KES ADUN MELOR : PAS SUDAH MENJADI BISU DAN PEKAK
Sudah genap 2 tahun kes tuntutan mutaah Siti Aishah Chou Abdullah sebanyak RM 3 juta dari bekas suaminya ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh.
Semalam, Siti Aishah Chou Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa Wan Ismail mempunyai harta lebih dari RM 3 juta!
Ini bersandarkan kepada Wan Ismail pernah memberitahu yang beliau mempunyai banyak harta termasuk tanah, projek projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya.
Apa yang menarik adalah kesemua aset di atas bukan di atas nama Wan Ismail Wan Jusoh kerana beliau adalah wakil rakyat. Ini yang diakui oleh Wan Ismail kepada bekas isterinya.
Siapakah proksi sebenar di atas pemilikan aset aset tersebut? Jika benar dakwaan ini, maka ADUN Melor bertindak untuk cuba melarikan diri dari membayar cukai pendapatan (tax evasion).
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu membuka satu fail kes dan membuat siasatan terperinci. Audit & Investigation perlu dilakukan segera kerana ADUN Melor nyata tidak mengisytiharkan harta pemilikan sebenar.
Ini adalah suatu bentuk penipuan dan penyelewengan seorang wakil rakyat. Amat memalukan kerana PAS yang selama ini kononnya mendabik dada memperjuangkan Islam ternyata sebuah parti yang cukup hipokrit dan penipu.
Sejak kes ini berlangsung selama 2 tahun, kesemua pemimpin PAS sudah jadi makhluk bisu dan pekak. Bisu dari membuat sebarang kenyataan dan memekakkan telinga seolah olah tiada apa apa yang berlaku.
Inilah sebenarnya prinsip perjuangan PAS yang menghalalkan sebarang cara untuk menutup kelemahan pemimpinnya dan parti.
Jika ini berlaku kepada UMNO mahupun kepada parti parti komponen BN, parti PAS pasti terkehadapan menghentam dan menjaja isu ini di dalam ceramah ceramah. Akhbar Harakah akan menjaja isu tersebut di muka hadapan (front page). Modal terbaik untuk menghentam BN!
Peguam Syarie yang mewakili Siti Aishah kini sedang mengumpulkan bukti berbentuk dokumen berkaitan pemilikan aset Wan Ismail. GWM mengharapkan agar bukti pemilikan aset ini dapat didedahkan di dalam perbicaraan yang akan datang.
Sepatutnya, PAS sudah meminta Wan Ismail Wan Jusoh melepaskan jawatan sebagai seorang ADUN untuk membersihkan nama beliau dan parti. Lebih baik lagi memecat Wan Ismail atas dasar keterbukaan dan keadilan kepada bekas isterinya.
Apa yang pasti, PAS seolah olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum. Mungkin ada rahsia besar yang perlu ditanam jauh ke dasar bumi sebelum dijadikan isu atau bahan kempen BN.
Siapakah pemilik sebenar aset aset tersebut. Siapakah proksi yang tidak diketahui sehingga ke hari ini. Apakah mungkin pemimpin pemimpin tertinggi PAS merupakan pemilik sebenar kekayaan tersebut.
Rakyat perlu mengetahui bagaimana ADUN Melor ini mengumpulkan harta kekayaan tanpa mengisytiharkan harta harta tersebut kepada LHDN. Ini adalah perbuatan khianat seorang wakil rakyat PAS yang melarikan diri dari membayar cukai harta dan pendapatan.
Rakyat marhaen sibuk berbaris mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN untuk membayar cukai, wakil rakyat PAS sibuk menyembunyikan pemilikan aset dan wangtunai dari LHDN. Adilkah begini?
Dan yang lebih teruk, nasib bekas isteri yang tidak dibayar nafkah saraan sehingga kini. Inikah ajaran Islam yang dicanang oleh PAS selama ini?
PAS sememangnya lambang kegagalan umat Islam. PAS for All … retorik semata mata!
sumber rujukan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-isteri-yakin-adun-melor-miliki-harta-lebih-rm3-juta/
MELAYU ATAS PAGAR
2 comments:
Umno 2 kali retorix.hahaha.kalu parti tu dah kebangsaan kot2 mano ia bukan parti islam.kena faham tu.
cantiknya siti aishah chou ni bertudung.
Post a Comment