NURUL IZZAH BERTANDING NAIB PRESIDEN : STRATEGI ANWAR MENJADI KENYATAAN
HAPRAKAHDAILY:
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Nurul Izzah Anwar petang ini mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dalam Pemilihan 2010 Oktober ini.
"Atas semangat reformasi dan demokrasi, saya ingin mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Naib Presiden parti," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, sistem 'satu ahli satu undi' yang diperkenalkan pada pemilihan kali ini akan mengangkat 'suara ahli' sebagai 'suara parti' yang sebenar.
Atas maksud itu, beliau turut tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon lain sebagaimana yang pernah dilakukan oleh beberapa Ahli Parlimen dan Adun tertentu sebelum ini.
"Saya juga ingin menjelaskan yang saya tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana mereka (ahli) bebas untuk membuat pencalonan.
"Saya juga bertanggungjawab untuk menghormati pilihan mereka," ujarnya.
Beliau yang dikenali sebagai Puteri Reformasi pada era Reformasi 12 tahun yang lalu turut mengajak ahli-ahli melakukan sekali lagi reformasi dalam parti dengan memilih calon berasaskan pada politik informasi, bukannya personaliti semata-mata.
Beliau turut mencadangkan semua calon menurunkan tandatangan secara terbuka pada Deklarasi Kempen Adil dan Bebas bagi menggalakkan lagi amalan berkempen secara beretika, adil, bebas dan demokratik.
"Demi masa depan negara, saya mencadangkan calon-calon supaya tandatangan secara terbuka Deklarasi Kempen Adil dan Bebas minggu depan.
"Saya percaya parti ini adalah penentu masa depan negara kelak," ujarnya.
Daripada 15 calon yang diumumkan layak bertanding, N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan) sebelum ini turut membuat pengesahan untuk bertanding bagi mengisi empat kerusi Naib Presiden.
Manakala, tiga kerusi berbaki bakal diisi secara selektif sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti.
Percaturan dan strategi Anwar Ibrahim semakin menjadi kenyataan. Penyokong dan perwakilan PKR sudah diperbodohkan dan digula gulakan dengan sebaik baiknya.
0 comments:
Post a Comment