HISHAMMUDDIN HUSSEIN : SERIUS ATAU MENIKUS?
GWM dapat merasakan keresahan di kalangan rakyat apabila laporan laporan polis yang dibuat sejak kebelakangan ini terhadap individu individu tertentu dipandang sepi oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Rata rata mula mempertikaikan apakah dengan hanya tindakan memberi amaran demi amaran merupakan suatu langkah bijak dan pro aktif di ambil oleh KDN setakat ini.
KDN sudah sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan (statement) bagi menjelaskan lagi tindakan yang sudah di ambil terhadap status laporan laporan yang telah dilakukan tanpa membiarkan rakyat berteka teki lagi.
Selaku Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussein sepatutnya sudah mengambil tindakan seberapa pantas dalam menangani isu ini.
Apakah pihak KDN tidak mempunyai cukup manpower untuk meneliti setiap laporan yang telah dibuat atau Menteri itu sendiri pening kepala mana satu laporan perlu diselesaikan terlebih dahulu.
TINDAKAN PELAMPAU
Jika diselongkar, sudah terlalu banyak laporan polis dibuat terhadap pelampau (extremist) yang menghasut rakyat untuk mempertikaikan agama Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu.
Bermula dengan laporan polis pada 23 Ogos 2010, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperlekehkan kemampuan kapal selam yakni rahsia kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.
Laporan polis pada 18 Ogos 2010 dibuat terhadap Presiden MCA Chua Soi Lek yang mempertikaikan isu kuota bumiputera dan menuntut supaya ekuiti bumiputera sebanyak 30% dikurangkan secara berperingkat. Sesuatu yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.
Lagi laporan polis pada 9 Ogos 2010 dibuat terhadap penulis blog Central for Policy Initiatives (CPI) Helen Ang, yang jelas mempertikaikan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan agama Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu.
Bagaimana pula dengan laporan polis pada 5 Julai 2010 dibuat terhadap Wee Ka Siong, Malaysiakini dan The Star berhubung dengan mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Melayu, isu pembinaan Istana Negara dengan suatu kenyataan berbaur fitnah dan hasutan berkenaan tunggakan 3 bulan gaji pekerja asing ( jutaan terima kasih kepada Blogger GAP yang banyak mengketengahkan isu ini).
Setiap laporan yang dibuat seakan akan dipandang remeh oleh Menteri KDN. Apakah perlu ada kuota untuk mencukupkan laporan polis berbaur hasutan dan perkauman, barulah tindakan tegas akan diambil?
MENTERI MENIKUS?
Setiap laporan polis ini jika dikaji sudah jelas ianya dan berbaur hasutan dan perkauman. Laporan laporan polis ini dibuat atas dasar mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui setelah kemerdekaan tercapai.
Apa yang cukup menyedihkan, jika laporan polis dibuat terhadap orang Melayu, tindakan super pantas diambil oleh KDN. Namun apabila laporan polis dibuat terhadap bukan Melayu, tindakan super lembab bak kura kura diambil dan seolah olah langsung tidak disiasat.
GWM cukup kritis dengan isu ini dan meminta supaya pegawai pegawai yang memantau media massa di KDN tidak memandang ringan kerana jelas lambat laun akan mengakibatkan sikap tidak puas hati orang Melayu.
Sekilas pandangan, juak juak pelampau ini seolah olah sudah kebal dan mempunyai imuniti dari sebarang tindakan oleh KDN.
Jika hanya setakat amaran demi amaran yang dilontarkan, adalah lebih baik perlu dilakukan rombakan atau pertukaran portfolio Menteri berkenaan.
Mungkin lebih baik jika Ketua Polis Negara dan Polis DiRaja Malaysia diberi kuasa penuh untuk menangani isu ini kerana kecekapan anggota polis sudah terbukti mampu menangani isu ini dengan lebih cekap.
Kementerian Dalam Negeri boleh diserapkan sebagai satu unit didalam Polis Diraja Malaysia sekaligus Kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan dan duit rakyat!
sumber rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/136479
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-buat-laporan-polis-berhubung-kenyataan-chua-soi-lek/
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/34016-jejas-imej-laporan-polis-terhadap-kenyataan-nurul-izzah
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/perkasa-buat-laporan-polis-penulis-blog-hina-islam/
MELAYU ATAS PAGAR
3 comments:
Hairan ya... Menikus benar si Hishammudin ni... Atau mungkin tak berani kerana telah d pegang oleh bangsa pendatang ni... "Lu ambil tindakan sama kita orang.... Kita orang kasi bocor lu punya rahsia".... Adalah tu rahsia orang2 yang telah terperangkap dgn umpan bangsa pendatang ni..... Teringat bekas Ketua Polis Negara pulak... rasanya ada kebenaran apa yg beliau nyatakan baru2 ni...
Masih terikat dengan Echovest ke ???
hermes bag
kd 15
golden goose outlet
kd 14
jordan shoes
hermes
Golden Goose Deluxe Brand
palm angels
bape hoodie
yeezy
Post a Comment