak relevan dengan kehidupan moden, because it's barbaric!), tak boleh! Nanti jatuh kafir!

September 19, 2011 10:02 PM

Otak Geliga said...

Blogger musangka said...

Lihat punya lihat.. terdapat dua keadaan masyarakat yang boleh dan tak boleh menerima pakai hudud ini.

Iaitu pada ketika masyarakat telah baik, atau dalam masyarakat yang jahat. Sudah pasti apabila hudud dilaksanakan pada dua situasi masyarakat tersebut, akan menghasilkan natijah yang berbeza.

Masyarakat yang baik (majoriti masyarakat iman berada pada tahap tinggi) sudah pasti memiliki akhlak yang baik dan faham akan hakikat ujian yang didatangkan oleh Allah SWT.

Hukum Hudud yang dilaksanakan pada masyarakat yang seperti ini mendatangkan suasana yang harmoni, aman damai dalam masyarakat.

Sedang masyarakat yang jahat, jika hukum Hudud dilaksanakan pasti mencetuskan bala, sumpah seranah, berteriak2 macam orang gila, tidak redha, dsb.nya.

Dan, kita faham... baik atau jahat sesebuah masyarakat itu bergantung kepada usaha ‘Dakwah dan Tarbiah’ yang dijalankan dalam masyarakat secara giat, berterusan dan istiqamah.

September 19, 2011 10:03 PM

Otak Geliga said...

Blogger musangka said...

Apa sokongan yang mengatakan, hudud hanya boleh dilaksanakan dalam masyarakat yang baik?.

Mengapa Allah SWT menurunkan ayat2 Al Quran kepada Rasul-Nya secara beransur2 dan tidak sekaligus?

Mengapa didahulukan ayat2 Makkiyah dari ayat-ayat Madaniyah?

Mengapa pula Rasulullah SAW tidak mulakan perintah “jangan kamu berzina” dan “jangan kamu minum arak”,

Mengapa ayat tentang perintah sembahyang pun turun sesudah sebelas tahun kenabian?

Semuanya kerana iman belum masuk ke dalam benak dan sanubari kalbu mereka. (Belum baik lagi la.. tuu!)

Mereka belum beriman dan belum taat kepada ALLAH. Cinta dulu baru datang taat. Tanpa cinta orang tidak akan taat sekalipun pada kedua ibu bapanya. Mereka umat jahiliah yang masih sedap dengan amalan zina dan meminum arak jika terus ditegah nescaya mereka akan menolak seruan Islam itu!.

Mencegah dengan pendidikan, mengubat dengan Akta, Penjara, Hudud, dll.

Kita belum didik mereka lagi, belum beri faham dengan iman dan Islam... dah nak potong tangan mereka!.

Ini yang tak relevan!.

September 19, 2011 10:04 PM

Otak Geliga said...

Blogger musangka said...

Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH ini, bukan kerana sengaja, tetapi kerana mereka terbiar!. Tidak diberi faham dan dididik dengan Iman dan Islam, dengan wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan.

Aku kira kalau bukan dengan kepentingan politik dan duniawi, kejadian ini tidak berlaku. Sebab orang yang benar2 mencari keredhaan ALLAH tidak akan memilih2 hukum ALLAH.

Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh mengusahakan agar orang jadi baik lebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan.

Hal ini samalah halnya dengan orang yang baru saja dapat negara atau belum pun dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat.

Mengapa perlu ada tertib perlaksanaan – Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Sunat Ain, Sunat Kifayah, dll.

Mengapa pejuang2 Islam hari ini ghairah sangat hendak tegakkan Hukum Hudud, sebelum hukum2 fardhu ain dan fardhu kifayah yang lain, yang lebih utama, belum dapat dipraktikkan sungguh2 oleh masyarakat. Lebih2 lagilah sepatutnya kebaikan2 itu mesti ditegakkan dulu dalam jemaah Islam.

Cukup dulu setakat ini. Naik penin dah kepala musang!

MUSANG TANYA, MUSANG JAWAB !!!

Wallahualam. Klu ada salah tulun betuikan! Utk kebaikan bersama!!

September 19, 2011 10:05 PM

Otak Geliga said...

kalau pembaca larat nak baca & sanggup utk tahu kebenaran siapa diri Musangka yg sebenarnya, sila baca hujah2 yg dia beri di blog GAP......dlm masa 3 hari...aku ulang...3 HARI sahaja, PENDIRIAN dia BERUBAH SAMA SEKALI.....


SEBIJIK sama dgn pemimpin dlm parti KESAYANGAN dia....PASngok...malah mungkin Musangka ni lebih teruk lg sbb hanya perlu bbrp hari je nak tukar pendirian......

Tapi aku rasa dia ni KELIRU GILER dgn apa yg dia cakap.....BYK SGT BERBELIT...akhirnya sendiripun POOOOOOOSIGH sampai pening......SEBIJIK tok guru dia.....hehe

Org mcm Musangka ni jgn PERCAYA sgt apa dia cakap, nak layan boleh, tp layan main2 je....hehe...org mcm ni mmg BAHAYA...byk sgt kat Pencacai belah "sana"

Otak Geliga said...

To Musangka 1.08AM

Itu pandangan kau...kau ingat hanya org negeri tu saja yg beragama Islam????......org bukan Islam x kan menyalahkan "org negeri tu je" tp akan menyalahkan UMAT ISLAM SELURUH DUNIA & Tindakan bodoh utk cuba, try, test tgk Hukum HUDUD PAS akan menyebabkan ISLAM itu dianggap ZALIM......x gitu en Musangka @ Si ANAK SEPULUH?

Otak Geliga said...

To Musangka 11.50AM

Sori la Musangka, N.Aziz bukan telah SEDAR akan kepentingan/penubuhan Negara Islam, TAPI sbnrnya TLH SEDAR undi Melayu Islam yg dianggap assobiyah semasa BONGKAK & RIAK dulu telah BANYAK YG HILANG

SEMUANYA KERANA HILANG UNDI akibat TERLALU ikutkan NAFSU & DENDAM KESUMAT TERHADAP UMNO....inilah jadinya

Perpaduan sesama Islam DIKENCINGKAN, perpaduan dgn Kafir biaDAP utk menjatuhkan kerajaan pimpinan Orang Islam diagung2kan.....sekarang ni segala kahak & muntah habis dijilat semula

Anonymous said...

Musangka, dalam Islam mazhab apa yang benarkan ceramah maki hamun dan hasutan hingga masyarakat menjadi keliru dan berpecah belah hingga bertelingkah sesama sendiri? Malahan dalam Islam mazhab apa juga demontrasi liar yang merosakkan harta awam dan harta orang ramai serta mencetuskan kegelisahan di kalangan masyarakat? Begitu juga apakah hukumnya perbuatan Shuhardi Md. Isa yang berpura-pura mati dan menyamar sebagai arwah Baharuddin Ahmad kerana mahu mencetuskan suasana tidak tenang dan supaya orang ramai menganggap pihak berkuasa jahat serta zalim sedangkan itu semua adalah provokasi Pakatan Rakyat? Apakah telah ada mazhab baru iaitu Mazhab Pakatan Rakyat yang menjadikan buku The Prince (matlamat menghalalkan cara) karangan Niccolo Micheavelli sebagai pedoman dalam politik dan kehidupan Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat hanya banyak cakap saja, banyak buat masalah, bukannya ada inisiatif untuk baiki keadaan, tapi mereka nak burukkan keadaan supaya senang mereka nak ambil kesempatan di atas penderitaan orang lain, inilah sikap Pakatan Rakyat yang tidak bermoral dan tidak berhati perut berbuat itu dan ini sesuka hati demi undi, bukannya untuk rakyat tapi untuk undi, undi yang diutamakan, rakyat hanya diperalatkan oleh Pakatan Rakyat saja. Sedarlah semua, jangan tertipu oleh penipuan Pakatan Rakyat lagi, mereka ini akan buat macam-macam untuk undi, dahulu semasa pelancaran Negara Kebajikan, mereka kata menifesto PAS pada tahun 2003 berkenaan hudud dan negara Islam adalah salah faham saja, tak ada pun nak buat hudud dan negara Islam, hanya Negara Kebajikan, tapi sekarang ini jadi lain pula, Negara Kebajikan telah dilempar ke tempat buangan sampah, dan hudud dan negara Islam yang sebelum ini dilempar di tempat buangan sampah oleh PAS telah dikutip balik, lepas ini tak mustahil akan dilempar balik dan Negara Kebajikan pula akan dikutip dan dibasuh semula dan begitulah seterusnya akan dibuat oleh PAS untuk kepentingan politik, bukannya kepentingan negara dan rakyat. Harap serban saja sebesar bakul, harap jubah saja putih melepak, tapi kaki kelentong, penipu. Jauhi Pakatan Rakyat, penipu dan pembelit yang merbahaya, lebih bahaya dari virus SARS atau selsema burung.

Anonymous said...

Musangka, kamu tuduh Tun Dr. Mahathir menghalang PAS melaksanakan hudud, sila lihat surat Tun Dr. Mahathir kepada Nik Aziz menerangkan isu hudud ini: http://hhalem.blogspot.com/2011/09/hukum-hudud-pas-surat-tun-dr-mahathir.html

shenes said...

replica bags canada 9a replica bags replica bags philippines wholesale