Kesepakatan BN ... FAKTA YANG CUKUP MEMALUKAN PEMBANGKANG
Akhirnya PAS mengaku bahawa pihaknya mempunyai pertelingkahan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi calon masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengakuan itu telah dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri di Markas Pas Kota Samarahan, Sarawak hari ini.
Itu pun belum mengambil kira pertelingkahan yang berlaku di antara PKR dengan DAP serta Pas dengan DAP berhubung pembahagian kerusi.
Malah, dakwaan Abdul Hadi bahawa masalah pembahagian kerusi tersebut turut berlaku kepada mana-mana parti di negara ini adalah sesuatu yang tidak benar.
Sebaliknya, pakatan pembangkang perlu mencontohi parti gabungan Barisan Nasional (BN) yang telah menyusun pembahagian kerusi dengan cara aman dan musyawarah di antara parti-parti komponen menjelang PRU-13.
Mengapa pakatan pembangkang perlu mencontohi BN? Jawapannya sangat mudah.
BN merupakan parti berpengalaman dan sebanyak 12 kali telah berhadapan dengan PRU serta 12 kali telah diberi mandat untuk memerintah negara oleh rakyat.
Malah, setiap parti komponen dalam BN itu sendiri mempunyai tradisi turun-temurun iaitu bertoleransi dan hormat-menghormati di antara satu sama lain dalam membentuk sebuah negara yang majmuk, makmur dan bersatu padu.
Selain itu, hala tuju BN juga jelas di mata rakyat iaitu meneruskan pembangunan rakyat dan negara.
BN juga dijangka mengumumkan senarai calon yang akan bertanding PRU-13 di setiap peringkat negeri, esok ataupun lusa.
Ini menunjukkan bahawa BN telah bersedia dan bersiap-siaga untuk meneruskan mandat kerajaan selepas ini.
Persoalan yang timbul, bagaimana pakatan pembangkang hendak memerintah negara sekiranya sejak awal lagi sudah menunjukkan bibit-bibit tiada persefahaman?
Mula-mula bertelingkah siapa yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN. Nescaya, jika menang pula, mereka akan bertelingkah mengenai siapa paling layak untuk dilantik menjadi perdana menteri dan barisan menteri Kabinet.
Malah, perkara ini dijangka tidak akan berkesudahan yang jika gagal dibentung boleh mencetuskan huru-hara dalam negara.
Tidak dapat dibayangkan pertelingkahan itu berlarutan sehingga pasca PRU-13 yang amat membahayakan negara dan rakyat. Yang penting, kalangan yang akan menjadi mangsa adalah rakyat.
Jadi, sekarang ini nasib negara diserahkan kepada 13.3 juta yang akan memilih kerajaan bagi memerintah Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang pada 5 Mei ini.
Dan pilihan terbaik tetap berpihak kepada Barisan Nasional ...
2 comments:
Macam tu cara lu jawab,
orang kemukakan video hd
lu jawab dgn sekeping
gambar kelabu
sapa nak percaya
aku baru tengok, yang asal kalau download mmg clear... yang anon 10:20pm 2 pic dia macam pakai kemera henpon cokia.. resolusi low... muhung nak mampusss... cuba try telan kenyataan tgk... aku rasa puak depa ni buat salah depan mata depa xkan mengaku punya... salah BN ni.. SALAH UMNGOK...
Post a Comment