Monday, September 6, 2010


GWM mengajak orang Melayu mengimbas kembali sejarah bermulanya titik hitam rusuhan kaum yang berlaku 41 tahun yang lampau. Peri pentingnya peristiwa ini untuk menyedarkan orang Melayu betapa musuh dalam selimut, DAP adalah pengasas kepada rusuhan kaum di Malaysia.

Sejarah tidak mungkin menipu namun sejarah seringkali diputar belit bagi mengelak (diversion) peristiwa sebenar daripada di ketahui oleh umum.

Sejarah titik tolak bermulanya tragedi ini bukanlah berlaku pada Pilihanraya Umum tahun 1969. Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang pada 19 November 1967 adalah titik permulaan (focal point) segala bala bencana yang menimpa ke atas perpaduan antara kaum di Malaysia.

Pergaduhan kaum bermula apabila orang Cina dalam Gerakan Mao Tse Tung telah melancarkan hartal setelah Kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia dalam tahun 1967. (Hartal adalah mogok besar besaran dengan penutupan pejabat , perniagaan dan segala bentuk urusan yang melibatkan awam).

Pertempuran telah berlaku di antara orang Melayu yang menyokong Kerajaan yang telah mengakibatkan ramai orang melayu terbunuh akibat Gerakan Mao Tse Tung ini. Tujuan gerakan komunis ini untuk menghuru harakan ekonomi dan keadaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, gerakan ini langsung tidak mendapat sokongan di luar Pulau Pinang.

Dalam bulan Jun 1968, Kerajaan telah hampir melaksanakan hukuman gantung ke atas 11 orang Cina yang terbabit di dalam Gerakan Mao Tse Tung namun telah ditentang oleh orang orang Cina.


Dr Tan Chee Khoon (anggota Parlimen Parti Buroh bagi kawasan Batu) telah melancarkan kempen secara besar besaran bagi mendapatkan tandatangan setiap orang Cina dari rumah ke rumah bagi menghalang hukuman gantung dari terus dijalankan.

Anasir pro komunis ini berjaya menghasut ibu bapa dan waris 11 orang Cina untuk mengadakan rapat umum membantah hukuman gantung dan membuat rayuan kepada Kerajaan.

Rayuan tersebut telah ditolak sama sekali oleh Duli Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Sultan Perak. Akibatnya, satu tunjuk perasaan besar besaran di luar penjara Pudu telah bertukar menjadi ganas yang diketuai oleh belia belia pro komunis.

Tunku Abdul Rahman telah bertindak campurtangan dengan merafak sembah dengan membuat rayuan supaya 11 orang Cina tersebut diringankan hukuman bagi mengelak pertumpahan darah berlaku. Duli Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Sultan Perak bersetuju dengan rayuan tersebut dan menukarkan hukuman gantung kepada penjara seumur hidup.

Selepas 6 minggu keadaan kembali pulih, pada 13 Oktober 1968 Parti Buroh telah mengisytiharkan tindakan memulaukan Pilihanraya Umum tahun 1969. Langkah ini sama seperti yang di ambil oleh Barisan Sosialis Singapura yang telah mengambil langkah yang sama enggan mengambil bahagian di dalam pilihanraya.

Parti Buroh telah memulakan satu lagi langkah drastik dengan mengisytiharkan mereka menarik keluar kesemua ahli Parlimen dan DUN. Dalam Parlimen mereka mempunyai 2 orang ahli iaitu Dr Tan Chee Koon dan Lim Kean Siew.

Bersambung ...

sumber rujukan :
ARKIB NEGARA
SEBELUM DAN SESUDAH 13 MEI – Tunku Abdul Rahman

MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

C L J said...

Cuba kita buat kira kira:

1969 - 1999 = 30 tahun.
Parti Pemerintah hilang kuasa mejoriti 2/3 :
74 berbanding 70 kerusi.

1999 - 2008 = 9 tahun.
Parti Pemerintah hilang kuasa mejoriti 2/3 :
140 berbanding 82 kerusi.

Hamba tidak mahu mengungkit siapa siapa terlibat dan pemain semasa dulu berbanding kini. Takut dikata menyentuh sensitiviti walau kita semua tahu sebenarnya.

Hamba cuma ingin menarik perhatian kepada percaturan angka.
Jarak 30 tahun berbanding 9 tahun bagi perkembangan kedua. Apakah 5 tahun bukan jarak bagi perkembangan tahap 3 ?

Ada perkhabaran bahawa sebelum terjadinya tragedi berdarah 1969 beberapa orang yang mengadap bomoh mereka dimana dikatakan bahawa kemungkinan mereka akan gagal mengambil alih kuasa dengan cara berdemonstrasi begitu. Dan kalau mereka gagal mereka kena tunggu tempoh masa selama 40 tahun lagi.

Soalannya apakah 1969 sampai kini bukan tempoh itu ???

Maka janganlah kita masih mahu berlembut dan cuba membelai lagi. Atasilah semua masaalah resis kini dengan opp seperti opp lalang. Sesuai benarlah kalau Tan Sri Musa kata jangan main main dengan isu perkauman.

Namun kita masih lagi boleh bersedia dengan tindakan pelapis. Seperti pernah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman dahulu.

Rakyat yang mengkaji pun sudah tidak sabar lagi.