KUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan "tazkirah" ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.
"Jelas, beliau (NajiB) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.
"Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian," kata Azemi ketika dihubungi hari ini.
Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.
Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.
Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.
Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.
Azemi juga menegaskan bahawa Teo tidak melanggar fatwa ekoran kegagalannya mengenakan tudung apabila memasuki ruang solat surau berkenaan.
"Ia hanya sopan untuk memakai tudung. Beliau bukan Islam, jadi tidak semestinya wajib bagi beliau memakai tudung... ia hanya pilihan, dan digalakkan," katanya.
Sumber Bernama
Home
»
»Unlabelled
» Jangan Mempolitikan Isu Ugama Islam
Monday, September 6, 2010
Recent Posts
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !
Liwat: Anwar didapati bersalah PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk...Read more
KHALID IBRAHIM DEDAH PKR BAZIR RM22 JUTA WANG RAKYAT BAYAR KRONI
Khalid Ibrahim dakwa PKNS mampu menyelamatkan RM7 juta setahun daripada 22 kakitangan yang dipecat. ...Read more
KORUPSI PROJEK RM 1 BILION ... SPRM Perlu Bertindak Pantas
SPRM perlu melakukan siasatan lanjut pendedahan dokumen melibatkan Teresa Kok bagi projek rundingan...Read more
Tahniah Hafarizam Harun ... ANDA PEGUAM UMNO YANG BODOH
Peguam UMNO ini PERLU kemukakan BUKTI, bahawasanya ahli Parlimen Batu Tian Chua telah meminta maaf d...Read more
Tarik Kes Saman ... PEGUAM UMNO SUKA MAIN 'TELUR'
Pengajaran bagi Hafarizam Harun agar tidak SYOK SENDIRI, memandai-mandai sehingga membelakangkan kep...Read more
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Ruang solat ... jagalah kesucian dan kemuliaannya. Bahas apa lagi ....
Post a Comment