Sunday, September 19, 2010

’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri’ - Surah Ar-Ra’d (ayat 11)



GWM agak hairan dengan kenyataan Nik Aziz yang beliau tidak berbangga menjadi orang Melayu. Nik Aziz juga berkata ianya hanyalah kebetulan yang beliau berbangsa Melayu.

Nik Aziz turut menambah bangsa Melayu itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab.

Ini adalah kenyataan dari seorang pemimpin politik yang memberi ceramah di sebuah hotel di Kelantan yang kebetulan kerajaan negeri juga akan mengadakan Pameran Cheng Ho yang bakal disertai oleh peniaga Cina Muslim.

GWM dapat membaca tutur kata Nik Aziz tidak lebih dari ayat seorang politik yang licik yang cukup mendambakan sokongan dan undi orang Cina. Ini tidak dapat dinafikan sama sekali.

PEMIKIRAN YANG LICIK
GWM tidak sesekali mempertikaikan Islam sememangnya syumul, Islam adalah jambatan penghubung silaturrahim antara setiap bangsa yang wujud dimuka bumi ini, jika tidak dipolitikkan oleh pemimpin PAS ini.

Namun, apakah benar pendapat bangsa Arab merupakan satu bangsa yang lebih tinggi darjatnya dari bangsa dan kaum yang wujud seperti bangsa Melayu?

Dari satu sudut, kenyataan Nik Aziz melambangkan Islam itu lebih penting dari bangsa dan kaum. Di satu sudut yang lain, darjat bangsa Arab melebihi darjat bangsa bangsa yang ada.

Walhal bangsa Arab itu cukup terkenal dengan kedegilan, kejumudan, sifat jahilliyah dan bersifat rasis sesama kabilah.

Kerana itulah Allah Taala menurunkan Islam di Mekah untuk menyatukan bangsa dan kabilah Arab yang berperang dan bertelingkah.

Bukankah ini satu kenyataan Nik Aziz yang berbaur politik, sempit dan bermotifkan sokongan dan undi untuk PRU 13?


PEMIKIRAN YANG TERKEBELAKANG
GWM tidak risau jika Nik Aziz tidak berbangga atau mengaku beliau orang Melayu. Mungkin beliau lebih suka digelar orang Arab kerana bangsa ini dilebihkan dalam Islam, menurut keta beliau.

Ini adalah satu contoh permainan politik Nik Aziz (brain game) yang memperlekehkan bangsanya sendiri, jika beliau adalah orang Melayu.

Semangat patriotisme yang cintakan bangsa dan tanah air dianggap Assabiyah oleh Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain. Pemikiran terkebelakang ini kerana parti PAS dianggotai oleh mereka yang cetek kombinasi ilmu pengetahuan agama dan duniawi dan bernafsukan politik dan undi semata mata.

GWM menyarankan para pembaca untuk mendapatkan kitab atau buku Fiqh-Awlawiyyat karangan Dr Yusof Al Qaradhawi untuk tatapan dan melihat bagaimana tokoh ilmuwan Islam ini merungkai bahawa semangat patriotisme sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Islam.

Kitab atau buku ini pasti memberi kesegaran doktrin pemikiran orang Melayu mengapa keperluan mempertahankan hak hak keistimewaan orang Melayu tidak lari dari semangat patriotisme yang ada pada diri Rasulullah s.a.w.

Kitab atau buku ini juga mendedahkan Rasulullah s.a.w. juga individu yang mempunyai semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air dan tanah kelahirannya.

GWM bukan mahu mempromosi karangan tokoh ilmuwan Islam ini namun apa yang lebih penting adalah ilmu yang disampaikan jelas menunjukkan semangat patriotisme adalah asas kepada kehidupan keegraan dan tidak dapat dipisahkan dalam Islam.

Memperlekehkan bangsa, bahasa, jati diri orang Melayu seperti Nik Aziz ini sama seperti memperlekehkan Allah Taala yang menjadikan manusia itu berbilang bangsa dan keturunan.

Jangan dicari buku ini di toko toko buku juak juak PAS atau pesta jualan buku sewaktu ceramah Pas diadakan, kerana mustahil para pembaca akan dapat mencarinya. Yang banyak pastinya CD ceramah atau buku mengagungkan pemimpin PAS sahaja.


PENYELEWENGAN BERFIKIR OLEH PEMIMPIN PAS



PAS sudah terlalu banyak memesongkan pemikiran dan akidah umat Islam terutamanya orang Melayu. Parti ini juga sudah terlalu banyak melakukan jenayah pemikiran dan merosakkan minda orang Melayu dengan fatwa fatwa bertuhankan nafsu politik.


GWM refresh kembali kenyataan dan fatwa Nik Aziz dan parti PAS, untuk para pembaca menilai dan memikirkan sedalam dalamnya mengapa PAS adalah sebuah parti yang melambangkan kegagalan umat Islam di Malaysia.

Kemunduran orang Melayu di Kelantan bukanlah hanya disebabkan percakaran politik sesama sendiri oleh pemimpin UMNO. Tetapi lebih kepada sejarah perjalanan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan sejak tahun 1955 sehingga ke hari ini.


Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Islam tajaan dan bawaan PAS kerana sepatutnya Kelantan yang majoritinya umat Islam masih jauh dan mundur.


Kelantan yang mempunyai keluasan 14,922 km persegi dengan penduduk majoriti 95% orang Melayu beragama Islam gagal menyinar dibawah pentadbiran PAS Kelantan. Kelantan juga gagal dibangunkan sebagai contoh kerajaan pentadbiran Islam yang seimbang perjalanan dunia dan akhirat.


Yang dipersalahkan adalah UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya tempoh pemerintahan Nik Aziz dan PAS lebih dua dekad telah berjaya membangunkan ekonomi umat Islam di Kelantan.

Pemikiran tepu the so called ulama PAS ini sudah semakin perlahan. Jangka hayat dan minda Nik Aziz semakin susut. PAS sepatutnya sudah memikirkan untuk menukar sebuah generator set yang baru.

Keperluan ini penting bagi mewaraskan kembali Nik Aziz kerana generator set beliau sudah semakin rosak. Alat gantian (spare part) pemikirannya sudah expired dan tidak lagi berada di pasaran ketika ini.

Untuk memudahkan cerita, PAS sememangnya adalah sebuah generator set yang telah rosak luaran dan dalamannya. Sebuah generator set yang sudah tidak mampu menjana kuasa dan memperkasakan umat Islam di Malaysia.


MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

Unknown said...

Salam,
Mohon linkkan blog empayar pemuda dalam senarai blog saudara. tq

http://empayar-pemuda.blogspot.com/

Unknown said...

SALAM SAUDARA EMPAYAR MUDA,

GWM SANGAT BERBESAR HATI JIKA SEKIRANYA SAUDARA INGIN KAMI LINKKAN KE BLOG SAUDARA.

SAUDARA JUGA DIBENARKAN UNTUK MENGAMBIL ARTIKEL DARI BLOG INI UNTUK DISIARKAN KE DALAM BLOG SAUDARA.

SALAM PERJUANGAN.

chabai said...

Hallo,
Pendekatan TGNA betul, dia tak bangga jadi Melayu tapi dia bangga jadi seorang Muslim...tolonglah jangan ambik sekerat-sekerat kerana ini akan menimbulkan polimik yang merugikan bangsa hang sendiri...bangsa Melayu biasanya penuh dengan PHD, sebab itu jadi seorang Muslim lebih baik. Selidik lah hati budi Melayu terutama UMNO samada berasaskan keimanan atau tidak bila mengambil tindakan terutama bila dah ada KUASA.