Thursday, September 22, 2011


GWM ketawa besar apabila Dr Brian McDonald mengaku beliau bukanlah seorang pakar dalam DNA. Beliau tidak pernah mempunyai sebarang kelayakan, kepakaran dan latihan formal training dalam bidang forensik Deoxyribonucleic Acid (DNA).

Dan atas dasar itulah beliau terpaksa bersetuju dengan kenyataan Pendakwaraya Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bahawa ketahanan air mani di dalam dubur boleh menjangkau 4 hingga 113 jam.



Begitu juga apabila beliau terpaku, gementar dan mendiamkan diri apabila kaedah DEP (Differential Extraction Process) yang digunakan oleh Dr Seah Lay Hong adalah betul. Tidak ada mandatori bahawa 'sel epitilium perlu dibasuh'!

Barisan peguam Anwar Ibrahim dan Brian McDonald gagal membangkitkan sebarang keraguan kaedah DEP yang digunakan Dr Seah Lay Hong. Kredibiliti pakar DNA Brian McDonald bakal dibakulsampahkan oleh pendakwaraya tidak lama lagi!



KREDIBILITI BRIAN MCDONALD
Namun apa yang menarik perhatian GWM adalah suatu kes mahkamah di Australia yang sempat dibicarakan oleh Pendakwaraya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dimana hakim telah menolak dan mempertikaikan kredibiliti Brian McDonald sebagai pakar DNA.

Mungkin ramai juga yang mahu mengetahui mengapa mahkamah Australia menolak kepakaran Brian McDonald sebagai pakar DNA. Pengarah Pendakwaraya Awam Australia telah mengemukakan permohonan membuang dan menolak sebarang pendapat dan bukti oleh Brian Mcdonald.

Bagaimana Anwar Ibrahim boleh mengambil Brian McDonald sebagai saksi yang mempunyai kredibiliti tinggi, sedangkan mahkamah Australia jelas telah menolak sebarang pendapat dan bukti oleh Brian McDonald.



BRIAN MCDONALD BUKANLAH PAKAR DNA YANG BERWIBAWA DAN DIPERCAYAI


Dalam kes BROPHO vs THE STATE OF WESTERN AUSTRALIA, berpandukan kepada keputusan DNA dan statistik DNA dalam menentukan bapa kepada kanak-kanak, mahkamah telah menolak keterangan bukti DNA yang dikemukakan Brian McDonald.

Ketua Hakim Daerah (District Chief Judge) Goetze, telah merumuskan keterangan dan bukti DNA yang ditampilkan oleh Brian McDonald tidak boleh digunapakai sebagai bukti oleh pakar DNA yang sebenar, berdasarkan hujah-hujah dibawah:




Bukti yang dikemukakan oleh Dr Brian McDonald, yang digunapakai oleh tertuduh pada perbicaraan ini, telah diperintahkan tidak boleh diterima.




Dr McDonald mendakwa beliau "Perunding Genetik Molekul". WalauBagaimanapun, beliau hanya mempunyai asas pengetahuan tanpa kelayakan akademik dalam bidang genetik. Terutamanya, beliau tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang genetik populasi. Begitu juga, Dr McDonald tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang statistik genetik yang digunakan.





Hakim (Goetze) tidak tahu dari siapa dan dari mana McDonald memperolehi kepakaran sebenar di dalam DNA dan genetik molekul. Beliau masih tidak tahu apa yang Dr McDonald tahu atau tidak tahu mengenai DNA dan genetik, dan paling penting, mengenai statistik populasi, yang dianggap Brian McDonald sebagai satu "klasifikasi kecil esoterik".





Walau bagaimanapun, seperti yang beliau dakwa, beliau mempunyai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia (Human Genetics society), perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tersebut tidak pernah mengadakan peruntukan bagi Fellowship, tetapi hanya akreditasi dan kurikulum yang dibangunkan untuk akreditasi itu masih dalam bentuk draf. Jika sekalipun beliau mempunyai Fellowship, maka, bukti yang dihasilkan beliau masih belum cukup untuk membantu fakta.

Saya (Goetze) tidak yakin dengan keterangan lisan dan kenyataan Dr McDonald dalam hal ini.



Dalam permohonan untuk tidak menggunapakai laporan Dr McDonald yang tidak mempunyai kepakaran, Dr McDonald seharusnya memberitahu bentuk latihan yang dipelajari dan tidak mengharapkan mahkamah menerima bulat-bulat kepakaran yang ada. Ini penting kerana, seperti di atas, dakwaan beliau mempunyai Fellowship dari pertubuhan tersebut sebenarnya tidak wujud.



Ketua Hakim Daerah (District Chief Judge) Goetze, tidak dapat menerima hasil kerja Brian McDonald kerana beliau turut tidak dapat membuktikan kelayakan sebenar sebagai pakar DNA dan pakar generik populasi.

Brian McDonald turut tidak mampu mengemukakan bukti bahawa beliau mempunyai kelayakan akademik sebagai pakar DNA dan genetik populasi, dan hanya bersandarkan kepada reputasi semata-mata

Lebih teruk lagi, beliau mendakwa mempunyai Fellowship dari Human Genetics Society adalah bohong dan palsu kerana pertubuhan tersebut tidak pernah mengeluarkan dan memperuntukkan Fellowship.


Tidak hairanlah mengapa Brian McDonald gugup, gementar dan kaku dengan keterangannya bahawa kesan air mani boleh ditemui hanya sehingga 65 jam selepas ia ditinggalkan di dalam rektum, walhal keterangan pakar-pakar DNA dan genetik populasi didunia mengesahkan kajian menunjukkan bahawa air mani boleh bertahan selama 113 jam.

Amat memalukan kerana satu lagi 'Dr Pronthip Porno' terhasil dan dicipta oleh Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan yang berkredibiliti ... kredibiliti yang hancur!

Dimanakah letaknya kredibiliti Dr Brian McDonald sebagai saksi pembelaan jika sekiranya beliau tidak pernah mempunyai kelayakan akademik dan latihan kepakaran DNA. Beliau juga berbohong mengenai status sebagai seorang Fellowship dari Human Genetics Society!

Dan rakyat sekali lagi dimomokkan oleh permainan silap mata Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya! Bukankah ini merupakan 'contempt of court', menghina mahkamah dengan saksi yang tidak mempunyai kredibiliti sewajarnya ... Anwar Ibrahim tidak mampu lagi untuk berbohong!






Anwar Ibrahim ... Ni mana punya haprak Brian 'Old MacDonald Had A Farm, Eeya Eeya Yoo Australian' McDonald lu amik ni! ... Gila Babs la lu ni!


4 comments:

Anonymous said...

kuang kuang kuang...entah apa lagi yg anwar and team nak spin lepas ni..
tu laaa..tak serik2 nak buat tipu muslihat, skrg Allah tunjuk siapa yg lebih hebat dalam bermuslihat. sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu...

Anonymous said...

Dah kena dah... perompak dengan pencuri.

Anuwar and mc d hahahaha

Anonymous said...

Ayyoyoyoyo KADAWELEE...Adaii Anwar..Lu sivaji the boss kah???kah..kah..kah..enna Macaha?? Apa sulah kadi maaa???lu cakapa ade alibi??? Mana punya KFC dan MC D u p bawak mai???? Satu malaysia sudah tahu sekarang siapa sebenarnya pembohong nombor 1 di Malaysia??? Hadi Awang masih nak terima lagi ker orang macam ni?? Karpal singg please la, dont waste our time. Kita nak kan pakatan menang PRU 13.. Please tolak orang ni keluar dari pakatan. Defaktor lantikan sendirti. kalau dicabar dimahkamah kalah lagi laaaa... Kalau nak selamatkan pakatan ,,anwar harus di tolak keluar dari pakatan itu sahaja.

YMIS said...

..terima kasih sebab memberikan maklumat yang penuh dgn fakta dan bukti.. semoga Allah berikan jalan untuk menunjukkan siapa yg benar dan siapa yg salah... tapi kalau penyokong2 fanatik DSAI, pasti takan percaya semua ni... kita tunggu, apa pula depa nak spin lepas ni...