Naib Presiden PAS, Husam Musa dilaporkan akan berdepan dengan 5 SAMAN FITNAH oleh beberapa individu berprofil tinggi dan termasuk seorang bekas pimpinan PAS dan kumpulan masyarakat di Kelantan.
Siri saman pertama telah bermula apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed di dalam sidang media petang semalam mengumumkan bahawa peguam beliau telah menyediakan notis tuntutan kepada Husam.
Husam TELAH MEMFITNAH Mustapa dengan menuduh Mustapa membahagikan 400 lot saham FGV kepada ketua-ketua Bahagian UMNO. Turut berdepan dengan tuntutan itu ialah HarakahDaily dan Ketua Pengarangnya.
Sekiranya Husam gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Mustapa dijangka menfailkan saman itu seawal hujung minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kelantan.
Kebelakangan ini banyak pihak telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam termasuklah beberapa nama besar di dalam arena politik tanah air.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata sekiranya dalam tempoh 48 jam itu, Husam tidak memohon maaf, peguam beliau akan memfailkan saman fitnah dan tuntutan di mahkamah tinggi.
“Ini adalah satu perkara yang perlu untuk menjaga maruah dan kredibiliti diri saya, saya memimpin kementerian ini (MITI) empat tahun dan berbuat yang terbaik, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut,” katanya.
Saman sahaja Haji Misai Kontot ni Tok Pa ...
Friday, April 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Usang Muse nak buat upacara pecah tanah kat mahkamah pun bole..
Datom Pa mana bagi saham. Yg bagi MITI
saman je tokkk husam kambing tuuu...
org lain niaga untung, dia niaga rogi, tapi ada ati nak jadi menteri kewangan msia...
niaga kambing pon rogii....alahaiii
Mmg kambing pun
Bendera Pkr Mata Satu bendera Dajjal. Alquran dan Nabi telah peringatkan.Tolak Pkr parti Dajjal..
Post a Comment