Sunday, September 25, 2011


Mungkin jika ingatan Nik Aziz masih lagi kuat, tentu beliau dan Hadi Awang masih lagi ingat bagaimana manouvre yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sewaktu dalam UMNO!



Mungkin keratan akhbar HARAKAH, September 1990 ini mampu mengingatkan kembali ingatan Nik Aziz dan Hadi Awang bagaimana Anwar Ibrahim menikam belakang PAS apabila beliau mengadakan secret pact (perbincangan sulit) dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)!

Apakah mungkin kini ... ingatan Nik Aziz dan Hadi Awang semakin segar bugar mengingatkan kembali bagaimana Presiden ABIM dan pertubuhan tersebut waktu itu Dr Siddiq Fadhil menghentam PAS secara terbuka!

Atau ... editor HARAKAH kini, Ahmad Lutfi Osman lupa? ... Lupa bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan kuasa nafsu serakahnya sebagai Menteri Pendidikan memecat beliau dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)!

Memang benarlah kata Tun Dr Mahathir ... Melayu Mudah Lupa!



Dan artikel GWM selepas ini cukup berhubungkait mengapa Nik Aziz menekan panic button mahu melaksanakan hudud ... tunggu jam 10.00 malam.



8 comments:

Anonymous said...

Hal Pakatan Rakyat ini nak tikam menikam sesama mereka saya tidak peduli. Apa yang penting adalah pembangunan negara dan rakyat akan terus berkembang pesat sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan Malaysia.

Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat hanya sibuk berpolitik, siang malam, pagi petang, sampai dalam mimpi pun mungkin banyaknya mimpi politik. Sikap ini adalah tidak baik untuk negara dan rakyat, maka Pakatan Rakyat ini adalah suatu perbuatan yang tidak betul dan boleh memusnahkan negara ini. Ceramah maki hamun, hasutan, demontrasi liar, hanya mengundang kepada kemusnahan ekonomi negara, rakyat akan susah kerana peluang niaga tak ada, rakyat kehilangan peluang kerja, pembangunan akan tergendala, masyarakat akan porak peranda dan akhirnya jadi macam Afghanistan dan Somalia, bercakaran sesama sendiri sebab tak tahu nak buat apa, saling berbunuh sesama sendiri.

Rakyat Malaysia perlu jelas bahawa rekod pentadbiran Barisan Nasional sepanjang mentadbir Malaysia adalah baik dan amat memuaskan. Pakatan Rakyat pula rekod pentadbiran mereka adalah caca marba kerana hanya sibuk berpolitik sepanjang masa, malahan akhbar mereka pun akhbar politik juga kerana dari muka hadapan hingga muka belakang sekali semuanya cerita politik, macam tak ada berita lain dalam dunia ini untuk dimuatkan dalam akhbar Pakatan Rakyat. Oleh itu rakyat semua perlu jelas bahawa perlunya memberi sokongan yang jitu kepada kerajaan untuk memperkasakan negara ini dan juga memperkasakan rakyat sebagaimana yang berlaku di zaman Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu rakyat memberikan sokongan yang jitu pada kerajaan, maka program pembangunan berjalan lancar, malahan krisis ekonomi pada awal 80an, lewat 80an dan krisis kewangan 1997/98, telah ditangani dengan baik oleh kerajaan hingga negara tidak perlu berhutang kepada IMF atau Bank Dunia. Ini semua adalah kerana adanya kerjasama yang baik di antara rakyat dan kerajaan, kerjasama ini perlu dipereratkan dan diperkukuhkan melalui sokongan yang padu dan jitu serta menjauhi anasir liar dalam Pakatan Rakyat yang hanya sibuk berpolitik tapi tidak tahu menguruskan pentadbiran negeri hingga negeri mereka tunggang langgang.

Sekiranya rakyat mahukan keamanan, kekuatan ekonomi, dan kemudahan itu dan ini, maka hendaklah sama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi menjayakan sebuah negara maju menjelang tahun 2020 sebagaimana yang digagaskan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, kita perlu berkorban untuk negara, pimpinan perlu berkorban untuk negara dan rakyat, rakyat pula perlu berkorban untuk negara, pengorbanan ini bukanlah dalam bentuk nyawa semata-mata, tetapi dari segi kesabaran, berhemah, tidak berkelakuan tidak baik, bersungguh-sungguh, amanah, dan lain-lain lagi, itu adalah pengorbanan juga. Sekiranya kita tahu berkorban untuk negara, maka kita juga yang mendapat faedahnya, kalau tidak kita mendapatnya pada masa ini, tetapi hasilnya boleh dituai oleh anak cucu kita pada masa akan datang sebagaimana pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu, macam Datuk Bahaman, Tok Gajah, Datuk Maharajalela, Tuk Janggut, Wan Mohamad Saman, Pak Musa, Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan sebagainya, mereka tidak sempat melihat kejayaan yang begitu membanggakan berkenaan Malaysia, tetapi atas usaha dan pengorbanan mereka, maka kita dapat mengecapi kesejahteraan yang kita kecapi sekarang ini. Pejuang-pejuang terdahulu tidak sempat lihat kejayaan Malaysia membina sebuah jentera bermotor yang menjadi kebanggaan Malaysia iaitu Proton dan Perodua serta Modenas, malahan pembangunan Putrajaya, Litar Sepang, Lapangan Antarabangsa KLIA, lapangan terbang di Sabah dan Sarawak, rumah-rumah batu di sana sini, jalan raya berturap, orang ramai hinggakan rakyat biasa pun boleh ada kereta, ini semua adalah kerana pengorbanan dan daya usaha pimpinan terdahulu yang berjuang bersungguh-sungguh untuk memajukan negara ini.

Bersambung

Anonymous said...

Sambungan....

Kepada generasi muda terutamanya, anda semua tidak merasai pahit getir untuk membangunkan negara ini dari sebuah negara yang dikategorikan negara kelas ke tiga hingga kini telah menjadi negara yang membangun, dan sedang menuju negara maju. Janganlah terlalu terpedaya dengan retorik kosong oleh pihak-pihak yang sengaja hendak mempergunakan anda saja, malahan dalam kehidupan ini, sekiranya kita hendak berjaya, maka kita kena rajin berusaha, sekiranya kita malas, suka melepak sambil minum arak, bergaduh sesama sendiri, berbuat maksiat sesuka hati, berlumba haram, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta benda awam, sibuk meniru budaya kuning (liar) dari Barat, maka ini semua tidak mendatangkan hasil yang memberikan kesan yang positif pada diri sendiri serta masyarakat dan negara. Saya berasa bimbang dengan kelakuan golongan muda kini yang sudah hanyut, ditambah lagi dengan adanya anasir perosak yang suka mempolitikkan semua perkara hingga masyarakat berpecah belah, apakah yang akan berlaku sekiranya golongan berumur yang selama ini membangunkan negara ini dari zaman getir telah tiada? Kita tidak mahu suatu hari nanti maruah boleh dibeli dengan wang, harga diri kita adalah rasuah, tiada sifat timbang rasa, tiada sifat kasih sayang, tiada sifat perihatin, tiada sifat tahu menghormati hak orang dan macam-macam lagi yang perlu dipelajari oleh golongan muda kini. Cabaran di seluruh dunia makin getir, sikap tidak endah golongan muda terhadap diri sendiri dan sibuk dibuai oleh kesenangan yang ada pada masa ini akan menyebabkan mereka merempat suatu hari nanti, malahan anak cucu mereka juga akan menjadi bangsa merempat sekiranya masih tidak mahu mengambil iktibar dari perjuangan dan sejarah yang telah berlaku.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita bermuhasabah diri, membentuk jati diri sebagai bangsa Malaysia yang bermaruah, mempunyai pekerti mulia, daya usaha yang bersungguh-sungguh, taat pada perintah agama dan lain-lain yang diperlukan. Sekiranya kita membaca berkenaan Wawasan 2020, seseorang yang mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi akan meremang bulu romanya, bukan kerana takut dan ngeri, tapi kerana semangat untuk mencapai Wawasan 2020. Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Ahmad Lutfikena buang ITM,sebabtula skrgni tengah buat first degree kat UKM... harap2 dah lulus bro...

Anonymous said...

GWM!
Hallo Tuan!

Mintak tulong bole ka?

Mintak tulong suruh NAJIB RESIGN, bole ka?

Ganti ngan Tok Mudin! Dia ni ada jugak basic ugama. Anak Ostat!

Najib dah SESAT dah! Dia dgn bini dia nak ke NERAKA, dia punya pasai.

JGN HERET RAKYAT SAMA!!!

Anonymous said...

Patut la Msia ni negara luaq tak respek! Patut la pro2 kita lari keluaq negara. Patut la Bangla penuh sesak kat Parlimen.

Ada pemimpin taik pembohong! Riuh kat rakyat, kunun naik bas jumpak rakyat. JIWA RAKYAT la tu!

BAS PALAOTAK APA!! CALIFORNIA HOTEL MOBILE!!!

Pemimpin camni...patut mau lemporr dlm sungei ja!!!

Anonymous said...

GWM!
Ini bukan cerita politik!

Setakat dia kata, dia tolak HUDUD K'TAN, aku tak kisah!

Aku pun tak berapa berkenan dgn cara hudud Ktan di perkenalkan.

Tapi! Dia bercakap dgn nada cukup angkuh! TOLAK HUDUD DI MSIA! Dgn alasan yg begitu sempit.

Macam la Tuhan tak tau apa situasi Msia. HUDUD SATU PERINTAH. Direct macam solat. Takdak dakwa dakwi.

Bole pulak banding2 dgn undang2 yg dok guna la ni. Nak banding kerja TUHAN dgn kerja makhluk!! TAK KE SIAL TUU!!!

Dia ni tak mengaji ka? Dah 1400 tahun lebih dah. Nak tangguh2 apa. Heran sungguh2! DIA LEBIH TAU DPD TUHAN, apa yg akan jadik bila Hukum AllahSWT dijlnkan!!! Buat dak lagi, dia tau siap dah. Ini sikap nak menyamai Tuhan!!! Nau'uzubillah!!!

Nak nasihat, dah tua dah! Kuboq dah koi dok gamit.

Camni ja la, pakat2 la mintak kat AllahSWT, selamatkanlah kami dari makhluk perosak macam ni. Dia rosak sorang takpe jugak. Ni abih ngan kita2 sekali.

Hg bawak mengucap la...! Beristifar banyak2. Mintak ampun pd AllahSWT. Bertaubat!

Kita tak tau bila Malaikatmaut nak singgah. Sampai masa, sedetik pun tak bergenjak! Masa tu........

Anonymous said...

Apa ni Musangka, apa lagi kamu nak mengarut ni? Patutnya kamu nasihat pimpinan Pakatan Rakyat yang sibuk membuat kekacauan hingga menyebab huru hara supaya berhenti berbuat perkara gila berkenaan. Lihatlah apa kejadahnya dibuat oleh Pakatan Rakyat demontrasi liar, hasutan dan ceramah maki hamun, itu faedah apa yang dapat? Semua menyebabkan kerosakkan kepada masyarakat, memusnahkan perpaduan, merosakkan ekonomi, menyebabkan rakyat mendapa susah. Sebenarnya puak-puak Pakatan Rakyat yang menyeret masyarakat ke arah kehancuran, kemusnahan, dan kerosakkan, jangan sibuk nak menuduh Barisan Nasional yang bukan-bukan pula. Barisan Nasional sibuk nak bangunkan negara, tapi Pakatan Rakyat sibuk nak kejar kuasa hingga sanggup perjudikan masyarakat dan negara.

Isu Mahfuz dan Hudud macam mana pula Musangka? Dah pergi jumpa Nik Aziz untuk dapatkan surat berkenaan? Jangan jadi asobiyah, itu perbuatan yang tak elok, tapi dalam Pakatan Rakyat ini, asobiyah adalah sikap mereka, kalau salah akan dibela habisan-habisan kalau dipuak mereka, tapi kalau orang lain, tak buat apa-apa pun dituduh buat salah macam-macam. Sedarlah diri, dunia ini bukannya selamanya kita akan tinggal, jangan sibuk jadi petualang, jangan sibuk jadi perosak kerana hendakkan daki dunia, tapi kebenaran dipermainkan pula. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Anonymous said...

Musangka, perbuatan demontrasi liar, maki hamun dan hasutan itu jalan ke syurga jenis apa pula? Bukan setakat diri sendiri jadi perosak menghasut orang ramai jadi jahat sama macam mereka juga, inilah sikap Pakatan Rakyat, harap serban saja sebesar bakul, jubah putih melepak, tapi maki hamun orang, hasut orang, demontrasi liar macam orang tak ada akhlak pula. Ini Islam Mazhab apa pula Musangka? Apakah ini Islam Mazhab Pakatan Rakyat yang menjadikan buku The Prince (matlamat menghalalkan cara) sebagai panduan mereka hingga sanggup buat apa saja? Apakah Niccolo Micheavelli menjadi imam mazhab ini sebab dia pengarang buku The Prince berkenaan? Ada berani jawabkah Musangka? Itulah fikir guna nafsu serakah memanglah cara puak-puak Pakatan Rakyat, ikut sedap hati saja dia kata itu dan ini, tapi diri sendiri perosak yang jauh lebih teruk dari orang yang dia tuduh tak sedar diri pula. PAS = Parti Asobiyah Seleweng, pengikut dibela walaupun buat salah, orang lain akan dimaki hamun walaupun tak buat salah apa pun, inilah aliran tarekat PAS @ Parti Asobiyah Seleweng. Sekian, terima kasih.