HUDUD ... RETORIK Anwar, Nik Aziz, Karpal ... KUASA AUTONOMI ISU SEBENARNYA! ... Part III
GWM paparkan data dan statistik untuk tatapan umum jumlah pengundi di Kelantan yang telah mengundi dan memilih BN dan UMNO khasnya sebagai parti pilihan.
Pasti ada yang bertanya apa kaitannya dengan Hudud Retorik Pakatan Rakyat? Ini hanyalah data mengenai jumlah pengundi yang memilih BN dan UMNO? Apa relevannya dengan artikel yang disiarkan?
Berdasarkan statistik, terdapat sejumlah 255,858 pengundi memilih BN / UMNO bagi kerusi DUN dan 271,736 bagi kerusi Parlimen. Jumlah keseluruhan 527,594 rakyat memilih BN / UMNO sebagai parti pilihan.
Jumlah penduduk di Kelantan adalah seramai 1,373,173 orang mengikut bancian tahun 2005. Secara purata 38.42% penduduk memilih BN / UMNO.
Cuba kaitkan dengan kenyataan dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh PAS beserta pemimpinnya.
Berapa ramaikah rakyat Kelantan yang telah dikafirkan oleh PAS? Purata 38.42% penduduk di Kelantan telah jatuh kafir akibat mainan politik PAS.
Relevankah jika Nik Aziz mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika 38.42% penduduk di Kelantan beragama Islam telah jatuh kafir?
Perlu diingat, sehingga kini PAS dan pemimpinnya masih belum lagi menarik balik kenyataan dan fatwa yang telah dikeluarkan!
Bagaimana PAS dan pihak berkuasa agama di Kelantan mahu menentukan sama ada orang Melayu di Kelantan masih lagi Muslim atau telah jatuh kafir akibat mainan politik gila ini?
Relevankah Hukum Hudud tajaan PAS ini dilaksanakan ke atas rakyat yang telah jatuh kafir? Siapa yang mempolitikkan isu hudud ini sebenarnya ...
5 comments:
kalau betullah golongan akar umbi yang mahukan Pas tegakkan sistem teokrasi penuh dan setelah 20 tahun berlalu ia masih lagi belum terjelma makanya tidakkah kegagalan ini selayaknya disamakan dengan kegagalan "Muammar Libya dan impian buku hijaunya"?
Natang puak PAS ni gilo.Aku masih ingat masa aku kecik2 dulu(1963 aku baru berumur 9 tahun) suka benar dengar puak PAS ni saroh.Paling sedapnye dia kata kongsi perintah negara dengan cina(bkn Isle) n Keling(bkn Isle)adalah kafir.Huh.....sdap dengar.Lo ni dia baik ngan DAP tak po.Bila kita kata DAP 2 parti cina.....puak PAS kata Karpal bkn Cina dia Singh.Singh dia lebih kurang ore Islam...paka kain serban.Islam pakai semutar kain serban gak.He...he....he!Telopong puak-puak taksub dikg2.Menatang puak2 PAS ni.Nya belit sungguh.Aku nak ketawa la.Lo ni Hukum Hudud jdi modal baru mereka.Dikatanya UMNO sekat nak buat Hukum Hudud.Bakpo kerajaan Kelate tak buat?Kalu kerajaan pusat sekat....buat tunjuk perasaan kat KB.Buat mace Dtaran Tahrir.Dok di Stadium Sultan Muhamad Ke4.Berkhemah situ.Mari ore PAS semua.Kita lumpuhkan keadaan negara.Semo napok kecut.Sekor tak kuar.Kalu pust tak lulus....rakyat kelate minta MERDEKA.Takut lak.PAS ni pelawok.Ore dok sokong PAS ni banyak belawok.
Budaya menuding jari pada 'takdir' apabila menemui jalan kebuntuan/kegagalan dalam melayari bahtera kehidupan bukanlah asing dalam kalangan umat.
Umat perlu contohi budaya kafir yang lebih gemar menuding jadi pada diri sendiri apabila menemui jalan buntu/gagal. Disebabkan gemar menuding jari pada diri sendirilah membuatkan kafir lebih berjaya mengelak kebuntuan dan kegagalan.
Justeru, kalau ada umat yang menemui jalan buntu/gagal makanya pilihan yang sepatutnya diambil ialah dengan menuding jari pada diri sendiri dan seterusnya berani memberikan ruang dan peluang buat muka-muka baru yang lebih bertenaga, bijak dan besemangat untuk meneruskan usaha yang terbantut/terhalang itu.
Kalau ini diamalkan secara meluas, sudah tentu umat akan lebih mudah mengatasi halangan dan menempa lebih banyak kejayaan.
Kesimpulannya, dalam isu hudud, berilah peluang kepada muka-muka baru kerana mungkin dengan pendekatan lebih diplomatik profesional dan rasional, ianya akan menemui lebih banyak kemajuan.
Alpasiku
Tuan Pemblog,
perlembagaan tidak halang hudud bukanlah boleh dijadikan alasan untuk melihat ianya tegak berdiri dengan sendirinya.
serupa dengan hal biasiswa yang mana perlembagaan memberi keistimewaan kepada sekian-sekian pihak untuk menikmatinya tetapi kalau tidak disokong oleh iltizam politik apakah yang berkenaan dapat dinikmati oleh golongan yang disebutkan itu?
justeru kalau ada pihak yang serius mahu beralih kepada sistem berlandaskan agama, tidak dapat tidak kerjasama antara dua buah parti berasaskan agama perlu ada.
dan sekiranya tanpa kerjasama sedemikian itu bagaimana boleh didapatkan kekuatan politik untuk impian menjadi kenyataan?
kalau satu pihak siang-siang menolak kerjasama berkenaan maka jelaslah pihak yang menolak kerjasama tadi hanya bermain politik tetapi bukan serius mahu mendapatkan apa yang dilaung-laungkan itu.
Atas Pagar
Masalah nya sekarang ni adalah PAS yang menyebabkan Hudud tidak dapat dilaksanakan. Sebabnya adalah kerana undi melayu dan Islam telah di pecah- belahkan oleh PAS sejak tahun 1950'an lagi apabila PAS ditubuhkan dari serpihan sayap haluan kiri UMNO. Apabila undi 2/3 untuk meluluskan undang2 hudud tidak ada di parlimen maka hudud tidak dapat dilaksanakan. Undi UMNO di parlimen pun tidak cukup untuk mendapat 2/3 majoriti oleh kerana PAS telah memecahkan undi 2/3 tersebut. Sudah masanya kalau PAS benar2 ikhlas mahukan hudud maka PAS hendaklah dibubarkan dan bersatu dengan UMNO demi agama Islam dan hudud.
Kalau PAS tidak mahu maka rakyat semua memandang laungan Hudu oleh PAS dan perpecahan dari pakatan DAP adalah untuk memenagi undi PRU13 sahaja. PAS hanya betujuan mendapatkan undi melayu dengan laungan hudud dan DAP akan keluar demi undi cina untuk PRU13. Selepas PRU13 PAS dan DAP akan bergabung semula selepas menang dan hjmbankan hudud ke tepi jauh dari ingatan oarang Islam di Malaysia sehingga PRU14 pula. Hanya inilah cara PAS dan DAP untuk memenangi hati pengundi. Ahkirnya orang melayu dan Islam juga yang tertipu oleh PAS dan DAP dimana kerajaan diterajui PAD-DAP-PKR hanya akan merugikan rakyat dan menjadikan negara terus mundur.
PARA PENGUNDI SEMUA JANGANLAH TERTIPU OLEH PENIPUAN PAS & DAP.
RUKUN NEGARA ADALAH YANG HAK.
BUKU JINGGA DAN REPUBLIK OF MALAY ADALAH YANG BATIL.
NEGARA MALAYSIA KE ARAH SIFAR PARTI-PARTI POLITIK DAP-PAS-PKR.
HARAP MAKLUM DAM AMBIL PERHATIAN SEMUA.
Post a Comment