Wednesday, September 21, 2011

1 comments:

Anonymous said...

Parlimen Wangsamaju majoriti pengundi bumiputera, UMNO lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah penduduk berbilang bangsa, patutnya parlimen Wangsamaju diberikan pada UMNO. MIC, Gerakan dan MCA perlu contohi UMNO, bukannya sibuk jaga puak-puak sendiri saja, lebih-lebih lagi yang bertanding di kawasan majoriti bumiputera, contohi Ong Tee Kiat yang tahu bila dia bertanding di kawasan majoriti bumiputera, dia tidak abaikan kepentingan bumiputera, malahan orang India di kawasan parlimen Pandan pun diberi perhatian. Lihat ahli parlimen MCA, Gerakan dan MIC yang lain yang bertanding di kawasan bumiputera, apa sudah jadi? Sibuk nak bakar api perkauman, tapi kesannya kamu akan ditolak oleh pengundi ditempat kamu kerana sikap perkauman yang kamu dewakan itu. Nak buat isu perkauman dipersilakan berambus masuk DAP, itulah parti paling rasis di dunia, malahan PAP, bapak kepada DAP pun tidak rasis melampau seperti DAP yang rasisnya setaraf Israel Zionist. Dalam kesepakatan Barisan Nasional, sejak berpuluh tahun lalu, sejak dari zaman Perikatan lagi, Barisan Nasional mengutamakan kepentingan nasional, bukannya sibuk nak jadi hero kaum tertentu tapi kepentingan nasional tergadai. Semangat melindungi kepentingan nasional adalah tinggi dalam pimpinan Barisan Nasional terdahulu, tapi kini, terutamanya dalam MCA, MIC, Gerakan, sibuk nak jadi hero kaum masing-masing hingga mengguris hati dan perasaan kaum lain, apa sudah jadi? Pimpinan MCA, MIC dan Gerakan sekarang tidak punya kualiti sebagai pemimpin yang mempunyai semangat menjaga kepentingan nasional yang begitu tinggi pada diri mereka, selalu buat kenyataan media menyalahkan kaum itu dan ini, apa cerita? Dulu dalam Barisan Nasional, boleh kompromi, masing-masing sanggup berkorban untuk parti komponen untuk kekuatan Barisan Nasional, sekarang apa sudah jadi, parti komponen sendiri dijadikan mangsa untuk mendapatkan populariti politik murahan, ini sahabat jenis apa? Kepada pimpinan MIC, Gerakan, dan MCA, sila hayati kembali perjuangan dan semangat setiakawan pimpinan parti anda yang terdahulu yang sanggup susah senang sama-sama dengan rakan-rakan komponen, malahan selepas Pulau Pinang diambil alih oleh parti Gerakan yang ketika itu adalah pembangkang dari MCA, tidak pula Tun Tan Siew Sin menyalahkan UMNO atau MIC? Begitu juga bila MIC kalah, tidak pula Tun V.T. Sambathan menyalahkan MCA dan UMNO, tapi kini bila calon MCA atau MIC atau Gerakan kalah dalam pilihanraya, UMNO disalahkan pula, apahal? Mana dia semangat setiakawan yang dibentuk sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak dahulu? Malahan hingga era Tun Dr. Mahathir dahulu pun, semangat kesetiakawanan diantara komponen dalam Barisan Nasional adalah kukuh di mana parti komponen dalam MCA, MIC, dan Gerakan gigih berusaha untuk mendapatkan sokongan masyarakat masing-masing hingga Barisan Nasional masih dapat menang dan mengekalkan majoriti lebih 2/3 dalam parlimen walaupun diasak hebat oleh pembangkang yang menggunakan sentimen Anwar Ibrahim untuk memanipulasikan rakyat. Itu yang diperlukan dalam menguatkan Barisan Nasional, bukannya terhegeh-hegeh mengapikan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan tahap longkang, kerana disebabkan nak mainkan sentimen perkauman, MCA, MIC dan Gerakan bukan saja dibenci oleh orang India dan Cina, tapi orang bumiputera yang sebelum ini kasihan dengan MCA, MIC dan Gerakan pun mula benci pada parti-parti berkenaan. Malahan MCA terutamanya masa Ong Tee Kiat jadi presiden dulu, orang bumiputera tak bermasalah sangat dengan MCA, tapi lepas Chua Soi Lek, macam-macam hal timbul, buat Chua Soi Lek, PRU 13 akan datang, kalau MCA kalah lagi teruk, itu kamu punya pasal yang jadi macam itu, Chua Soi Lek pun macam Pak Lah juga, berlagak pandai, tapi pandir. Barisan Nasional kalau masih ada pemimpin macam ini, ia akan merosakkan Barisan Nasional, sebabnya kuman seekor pun boleh menyebabkan jangkitan kepada sekumpulan manusia bila dia membiakkan banyak lagi kuman. Renungkanlah.