Thursday, September 15, 2011


Hmmm ... memang satu kejutan besar malam ini. ISA dimansuhkan dan bakal digantikan dengan dua undang-undang baru.

Antara pro dan kontra, kedua-duanya dilihat semakin seimbang ...

Mungkin salah satu strategi DS Najib mahu mematikan peluru hidup dari juak-juak pembangkang. No more ISA, no more issue ...

PRU13 semakin hampir menuju tarikhnya? Barangkali juga ...

Namun, bagaimana dengan kenyataan sumbang seperti Professor Kangkung Aziz Bari menghina Raja-Raja Melayu dengan kenyataan Kuasa Raja 1948 ... tidak mempunyai sebarang nilai sama sekali.

Atau ... Zuraidah Mak Lampir Kamaruddin secara terangan menghina mahkamah dengan menyebut 'Mahkamah Pandikutty'.

Apakah tindakan affirmatif yang telah diambil terhadap mereka-mereka ini? ...

Atau barangkali ini suatu tindakan populis dan kalkulatif DS Najib, hasil dari nasihat pakar-pakar strategi beliau ... ironi?

Bagaimana pula dengan tindakan Amerika Syarikat yang mempertahankan Patriot Act, Singapura dan Thailand masih mengekalkan ISA ...

Oh Ya ... Terlupa ... kerajaan akan memperkenalkan dua undang-undang baru sebagai gantian kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Barangkali lebih hebat dan menyengat!

Cuma Ds Najib ... Mampukah dua undang-undang yang bakal dibawa ke Parlimen akan diluluskan sebulat suara?

Atau barangkali pakar dan penasihat juga terlupa bahawa Barisan Nasional tidak mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen untuk affirmative action meluluskan undang-undang?

Jangan sampai umat Melayu pula terpengaruh dan mula percaya kepada teori RAHMAN! Berat tu DS Najib!

Atau barangkali juga DS Najib semakin yakin undi dan sokongan 2/3 majoriti bakal diterjemahkan pada pilihanraya umum nanti!


14 comments:

Anonymous said...

KAMI RASA SEDIH SELAMA INI KAMI NAKKAN ISA DITERUSKAN DAN MENENTANG SETIAP APA YG MAHUKAN ISA DIMANSUHKAN TAPI AKHIRNYA NAJIB SENDIRI YG LEBURKAN PERJUANGAN KAMI, SENGAJA KAU BUANGKAN PENYOKONG TEGAR SELAMA NI, BN DAH SEMAKIN DEKAT DGN KEHANCURAN KERANA NAJIB SEBENARNYA TIDAK MENDENGAR LANGSUNG SUARA2 BANGSA DAN SUARA PENYOKONGNYA SELAMAINI,HANYA MENDENGAR SIPENYAMAR YG MAHUKAN BN DITUMBANGKAN, SELAMAT TINGGAL PERJUANGAN MELAYU, KAMI DAH MULA MEMBUAK BENCI DGN KEPUTUSAN INI, JGN SALAHKAN RAKYAT YG MENYOKONG SEANDAINYA UNDI DIBERI KEPADA SESIAPAPUN SELAIN DARI BN, NAJIB DAH DIIKAT IMF VERSI MALAYSIA ITULAH HAKIKAT, TITIK DAN TAMAT.

Anonymous said...

Kenapa sekarang ? Apakah pemansuhan ISA mengharapkan penbangkang mengundi BN dalam PRU 13..... kelihatan NAJIB tewas satu demi satu dengan isu yang dipopularkan penbangkang....AWAS tolong jangan leka... jerat dihadapan!!!

To Live Again said...

Terus terang aku cakap yg BN benar2 akan hancur..Najib, sory to say..Sy betul2 dh hlg hormat pd dato seri! Dato nak sgt undi cina???? Nah dato cari la!

Jgn harap undi dr saya org melayu yg bodo di mata dato ni! Sy btl2 kecewa dato mmg kecewa!

Jgn ingt dato sng2 blh dpt 2/3 sokongan di parlimen! Mati hdp semula pon Dato x dpt!

Anonymous said...

BIjak! bijak!...pembangkang Nganga !...takda isu lagi nak hentam ...!

Anonymous said...

Kalau ISA takde pun ok tapi ganti dengan yang lagi bagus apa salahnya, kita hilangkan undang-undang Penjajah, kita buat yang lebih bertamadun, kalau ISA pun peguam dah pandai nak lepaskan pesalah susah juga, kena ISA tau-tau lepas juga. tapi rasa yang diganti tu lebih sesuai dengan apa yang ada sekarang.

jangan kita bertindak dengan apa yang kurang pasti kebaikannya.

Anonymous said...

ramai agaknya menteri yang mati katak dalam 2 tiga bulan ni!!!

Anonymous said...

Nama ISA terlalu busuk dimata rakyat dah..Elok ganti nama baru ..Jgn taksub>NEGARA perlu ada ISA..tukar nama jer..

aku said...

relaks larrr...

sama ada dipersetujui untuk 2 akta baru tu nanti.....kita tunggu dan lihat...

sbb aku percaya...PM da fikirkan sumer risiko...daripada pelbagai sudut pertimbangan....

sbg PM....semestinya beliau da amik pusing sumer 'back-up' plan....sebelum sesuatu itu 'diputuskan'....

aku juga percaya jiwa dan semangat patriotik PM bukan sahaja diterjemahkan dengan kata2 malah akan disusuli dengan tindakan...yang bijak dan tersusun...InsyaAllah.....

wallahu'alam

Hashim Putera said...

Betui betui betui relex le bro..

Selemat Hari 1Malaysia

Kumpulan Pro ISA....perjalanan kita masih jauh...kekalkan semangat perjuangan.

Ada pesanan kata kata semangat untuk Pro ISA...klik katsini untuk terus berjuang. Penting, tolong sebarkan kepada Pro ISA yg lain.

Anonymous said...

i don;t even buy it at single cents when najib say abolished ISA, yes he abolished one but he will put in 2 more new ISA worse than before ...take my word. beruk gelombang wangs maju... you being paid and get out when you still can ....

Anonymous said...

hangpa semua tak paham2 ka maksud tersirat kenyataan najib...kalau ada ISA pon...kalau tidak berani dan tak reti digunakan...buat apa...ini merupakan sindiran tajam buat si hisamaran ...yg hanya mampu tersengih2 tepok tangan dgn pengumuman najib...fikir2kan dan renung2kan

Anonymous said...

Saya menentang pemansuhan ISA kerana ia pada pandangan saya adalah suatu kesilapan kerana ia boleh membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap anasir subversif dan espionaj yang boleh memudaratkan negara dan rakyat. Datuk Seri Najib mungkin tersilap percaturan dengan mengikut rentak pembangkang sedangkan ramai penyokong kuat kerajaan sedar dan menyokong ISA adalah untuk keamanan dan keselamatan negara ini. Pemansuhan ISA boleh menyebabkan ramai penyokong kuat kerajaan ketika ini akan bertindak menentang kerajaan pada PRU 13 akan datang disebabkan kecewa dan marah dengan tindakan kerajaan yang sesuka hati hendak memansuhkan ISA yang sebenarnya adalah benteng pencegahan penularan kerosakkan ke dalam negara ini. ISA adalah tindakan pencegahan atau 'preemptive' bagi mengekang orang-orang yang dipercayai dan mempunyai hubungan dengan anasir-anasir subversif supaya tidak merosakkan negara ini dan menjadi boneka kepada anasir asing bagi merosakkan negara ini. Pemansuhan ISA umpama menghapuskan perlindungan yang selama ini begitu kukuh untuk mempertahankan negara ini. Pihak kerajaan jangan terkejut sekiranya Barisan Nasional tumbang dengan teruknya pada PRU 13 akan datang dan kami juga tidak rela Pakatan Rakyat menguasai negara ini, berkemungkinan besar akan ada ramai calon bebas pada PRU 13 akan datang sebagai langkah untuk mengajar pimpinan Barisan Nasional yang bertindak semberono dan Pakatan Rakyat yang bertindak melulu dan membabi buta. Saya sendiri sekiranya tiada calon bebas bertanding di DUN dan parlimen di kawasan saya pada PRU 13 nanti, saya samada tidak pergi mengundi atau sekiranya saya mengundi, saya akan merosakkan undi saya sebagai protes kepada tindakan kerajaan memansuhkan ISA. Sebelum ini saya berasa kecewa kerana pemansuhan PPSMI yang jelas memberikan banyak manfaat pada pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris dengan cepat dan baik. Barisan Nasional mungkin akan mendapat sokongan yang besar dan mencapai kemenangan yang hebat pada PRU 13 nanti sekiranya Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib meletak jawatan, kalau dia nak bertanding di parlimen Pekan, itu dia punya hal, dan sedarlah penolakkan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib akan makin kuat selepas isu pemansuhan ISA ini, selama ini kami penyokong kerajaan bersabar dengan tindakan Datuk Seri Najib yang telah banyak membuat perkara yang melukakan perasaan kami penyokong kerajaan, campur tangan isterinya dalam pentadbiran, dan berbagai lagi akan menjadi punca kekalahan Barisan Nasional sekiranya Datuk Seri Najib masih enggan melepaskan jawatan sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri merangkap pengerusi Barisan Nasional. Untuk Datuk Seri Najib, sedarlah, sekiranya Barisan Nasional tumbang dengan teruk pada PRU 13 akan datang, maka akan tercatat dalam sejarah, pemimpin yang merosakkan Barisan Nasional adalah Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak serta Khairy dan Rosmah, pencetus kerosakkan dan keributan dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Yang benar dan ikhlas,

Encik Mohamad,


Penyokong Barisan Nasional yang tidak bersetuju dengan pimpinan tertinggi Barisan Nasional ketika ini.

Anonymous said...

Sudahlah Menteri Dalam Negeri lembik macam pondan, sekarang ISA dihapuskan pula, makin seronok tukang demontrasi jalanan bersorak sorai meraikan kemenangan mereka meperkudakan Datuk Seri Najib hingga sanggup ISA dimansuhkan.

Isu Namewee, isu Budak UMT yang hina lagu Negaraku, isu Katy Li Lian yang membuat kenyataan menghina orang Melayu dan bersikap perkauman, isu perhimpunan BERSIH, isu Shuhardi Md. Isa, isu Ambiga, isu Mat Sabu dan komunis, semuanya kerajaan buat pekak saja kerana takut mengambil tindakan. Kerajaan yang berperangai pondan dan pengecut seperti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ini perlu meletak jawatan, rakyat ramai sudah meluat dengan kamu semua. Ada beberapa menteri dalam kabinet yang berprestasi baik, tapi ramainya dan termasuk Perdana Menteri sendiri, pengecut dan mengejar populariti politik murahan tahap longkang hingga sudahlah PPSMI dimansuhkan, novel Interlok yang menerangkan kebenaran tentang situasi masyarakat pada zaman awal merdeka diubah suai sesuka hati, selepas itu ramai orang buat benda yang mengancam dan merosakkan negara dibiarkan berleluasa seperti Namewee, Katy Li Lian, Mat Sabu, Ambiga, Anwar Ibrahim, Budak UMT yang hina lagu Negaraku dan banyak lagi masalah yang tidak ditangani oleh kerajaan dengan baik, sekaran ISA pula dimansuhkan, kerajan sengaja hendak menaikkan kemarahan penyokong kuat kerajaan yang selama ini sentiasa mempertahankan ISA untuk keamanan dan keselamatan negara, di Amerika pun ada Patriot Act, malahan banyak negara lain ada akta pencegahan untuk melindungi keselamatan negara dari anasir jahat subversif dan espionaj yang mahu merosakkan negara ini atau mencetuskan kekacauan hingga menyebabkan negara ini bergolak dan akhirnya musnah sebagaimana Somalia, Iraq, dan Afghanistan. Untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, silalah letak jawatan sekiranya anda masih sayangkan UMNO dan Barisan Nasional kerana kami penyokong kerajaan telah meluat dengan tindakan kamu yang gemarkan populariti murahan tetapi menyebabkan banyak masalah kepada rakyat dan negara pada masa akan datang, sedarlah, Barisan Nasional akan mencapai kemenangan besar dan bergaya sekiranya Datuk Seri Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan juga sebagai Presiden UMNO. Tak tahulah kalau Datuk Seri Najib lebih sayangkan jawatan sekarang ini tapi tidak pedulikan UMNO dan Barisan Nasional, nanti jangan terkejutlah kalau UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk dalam PRU 13 akan datang kerana rakyat telah meluat dan geram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia yang merapu dan mengelirukan itu.

Encik Mohamad,

Penyokong kuat Barisan Nasional, tapi menentang kepimpinan tertinggi Barisan Nasional sekarang ini.

Anonymous said...

ISA lahir dlm tempoh 12 tahun (1948-1960)yg penuh sengsara dan derita. Banyak nyawa pejuang dan rakyat yg terkorban. Hidup dalam ketakutan dan kemiskinan. Ancaman berlarutan sehingga peletakkan senjata oleh komunis secara rasmi.

Ancaman subversif dan pelampau terus mewarnai sejarah hitam negara antaranya 13 Mei, Memali, Sauk, PKMM, Reformasi, JI, Hindraf dan Bersih.

ISA masih relevan walau dunia diera millenium kerana diluar sana masih berleluasa kegiatan subversif serta jenayah terancang yg akan mengganggu gugat keamanan dan kestabilan politik/ekonomi negara.

Memansuhakan ISA atas desakan serta tuntutan politik akan membawa padah besar pada negara.

Berkompromi dlm soal keselamatan dan kedaulatan undang-undang seharusnya tidak berlaku apalagi jika ianya dilakukan demi survival politik.