Tuesday, September 7, 2010


Orang Melayu jangan hanya melihat bahawa hanya parti DAP sebagai parti chauvinist dan racist, PAS juga berperanan besar sebagai parti yang mengundang perkauman dan penyelewengan akidah Islam sewaktu Pilihanraya Umum tahun 1969.

PAS adalah parti tertua bagi parti parti pembangkang dalam sejarah Malaysia yang ditubuhkan sekitar tahun 1955 oleh ahli ahli Jawatankuasa Ugama UMNO yang telah keluar dari UMNO disebabkan oleh perbuatan Allahyarham Dato Onn yang ingin membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

PAS pada dasar hanya menggunakan kekuatan sebagai ahli di dalam perihal Islam untuk menarik undi, telah mula menyusun langkah mengatur kekuatan politik setelah memenangi 2 buah negeri pada Pilihanraya Umum 1959, iaitu Kelantan dan Terengganu.

PAS tidak mempunyai sebarang perancangan dan matlamat asas dan hanya bergantung kepada perihal Islam untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Mereka juga tidak mempunyai ilmu pengetahuanuntuk menggubal satu dasar ekonomi yang membangun sebagaimana yang sepatutnya dibuat oleh sesebuah parti politik.

Pada tahun 1968, seorang ahli wanita PAS, Che Khatijah Sidek yang menjadi ahli Parlimen telah bertindak keluar dari PAS berikutan parti tersebut tidak mampu menyusun satu dasar ekonomi tersendiri. Malah PAS terus menerus menjalankan dasar keagamaan dan perkauman yang sempit.

Bersambung ...

sumber rujukan :
ARKIB NEGARA
SEBELUM DAN SESUDAH 13 MEI – Tunku Abdul Rahman


MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: