Wednesday, September 8, 2010


Kempen Pilihanraya Umum 1969 telah berjalan hampir separuh perjalanan dengan golongan Pro Komunis melancarkan kempen berbaur hasutan pada sepanduk dan tembok di sekitar jalanraya utama dengan cat berwarna merah (warna merah melambangkan warna pertubuhan Komunis).

Kempen yang dijalankan ini ditambah dengan pengedaran beribu risalah menggesa setiap orang Cina untuk memulaukan pilihanraya dan menyanjung ajaran Mao Tse Tung.

Tragedi 24 April 1969, jam 8.30 malam, Jelutong, Pulau Pinang, 2 minggu sebelum pilihanraya umum diadakan seorang pekerja sukarela UMNO Kassim Omar telah dibunuh secara kejam oleh golongan belia Cina dari Parti Buruh.


Badan Allahyarham di conteng dengan cat merah sebagai tanda untuk mencetuskan rusuhan kaum yang telah dirancang sejak awal lagi. Kerajaan dan pihak polis telah meminta supaya keluarga mangsa dan setiap pemimpin Melayu supaya bersabar dan tidak melakukan tindakbalas.

Kerajaan terpaksa bertindak sedemikian bagi mengelakkan pertumpahan darah yang akan menyebabkan Pilihanraya Umum 1969 tidak dapat dilangsungkan.

Pada 4 Mei 1969, 10 hari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum 1969, 3 orang peronda polis telah bertempur dengan sekumpulan golongan belia Cina di Kepong. Pihak polis telah menegur golongan belia Cina dari menconteng cat merah sepanjang jalanraya di Kepong.

Akibatnya, pihak polis telah dibaling dengan kayu api, besi besi tajam dan ketulan besi sebelum bertempiaran lari di sebuah kawasan pasar lama yang berdekatan.

Salah seorang belia Cina telah tercedera semasa pertempuran dengan pihak polis dan kemudiannya mati di Hospital. Nama belia Cina ini ialah Lim Soon Seng yang berumur 24tahun.


Golongan Pro Komunis telah menggunakan kesempatan terbaik ini dengan melakukan propaganda bahawa mendiang Lim Soon Seng disanjung sebagai ’Pahlawan’ yang telah menentang keganasan pihak polis.

Golongan Pro Komunis telah bertindak untuk mengadakan satu perarakan mayat pada 10 Mei 1969(pada hari pembuangan undi). Tujuan mereka sangat jelas iaitu menimbulkan satu kejadian yang akan menghalang proses pembuangan undi.

Pihak polis telah membatalkan perarakan tersebut dengan menggantikan tarikh perarakan tersebut kepada 9 Mei 1969 bagi mengelak proses pengundian dihalang.


Perarakan mayat tersebut telah digerakkan oleh oleh 2 orang Cina, Yap Kau (ahli jawtankuasa Parti Buruh Kepong) dan Miss Tan Siew Eng (Naib Pengerusi Parti Buruh Kepong) dan seorang Melayu, Syed Hamid Syed Ali (Yang Di Pertua Persatuan Penuntut Universiti Malaya) yang bertindak sebagai Jawatankuasa Penyelenggara.

Perarakan yang sepatutnya berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal menjadi huru hara kerana golongan Pro Komunis telah bertindak tidak mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak polis.


Sorakan dan ejekan seperti ’Polis Anjing Buruan Kerajaan’ kepada pihak polis bergema dan bertujuan untuk menaikkan kemarahan para petugas polis. Perarakan yang sepatutnya menuju ke Bulatan Merdeka telah diubah terus kepada Jalan Petaling dan Jalan Cecil.

Pelbagai risalah berbentuk propaganda diberi kepada orang ramai yang bertumpu di sekitar jalan. Risalah risalah tersebut berbunyi ’Rejim Tunku Abdul Rahman Kejam’ dan ’Ajaran Mao Tse Tung boleh diamalkan di sini’. Perarakan tersebut juga telah membawa sepanduk yang mempunyai gambar Mao Tse Tung sebagai lambang perjuangan orang Cina.

Walaubagaimanapun, pihak polis telah berjaya bertindak bijak dalam meranapkan usaha golongan ini untuk bertindak menggagalkan proses pilihanraya yang akan diadakan keesokan harinya, 10 Mei 1969.

Bersambung ...

sumber rujukan :
ARKIB NEGARA
SEBELUM DAN SESUDAH 13 MEI – Tunku Abdul Rahman


MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: