Thursday, September 9, 2010


GWM sebenarnya agak skeptikal dengan kenyataan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahukan setiap parti komponen BN menyelesaikan masalah parti masing masing dengan kadar segera sebelum PRU 13 dan sebelum berlangsungnya Pilihanraya Negeri Sarawak.

Secara umum, UMNO, MIC dan beberapa parti komponen lain telah memulakan langkah pemulihan parti walaupun perlahan namun kelihatan konsisten. Yang masih menjadi tanda tanya adalah parti MCA masih dilihat bergelut dengan imej dan party rebranding.

Setiap perbuatan dan press statement yang dikeluarkan jelas menunjukkan MCA sudah bersedia untuk bergerak bersendirian atau mungkin sudah mahu keluar dari BN.

MCA bukan lagi dilihat sebagai political force yang mewakili masyarakat Cina malah sebagai suara kebangkitan orang Cina di dalam BN.

Dengan berbagai skandal baik dari Presiden MCA yang baru dilantik sehingga kepada bekas Presiden MCA (skandal PKFZ), apakah mampu MCA yang kini hanya mewakili 15 kerusi Parlimen dari 32 kerusi Parlimen dapat merampas kembali kerusi Parlimen setelah keluar dari BN?

Yang pasti, DAP sudah menjadi dominan dalam mewakili masyarakat Cina dengan permainan chauvinism dan racism.

MCA semakin terdesak untuk kembali mendominasi suara masyarakat Cina lantas semakin lantang mempertikai setiap hak dan keistimewaan orang Melayu. MCA sudah terperangkap dengan permainan political warfare oleh parti DAP.

Kelantangan MCA yang mahu Kerajaan menghapuskan 30% ekuiti bumiputera sewaktu Kongres Ekonomi Cina sebagai tanda menampakkan sikap dan pendirian sebenar parti ini.

Sandiwara ini sebenarnya lebih mirip kepada mendapatkan kembali sokongan padu orang Cina dan political mileage Presiden MCA itu sendiri yang sudah terpalit dengan skandal seks ciptaan sendiri.

Kebobrokan pemimpin MCA yang terpalit dengan pelbagai skandal menyebabkan orang Cina semakin muak dan jelak dengan MCA. MCA sudah menjadi parti elitis bagi kelompok tertentu.

Perlakuan MCA sangat berkait rapat dengan kepentingan tembolok politik pemimpin pemimpinnya dan bukan untuk kepentingan orang Cina di Malaysia. Orang Cina masih lagi boleh menyokong parti Gerakan atau PPP bagi mewakili suara dan pendirian masyarakat Cina amnya.
Adalah sesuatu yang tidak mustahil jika MCA akan bergabung dengan DAP untuk menghadapi PRU 13 kelak. Strategi ini dilihat bijak kerana hanya dengan cara ini MCA akan kembali mendapat kerusi Parlimen setelah tewas teruk sewaktu PRU 12.

GWM tidak nampak relevan mengapa perlu MCA dikekalkan didalam Barisan Nasional kerana tindak tanduk pemimpin MCA sendiri lebih menjurus kepada mewujudkan perpecahan di kalangan parti komponen BN.

Dan tidak mustahil akan menambahkan lagi kekecewaan BN sekiranya lebih banyak kerusi yang diperuntukkan kepada MCA untuk PRU 13 dan kesemua kerusi Parlimen tersebut yang dipertandingkan akan kalah teruk.

Ada lebih baik jika kesemua parti komponen BN mendesak MCA untuk menyatakan pendirian sebenar parti itu sama ada mahu meletakkan kepentingan nasional melebihi kepentingan peribadi para pemimpinnya yang sudah rosak moral dan integriti.

MCA semakin menjadi liabiliti besar (damage liability) kepada kemenangan BN di PRU 13 kelak. Setiap tindak tanduk pemimpinnya semakin menyesakkan nafas Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

Mungkin ada baiknya MCA keluar dari BN kerana aspirasi parti tersebut lebih menjurus kepada kepentingan chauvinism dan political mileage pemimpinnya. Hingga ke hari ini, MCA hanya mampu menarik 2,917 pengundi baru.

Parti MIC, walaupun bergelut dengan berbagai masalah dalaman dilihat sudah semakin stabil dan mampu menarik 1,109 pengundi baru untuk tempoh enam bulan.

MCA kini sudah semakin hilang relevan di sisi masyarakat Cina dan juga relevan kepada BN secara keseluruhan.


MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

MCA akan terus gagal memenangi hati pengundi Cina selagi tidak memperlihatakan dirinya sebagai Kiasu di dalam BN. Ini semua gara-gara Kerajaan yang terlalu berlembut dengan DAP yang sentiasa memainkan sentimen anti melayu. Masyarakat cina sudah menerima DAP kerana percaya setiap tindak tanduk DAP tidak akan di"ISA'kan. Dulu mereka takut menyokong DAP kerana ramai pemimpin DAP di isakan, lantas tidak ada cara lain mereka terpaksa berlakon menyokong kerajaan dengan mentokong MCA. Ingatlah prinsip hidup mereka, mana yang memberi keuntungan kepada mereka itulah yang mereka sokong.