Monday, April 22, 2013

Beberapa calon BEBAS di dalam kategori ELIT dan menjadi PILIHAN Anwar - CASH RM5 JUTA

Bukan semua calon BEBAS adalah orang kecewa. Ada calon bebas yang dapat layanan istimewa daripada calon asal PKR. Ini adalah berita baru yang diterima dari PKR HQ semalam.

Beberapa tangan korporat semalam bersedia memberikan dana khas yang bakal diwujudkan untuk beberapa orang calon bebas yang diharap dapat membawa kemenangan kepada PKR.

Yang peliknya, calon asal tidak dibantu, tapi calon bebas pula yang dibisikkan oleh pemimpin parti untuk berusaha keras mencapai kemenangan. Soal fulus jangan bimbang. PKR HQ akan susun dengan sebaiknya.

Beberapa calon BEBAS di dalam kategori ELIT dan menjadi PILIHAN Anwar adalah seperti berikut:-

Calon BEBAS (PKR) DUN Machang Bubuk
Calon BEBAS (PKR) Parlimen MUKAH
Calon BEBAS (PKR) DUN Balung, Parlimen Tawau
Calon BEBAS (PKR) Parlimen Indera Mahkota
Calon BEBAS (PKR) DUN Karambunai
Calon BEBAS (PKR) DUN Banggi


PKR HQ sendiri tidak faham dengan tindakan mensabotaj calon sendiri. Khususnya di Parlimen Indera Mahkota, Anwar sendiri mahukan Fauzi ditewaskan secukupnya. Apakah ini untuk menghalang lebih banyak perpecahan di kalangan pimpinan PKR Pahang?

Wang tajaan ini akan dihantar dengan tunai. Tidak ada cek. Tidak ada trail. Calon BEBAS yang terpilih akan diberikan wang secara berkala bermula 24hb ini. Tunggu sahaja panggilan daripada PKR HQ.

Ada juga di kalangan jentera kanan PKR yang risau bahawa tindakan ini akan memakan diri. Anwar tidak ada pilihan. Dia perlu membantu di mana yang perlu. Ada calon PKR sendiri yang perlu ditanam hidup-hidup secara politik.

Anwar bosan nak layan orang yang kuat argue seperti Fauzi. ... #IniKaliLah!


sumber : GELAGAT ANWAR



2 comments:

Anonymous said...

Kata seorang ketua pkr lumut yg di tutup semalam..mereka nak makan nak fotostat kertas pun terpaksa guna duit sendiri....kesian!

Anonymous said...

Ini dah kira rasuah dah!! Ada sapa berani buat laporan kepada SPRM kalau ada bukti kukuh, anyone? Kalau ada bukti kukuh apa tunggu-tunggu lagi.....