Sunday, September 26, 2010


GWM pernah menyiarkan artikel pada 7 Ogos 2010 (Zaid Ibrahim Cuba Nasib di Wangsa Maju) mengenai Zaid Ibrahim akan menggantikan Wee Choo Keong yang telah berpatah arang dengan PKR seterusnya menerajui PKR Wangsa Maju.

Blogger Minaq-Jinggo telah mengesahkan artikel GWM di dalam artikel bergambar beliau (PKR – Zaid Ambil Alih Ketua Cabang Wangsa Maju). Gambar di bawah menunjukkan Zaid Ibrahim mengambil alih sebagai Ketua Cabang PKR Wangsa Maju yang baru (Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Zakir Yussoff mengundurkan diri, Zaid Ibrahim menang tanpa bertanding)


Ini bermakna artikel, jangkaan dan ramalan GWM sudah terbukti benar!

Sumber berita yang diberikan oleh Bro Ex PKR sememangnya tepat dan boleh dipercayai. (terima kasih bro! ... kita boleh bersembang lagi untuk mengetahui perihal strategi PKR Wangsa Maju untuk PRU 13).

Sewaktu GWM menerbitkan artikel ini pada Ogos lalu, UMNO Wangsa Maju hanya memandang sepi dan hanya melihat dengan sebelah mata artikel ini.


Pada waktu itu, GWM telah memberi hint Zaid Ibrahim sudah mula menyusun langkah di Wangsa Maju kepada UMNO Wangsa Maju. GWM cukup yakin dengan kesahihannya sumber berita yang diterima.

Agak malang, first impression yang diterima adalah GWM diketawakan. Al Maklumlah ... blogger jalanan! blogger yang ‘low class’. Siapalah GWM di mata UMNO Wangsa Maju!

GWM pernah memberi pandangan agar UMNO Wangsa Maju bekerja lebih keras kerana pengaruh dan sokongan ke atas Zaid Ibrahim cukup kuat. Lebih mantap dari Wee Choo Keong sebenarnya.


GWM cukup yakin bahawasanya sekali Zaid Ibrahim melabur dan menabur wang di Wangsa Maju, undi orang Melayu akan berpindah serta merta.

Kekuatan yang ada pada Zaid Ibrahim adalah kerana beliau mempunyai wang! Dan kerana itulah sokongan waima pengaruh akan datang bertalu talu. Iktibar yang paling baik, sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tempoh hari.

The Golden Boy DAP ini cukup kaya raya dengan hasil dari kes kes projek penswastaan Kerajaan dan keperluan ‘conveyancing’ sewaktu berada di dalam UMNO dahulu.


GWM ingin mengingatkan kembali UMNO Wangsa Maju supaya lebih alert dan bekerja keras dari sekarang jika mahu kerusi Parlimen Wangsa Maju jatuh kembali ke tangan BN. Tolong ingatkan juga rakan rakan komponen parti di dalam BN.

Tak tahulah ... sekiranya amaran ini sekali lagi di pandang sepi oleh UMNO Wangsa Maju. Atau UMNO Wangsa Maju sudah pun mengorak langkah mulai sekarang.

Kerana apa yang GWM lihat, UMNO Wangsa Maju masih lagi tidur nyenyak dan di dalam keadaan hibernasi (hibernasi adalah konotasi sains paling sesuai untuk binatang seperti beruang yang tidur nyenyak sehingga 6 bulan sewaktu musim sejuk/salji tiba).


Dan sewaktu artikel ini sedang dikarang, GWM menerima panggilan dari Bro Ex PKR mengatakan sudah ada dikalangan parti komponen BN yang akan beralih arah dan memberi sokongan kepada Zaid Ibrahim. (Bro ... kita minum di kedai mamak tempat biasa lepas ni! Gua call lu nanti ... ada maklumat lagi ye! No Problem!).

Dan GWM tetap mempunyai anggapan di kala ini, UMNO Wangsa Maju masih lagi tidur diselimuti mimpi mimpi indah. Over Confident ke! Atau masih lagi mahu ketawa!

Jangan kata GWM tidak memberi pandangan dan amaran lagi! …


sumber rujukan dan berita bergambar :

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/08/zaid-ibrahim-cuba-nasib-di-wangsa-maju.html
http://minaq-jinggo.fotopages.com/


MELAYU ATAS PAGAR

13 comments:

Anonymous said...

Siapa kau semua nak perlekehkan umno wangsa maju? Apa jasa kau orang semua? Setakat menulis blogg macam ini patut lah dato suruh tutup.

Sebelum ni ketua pemuda kau orang buat cerita. Sekarang nak jatuhkan umno wangsa maju pula.

Sedar lah, kau orang ini hanya blogger sampah yang dato tak pandang.

Anonymous said...

tu lee org Melayu..bila ditegur melenting..jgn pandang rendah pade blogger..patut lee umno wanga maju kalah disebabkan ade ahli umno yg tak buat keje,pandai mengampu aje..

Anonymous said...

apa ada pada zaid budak hingusan tu

Anonymous said...

GUA SETUJU BRO 2.15AM ...

GUA BANYAK TENGOK ORANG ORANG UMNO WANGSA MAJU MELEPAK TAK BUAT KEJE KAT SATU KEDAI MAMAK DANAU KOTA. GUA LUPA LA NAMA KEDAI MAMAK TU!

DUDUK BEGEBANG DARI MALAN SAMPAI PAGI DOK PUKUL LIBAS SATU SAMA LAIN!

ORANG NI TAK BETUL, ORANG TU TAK BETUL, DIA ORG JE YG BETUL.

PAS NGAN PKR DAH BALUN UNDI ORG MELAYU, DEPA NI DOK LAGI CITER PASAL PROJEK SAPA NAK JADI SAPA NAK JADI TU!

GUA KADANG KADANG MENYESAL DAFTAR UMNO! TAPI APA BOLEH BUAT, INI JE PARTI YANG TOLONG MELAYU.

LAGI 2 PARTI TU MENJAHANAMKAN MELAYU.

Anonymous said...

kah kah kah

ada orang umngok suda mara la! nampak sgt tak buat keje, dok ngipas bontot ketua bahagian dia!teruskan usaha blogger gwm!

kasi bongkar lagi umngok punya citer! mcmana boleh tak perasan pkr buat mesyuart petang arini. ni kes byk sgt macai dalam umno buat duit juta juta!

oooiii masuk pkr la ... lagi bagus. zaid manyak duit lor!

landak tanah said...

woi bagilah zaid menang kat wangsa maju tu , dia kan melayu , klu korang nk bagi cina mca meng kat situ takpe juga..

Anonymous said...

setuju. kita bagi zaid ibrahim menang sbb dia juga org melayu. kalau bn angkat yew teng look (ytl) jadi calon, jom pakat ramai ramai undi zaid!

ajar skit umno wangsa maju.

Anonymous said...

KP yang hilang dah jumpa atau belum? Blogg papa gomo memberikan satu sindiran yang tepat mengenai KP yang banyak menghabiskan masa bersama KP wilayah.

Tapi kenapa hanya menegur KP? NKP pun di lihat banyak berpolik dan bekas calon KP yang tewas pun berpolitik tak kira waktu.

Dato Shafei patut tegur pemuda ini, dengan kemasukan Zaid Ibrahim pun pemuda masih sibuk berpolitik bahagian seolah tidak ingin menang pilihanraya ke 13.

Puteri umno kami ni pun banyak masaalah, tak keluar dalam blogg juga ke?

Anonymous said...

PUTERI UMNO KUAT GEDIK BRO! DTG FUNCTION MENGALAHKAN MAK DATIN! YANG BYK BUAT KEJENYE WANITA UMNO BRO!

KESIAN ... YG GEDIK GILER DPT BYK COVERAGE! YG BUAT KEJER DITOLAK MASUK LONGKANG!

AKAK AKAK WANITA ... TINGGALKAN UMNO, MEH JOIN PAS! PAS JAGA WANITA WANITA AKAK!

Anonymous said...

pemuda & puteri umno wangsa maju tadak teloq tadak karipap. dua group ni asyik gentel biji dan teloq masing2. mana ada time nak tengok kawasan keliling.

la ni kawasan aku kat area jusco dah ramai orang daftar masuk pkr. aku dok tengok tadak langsung orang umno pi tinjau kawasan ni.

hangpa memang bodo. marah blogger buat apa. hangpa kata dato dah tendang blogger padan muka dia. aku dah lama dok tengok blog ni dua dua pun dia balun. baguih la tu. kerajjan pun dia balun, pembangkang pun dioa balun.m ini baru adil punya berita.

hangpa orang umno memang sampah. sampah masyarakat. bila time nak mengundi baru nampak muka pemuda, puteri, ketua cawangan. ketua bahagian pun sama jugak. undi nak mai baru dok tunjuk muka. padan muak hangpa.

orang melayu kat wangsa maju memang patut ajaq skit umno ni. buat perabih duit kerajjan ja.

hangpa memang pelingkup bangsa sendiri. aku sokong umno sbb umno bukan sbb ketua hangpa. nak nampak muka pun susah kat area aku.

bingai punya umno!

Anonymous said...

oooo kat area jusco ramai masuk PKR yerrr? setahu aku kat seksyen 1 hanya org Blok A & Blok B je yg ada masuk PKR tuh pun x ramai... ko jgn nak buat citer bohong lah bro... walaupun aku tinggal kat seksyen 1 baru 24 tahun segala cerita ceriti kat area tuh insyaallah aku tahu... dan nak bagi tahu kat sini... pemuda UMNO Wangsa maju baik di peringkat bahagian mahupun cawangan bergerak aktif tanpa perlu publisiti... terus mendekati & mendampingi rakyat dr hati ke hati...

GENG PUTRA LRT

Anonymous said...

hermes belt
bape clothing
golden goose sale
off white shoes
Jordan Travis Scott
bape clothing
supreme
gap yeezy
cheap jordans
hermes outlet online

Anonymous said...

golden goose sneakers
kyrie shoes
supreme clothing
golden goose sneakers
off white t shirt
goyard
supreme
a bathing ape
cheap jordans
kyrie 6