Sunday, April 21, 2013


Inilah masalah kalau bekas ahli Parlimen Lembah Pantai berlagak BODOH SOMBONG ...

Sudahlah BODOH SEJARAH, dituduhnya pula 4,637 PENGUNDI yang menggunakan alamat kawasan setinggan yang tidak lagi wujud itu sebagai PENGUNDI HANTU.



KENYATAAN MEDIA

MANGSA-MANGSA TUDUHAN PENGUNDI HANTU OLEH NURUL IZZAH

21 APRIL 2013

Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai pengundi hantu.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak lengkap atau tidak wujud. Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak kami pun lahir di sini. Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!

Semasa kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa. Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih lagi penduduk Lembah Pantai.

Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai. Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah pengundi hantu.

Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:

i. Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )

ii. Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )

iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )

iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU )

v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )

vi. Setinggan Bukit A, Bukit B, Bukit C dan Bukit B Tanjung, Kg Kerinci telah tiada di mana kawasan mereka telah dibangunkan ( PDM BUKIT KERINCI ). Semua telah berpindah ke Taman Bukit Angkasa atau di PPR Kg Limau.

vii. Sepanjang New Pantai Expressway dan pembinaan Rel Keretapi Komuter mempunyai banyak rumah-rumah SETINGGAN . Semua penghuni telah dipindahkan ke PPR sekitar Lembah Pantai.

Pengundi-pengundi yang pernah berdaftar di kawasan ini dengan sewenang-wenangnya telah dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Tindakan Nurul Izzah melabelkan kami sebagai pengundi hantu juga adalah sebahagian taktik politiknya untuk menagih simpati, kononnya Barisan Nasional menggunakan pengundi hantu untuk menang. Kami berharap pengundi Lembah Pantai tidak akan terpedaya dengan taktik murahan sebegini.

Sebelum ini, ada di antara kami yang mengundi Nurul Izzah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas, tapi kami kecewa, demi untuk mencipta isu pengundi hantu, Nurul Izzah sanggup menganiaya kami dan cuba untuk menafikan hak kami untuk mengundi.

Pilihan kami adalah calon yang mampu membawa pembangunan dan kesejahteraan. Pilihan kami adalah calon yang kuat kerja, bukannya kuat cakap semata-mata. Pilihan kami bukannya orang yang hanya tahu membuat fitnah. Pilihan kami sudah tentunya bukan Nurul Izzah!

Untuk mengadakan sidang media ini, kami hanya mengambil masa tiga hari untuk mengesan lebih 200 pengundi yang cuba dianiaya oleh Nurul Izzah. Kebanyakan dari mereka merupakan bekas penghuni kawasan setinggan manakala selebihnya adalah dari kawasan lain yang turut dilabel oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu. Kami yakin masih ramai lagi pengundi yang tidak sedar bahawa mereka telah dianiaya oleh Nurul Izzah.

Sehubungan dengan itu, kami akan menubuhkan satu gerakan yang akan dikenali sebagai GEMPUR – Gerakan Mencari Pengundi Asal Lembah Pantai bagi menjejak kesemua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang ditindas oleh Nurul Izzah agar mereka tahu siapa Nurul Izzah sebenarnya.

Awas Nurul Izzah! Kami tidak akan berdiam diri apabila hak kami cuba dinafikan dan kami akan pastikan semua 4,637 pengundi Lembah Pantai yang teraniaya tahu bagaimana kau cuba menindas kami.

HAJI MOHD YAHYA BIN YUSOP
(Bagi pihak 4,637 pengundi asal Lembah Pantai)



Nurul Izzah yang baharu lima tahun menjadi wakil rakyat di Lembah Pantai boleh mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada 4,637 UNDI akibat KEJAHILAN mengenai sejarah kawasan itu terutama perkampungan setinggan.

Sorry la ... YOU MEMANG BODOHLAH NURUL IZZAH !



8 comments:

Anonymous said...

Bukan saja bodoh mulut pon cm longkang.. Hari tu pompang2 nk saman utusan apsal senyap jek.. Melayu ptt bebas pilih agama ek mmg minah senget la dia ni.. Puihhh

Anonymous said...

mari kita ramai2 tolak dia sampai tepi longkang ...ehhh jangannnn tak baik...tolak dia smpaiiiiii msk dlm longkang....emmmmmm sngat BAIK

abu mohsein said...

Tuan, Jahil Murakkab, bukan Mukarrab....lain maknanya. Bila nak guna istilah Arab sila pastikan dan rujuk terlebih dahulu. Budak2 lagi masih beremosi di sana sini dan suka bercakap. Lepas ni adik dia pula ...macamtu lah.. tapi kasihan Bro Anwar..terpaksalah anak2nya bela....kalau tak sapa lagi. Kita tunggu sejauh mana kesabaran Kak Wan. Berdoalah agar Allah bukakan hatinya untuk menghalang suaminya dari terus berbohong dan berbohong. Kita boleh berbohong untuk berjam2, boleh berbohong seminggu tapi mustahil dapat berbohong sepanjang masa.

Anonymous said...

Satu keluarga nk makan pencen kerajaan x sedar diri.. Sapa yg kuat kroni sebenarnya?? Klu x menipu buat kerja xpe gak ini x dok ceramah debat modal air liur je sudah laa pkr kencinggg

Anonymous said...

Apom gebu...

Anonymous said...

Tolak Penipu Rakyat (PR)

MA hafiz said...

Apom gebu pun tak guna jugak..Kuat Kencing...!

MA hafiz said...

Apom gebu pun tak guna jugak..Kuat Kencing...!