GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/26/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Majlis Peguam KURANG AJAR ... Perlekeh ENAKMEN MUFTI DAN FATWA - Khairul Azam

| Tuesday, June 26, 2012
Presiden Majlis Peguam semakin biadab. Enakmen Mufti dan Fatwa diperlekeh sebagai tidak berperlembagaan.


Peguam Khairul dakwa Presiden Majlis Peguam menghasut

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menyuarakan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini dipertikaikan oleh seorang peguam.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Majlis Peguam tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia bercanggah di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 kerana ia bersifat ultra vires.

Menurutnya, kenyataan itu dilihat cenderung kepada hasutan dan mereka yang bersama Chee Wee mengeluarkan kenyataan sedemikian boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

“Selaku Presiden Majlis Peguam beliau tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan mewakili keseluruhan 14,189 peguam di negara ini.

Beliau hanya boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sekiranya ia bersifat peribadi.

“Sekiranya Chee Wee berhujah menyatakan bahawa Enakmen Mufti dan Fatwa itu sebagai tidak berperlembagaan, kenapa beliau tidak mencabar peruntukan dalam akta Majlis Peguam yang juga tidak berperlembagaan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Majlis Peguam menyuarakan kekesalan dan kebimbangan terhadap pindaan yang dibuat ke atas Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 baru-baru ini, yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dan menyifatkannya sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chee Wee menyatakan pindaan itu bercanggah dengan Perlembagaan kerana seolah-olah menyingkirkan bidang kuasa mahkamah.

Pindaan memasukkan Seksyen 22A yang berbunyi “walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa sama ada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak dinafikan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.”

sumber : SINAR HARIAN



Benarkah Altantuya Berada Di Paris ... PEMBANGKANG KANTOL BESAR ... FITNAH NAJIB SEMAKIN TIDAK TERKAWAL

|

GWM cukup tertarik dengan mainan politik persepsi dari pembangkang, mahupun dari portal-portal pro pembangkang.

Kini ... Altantuya pula dikatakan berada di Paris.

Malah Altantuya didakwa turut bergambar di hadapan Notre Dame Chatedral, di Paris.

Malaysiakini reported that in 2007 news portal Asia Sentinel had published a series of photographs depicting Altantuya in Paris, among others, posing in front of the Notre Dame Chatedral. - Free Malaysia Today, 26 Jun 2012.



Sama ada pembangkang semakin terdesak dan semakin menjadi pembohong, GWM serahkan kepada pembaca untuk menilainya ...

Inilah gambar yang didakwa oleh pembangkang dan portal pro pembangkang bahawa Altantuya berada di Paris ... malah bergambar di hadapan Notre Dame Chatedral.

Bagaimana pula dengan gambar di bawah ini ...

Ini adalah gambar asal di hadapan Notre Dame Chatedral, yang dirakamkan oleh jurufoto professional.


Nilaikan sedalam-dalamnya ...



GWM masih menunggu rakaman video dari sahabat yang berada di Paris yang menunjukkan gambar 'live' dari setiap sudut Notre Dame Chatedral.

Berkemungkinan GWM akan menerima rakaman video tersebut malam ini.

GWM mahu melihat sejauhmana lagi pembohongan yang bakal dilakukan oleh Anwar Ibrahim, SUARAM, portal pembangkang, blogger pembangkang dan juak-juak pembangkang.

Kita lihat siapa yang tertiarap selepas ini ...



KECOH ... Zahid Hamidi BUAT GILA DI PARLIMEN Hari Ini

|
Apa yang dilakukan Zahid Hamidi di Parlimen Hari Ini ...

KUALA LUMPUR 26 Jun - Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi berkata satu akta akan ditubuhkan bagi membela nasib bekas anggota tentera yang telah bersara dari perkhidmatan mereka.

Beliau memberitahu perkara tesebut pada sidang media di Parlimen, hari ini, bahawa kerajaan akan memberi bantuan seumur hidup kepada bekas pesara dan veteran angkatan tentera.

Zahid turut berkata kerajaan Malaysia memberikan bantuan lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh negara lain kerana bantuan seumur hidup itu turut meliputi bantuan kepada isteri dan anak-anak anggota tentera.

Beliau memberitahu akta yang akan dibahaskan ini dalam Dewan Parlimen akan dibentangkan dan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong bagi membolehkan objektif bantuan ini tercapai.

"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia termasuk mereka yang telah bersara.

"Melalui akta ini, 202,675 anggota yang memilih berkhidmat secara jangka pendek dan mereka yang telah memohon berhenti sebelum tamat perkhidmatan asas yang ditetapkan 21 tahun, juga layak menerima pencen," katanya.

Artikel seterusnya, klik PEMBANGKANG PENING LAGI



Tahniah diucapkan kepada Zahid Hamidi gara-gara kerja gila beliau hari ini, kesemua bekas anggota tentera diberi bantuan seumur hidup.

Tidak kira pesara, yang pendekkan perkhidmatan, yang berhenti perkhidmatan awal ... anak bini pun merasa bantuan seumur hidup dari kerajaan.

Usul ini akan dibentangkan, dibahaskan dan seterusnya akan diperkenankan kepada Yang Dipertuan Agong untuk dijadikan Akta.

Dengar khabar dari rakan yang berada di Parlimen tadi, pemimpin pembangkang melopong besar dengan pengumuman Zahid Hamidi.

Habis semua ahli parlimen pembangkang stop buat press conference. Angin satu badan, hilang selera buat sidang media ...

Gilalah Zahid Hamidi ...



Konspirasi Politik Salahuddin Ayub UNTUK JATUHKAN SAYA - Anwar Ibrahim

|

KUALA LUMPUR - Pas hari ini secara terbuka mengakui parti itu tiada halangan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Sambil mengalu-alukan siasatan semula itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata bukan saja Anwar, malah parti itu sentiasa terbuka untuk melihat suruhanjaya itu menyiasat siapa sahaja termasuk Mursyidul AM Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bukan saja Anwar, Nik Aziz, malah siapa pun jika perlu disiasat, siasatlah, itu kita tidak ada masalah.

"Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak membuat siasatan atas mana-mana tuduhan...itu pendirian rasmi kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya mengenai pendirian Pas berhubung isu pemilikan RM3 bilion Anwar seperti didedahkan dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.

sumber : SINAR HARIAN



GWM kurang pasti apa motif disebalik 'seruan terbuka' Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub a.k.a. Din Poyo mengalu-alukan SPRM melakukan siasatan ke atas Anwar Ibrahim.

Berbanding dengan pemimpin Parti Adat & Sosialis yang lain, termasuklah pemimpin dari DAP dan PKR sendiri tidak berani mencabar SPRM menyiasat kembali kes songlap RM3 bilion Anwar Ibrahim ini.

Cukup berbeza nada dan cabaran yang dilontarkan oleh Salahuddin Ayub. Semakin lantang Naib Presiden PAS ini memberi kenyataan rasmi bagi pihak parti.

Sumber dalam PKR turut memberitahu kem Anwar Ibrahim cukup marah dengan kenyataan Din Poyo ini.

Dan Anwar Ibrahim secara peribadi telah mengecewakan Salahuddin Ayub dalam isu Menteri Besar Johor yang baru ... kalau ... kalau Pakatan Haram dapat Johor.




Barangkali ramai yang masih terlupa betapa Naib Presiden PAS ini kecewa dengan sikap Anwar Ibrahim yang mendahulukan rakan DAP dalam isu pemilihan Timbalan Perdana Menteri 'bayangan Pakatan Rakyat'.

Anwar Ibrahim secara peribadi tidak pernah membincangkan soal ini bersama-sama dengan PAS. Hanya DAP sahaja yang berada dalam lingkungan perbincangan perlantikan Timbalan Perdana Menteri.

Din Poyo mengambil tindakan drastik melancarkan serangan peribadi ke atas Ketua Pembangkang.

"Kita tidak pernah calonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri" Utusan Malaysia 31 Mei 2010.



Anwar Ibrahim juga menggunakan Chua Jui Meng selaku Ketua PKR Negeri Johor bagi mengketengahkan calon Melayu PKR sebagai Menteri Besar Johor.

Semakin kuat berlaga angin di antara Anwar dan Din Poyo, dua pemimpin yang gemar berselingkuh dan meliwat sesama sendiri dalam selimut Pakatan Rakyat ini.

Anwar Ibrahim cukup tidak gemar dengan cara publisiti dan promosi awal PAS, yang mahukan Salahuddin Ayub sebagai calon Menteri Besar Johor.

Tiada kesepakatan dan perbincangan kata Anwar mengenai Din Poyo sebagai calon utama Menteri Besar Johor.



'Backstabbing' atau dengan nama lain, 'tikam belakang' (hmmmm) bakal menjadi senjata utama Salahuddin Ayub untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.

Bukannya kita tidak tahu, Anwar Ibrahim menggunakan Pro Erdogan Husam Musa untuk menghalau ahli Parliemn Kubang Kerian ini dari bumi Kelantan.

Semakin menggila Pakatan Haram ini ...



GAY JAHANAM ... Rafizi Cuba FITNAH Dan AIBKAN NAJIB LAGI

|

Rafizi Ramli masih belum belajar dari kesilapan membuat tuduhan dan fitnah yang berterusan terhadap DS Najib.

Masih belum serik lagi Lembu PKR ini yang telah memfitnah Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767, kononnya dibiayai dengan dana rakyat.

Satu lagi fitnah terdesak mula dibangkitkan Rafizi Ramli kononnya DS Najib campurtangan dalam urusan penganugerahan tender mengenai Projek Penambahbaikan LRT Ampang.


Melalui laman blognya, Rafizi a.k.a. Lembu PKR menuduh dan memfitnah DS Najib sendiri campur tangan dalam memastikan memastikan kontrak bernilai RM960 juta tersebut dianugerahkan kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH (GEORGE KENT).

Business Times turut memaparkan artikel penganugerahan projek tersebut kepada GEORGE KENT.


Lembu PKR ini turut mendakwa sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek ini berdasarkan kepada surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia.

(Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)


Memang benar, jika diikutkan kepada surat tersebut, sepatutnya Konsortium PDA dianugerahkan projek tersebut dengan nilai tender sebanyak RM 1,119,970,599 (Ringgit Malaysia Satu Bilion .... )

Namun dimanakah dakwaan Rafizi Ramli bahawa DS Najib terlibat dan campurtangan menganugerahkan projek ini kepada syarikat lain, GEORGE KENT?

Surat di atas hanyalah cadangan dan kelulusan Lembaga Pengarah menganugerahkan projek tersebut kepada Konsortium PDA ... belum dimuktamadkan lagi Konsortium PDA sebagai kontraktor bagi kerja Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Mana surat perlantikan yang disahkan? Jangan jadi bodoh Rafizi Ramli.



MENGAPA GEORGE KENT TERPILIH?

Permainan persepsi politik (political perception) cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli dalam isu penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

Rasanya Lembu PKR ini bukannya bodoh melulu, beliau tahu Prasarana berhak melantik mana-mana syarikat yang dirasakan berhak.

Lembu PKR ini sekali lagi menuduh DS Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.


Dalam artikel dari I Property ini (di atas), nyata lapan (8) konsortium dijemput untuk membida Projek Penambahbaikan LRT Ampang.

1. George Kent - China Railway - Tewet GmbH
2. Posco - Sojitz - Daewoo International - Thales
3. Invensys - Balfour Beatty Rail - Ingress
4. Colas - CMC Engineering - Thales
5. Samsung - LG - Thales
6. SNC Lavalin - WW Engineering - Bombardier
7. Siemens - SCOMI Engineering
8. Ansaldo - Emrail - Leighton

Sekali lagi GWM ulang, surat perlantikan disahkan kontraktor masih belum dikeluarkan oleh Prasarana.



FAKTA-FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN RAFIZI RAMLI

Jika mengikut artikel ini, GEORGE KENT merupakan pembida kedua terendah dan paling layak berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan Prasarana.

"Business Times understands that the George Kent-led consortium was the second lowest bidder, having placed a bid at RM1.13 billion to undertake the job.

The lowest bidder at RM950 million was Invensys Rail/Ingress/ Balfour Beatty, which had also bid for the Kelana Jaya line extension.

The other four contenders who did not make it were Colas/CMC/Uniway joint venture, the partnership which recently won a RM673.9 million contract for system works for the Kelana Jaya line; Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty; Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.

According to the source, the Ansaldo joint venture was not shortlisted as the company (Ansaldo) already has a contract to work on the Ipoh-Padang Besar double tracking project."


Fakta Pertama

Ansaldo merupakan salah satu dari gabungan Konsortium PDA (Konsortium PDA - Posco/Daewoo and Ansaldo/Emrail.)

Memang tepat keputusan kerajaan untuk tidak menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang kepada Konsortium PDA berdasarkan kepada salah satu syarikat Konsortium PDA telah pun mempunyai kontrak untuk melaksanakan projek rel berkembar Ipoh-Padang Besar (Ipoh-Padang Besar double tracking project)

Tidakkah ini menunjukkan ketelusan kerajaan agar tidak ada satu syarikat mendapat dua atau tiga projek yang telah dianugerahkan dalam satu masa?

Fakta Kedua

Tiga konsortium berasingan (1) SNC Lavalin/WW Engineering, (2) Siemens/Scomi dan (3) Samsung/LG dengan masing-masing membida projek ini pada harga RM1.38 billion, RM1.17 billion dan RM1.16 billion.

George Kent Berhad pula membida dengan harga RM1.13 billion bagi projek di atas.

Adakah kerajaan dan Prasarana terlalu bodoh untuk menganugerahkan projek ini kepada tiga konsortium di atas ... yang nyata lebih mahal harga bidaan berbanding dengan George Kent Berhad?

Fakta Ketiga

Begitu juga dengan konsortium Colas/CMC/Uniway yang telah dianugerahkan projek bernilai RM673.9 juta bagi kerja-kerja membabitkan sistem stesyen Kelana Jaya.

Begitu juga dengan konsortium Invensys Rail/Ingress/Balfour Beatty yang telah dianugerahkan dengan projek lain, Projek Rel Berkembar Seremban-Gemas.



KEBODOHAN DAN KEBOBROKAN LEMBU PKR, RAFIZI RAMLI

GWM melihat kerajaan dan Prasarana telah bertindak adil dan saksama dengan menganugerahkan projek ini kepada konsortium George Kent/China Railway/Tewet GmbH.

Tidak adil jika sekiranya kerajaan mahupun Prasarana menganugerahkan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA atau mana-mana konsortium yang telah dianugerahkan projek-projek oleh pihak kerajaan sendiri.

Ini hanya menggambarkan sikap tidak telus kerajaan dalam penganugerahan projek-projek.

Apa yang Rafizi Ramli merepek dengan menggambarkan campurtangan DS Najib dalam penganugerahan projek dari Prasarana?

Mana bukti campurtangan DS Najib dalam penganugerahan Projek Penambahbaikan LRT Ampang ini kepada Konsortium PDA?

Atau sebenarnya ... pihak Konsortium PDA sendiri telah 'kaotim' dengan Lembu PKR bernama Rafizi Ramli.

Seperti yang telah GWM perkatakan ... Rafizi Ramli hanya menjerut lehernya sendiri. 

Lu paham ke maksud telus ni Rafizi Ramli.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU