Friday, April 19, 2013



DAP dikenali sebagai PARTI ANAK BERANAK yang urusan pentadbirannya dijalankan bagai sebuah syarikat swasta persendirian milik keluarga. Itu identitinya yang tak siapa dapat nafikan.

Pendek kata bila sebut saja DAP orang akan teringatkan DINASTI LIM kerana disebabkan jasa dinasti itulah, kini DAP di puncak kegemilangan sehingga mampu menjadi ABANG BESAR kepada PAS dan mempunyai orang kanan seperti PKR.

Itu cerita dulu kerana beberapa bulan kebelakangan ini imej DINASTI LIM nampaknya sudah tercalar terutama sekali selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung akhir tahun 2012.

Wujud kebimbangan ketara di kalangan pemimpin dan ahli DAP tentang kemungkinan parti itu akan digantung atau diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) gara-gara kemelut penyelewengan semasa pemilihan tempohari.


Lebih dramatik lagi bila timbul dakwaan menyatakan ROS tidak mengiktiraf senarai ahli CEC DAP dari pemilihan itu disebabkan banyak keraguan yang timbul.

Proses pemilihan CEC itu sepatutnya lancar seandainya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng serta MACAI kroninya berpegang teguh pada aspek ketelusan semasa pemilihan itu.

Tapi disebabkan besarnya nafsu untuk menguatkan kedudukan Dinasti Lim, maka berlakulah silap mata di mana kroni Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari tiba-tiba sahaja menduduki tangga ke-20 sebagai ahli CEC yang dipilih.

Zairil atau nama sebenarnya ialah Christopher Ross Lim, 100% darah keturunan Cina, dinaikkan kedudukannya sebagai ahli CEC walau hakikatnya tidak terpilih, semata-mata untuk menonjolkan konon ada juga pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli DAP.

Tambah menimbulkan kecelaruan bila mana seramai 753 ORANG PERWAKILAN INDIA SENGAJA DINAFIKAN HAK memilih hanya semata-mata kelompok pemimpin dan perwakilan itu memusuhi Dinasti Lim.

Disebabkan kecelaruan dan penyelewengan yang berlaku akhirnya meletakkan DAP dalam keadaan tersepit berdepan dengan siasatan selepas ahli-ahli DAP sendiri membuat laporan kepada ROS kerana meragui ketelusan proses pemilihan CEC DAP.


Dan baru sekarang para pemimpin DAP sibuk menyuarakan kebimbangan mereka kalau-kalau DAP terpaksa digantung atau dikuburkan sebelum atau selepas PRU-13, sudah agak terlambat kerana kerosakan yang berlaku sukar sekali diperbetulkan.

Namun seandainya ia menjadi kenyataan, tidak syak lagi BEBAN KESALAHAN itu kelak perlu dipikul oleh DINASTI LIM.

DINASTI LIM akhirnya menggunakan logo PAS sebagai jalan terakhir MENUTUP MALU atas kesilapan yang telah dilakukan. Barangkali ini adalah jalan terbaik untuk 'divert issue' daripada tersepit dengan tindakan menghalang 753 ORANG PERWAKILAN INDIA SECARA SENGAJA DINAFIKAN HAK untuk mengundi dalam pemilihan CEC.

Namun begitu segelintir ahli PAS sebenarnya tidak bersetuju dengan dengan tindakan yang diambil, walaupun mendapat LAMPU HIJAU dari Presiden dan Mursidul Am PAS, Hadi Awang dan Nik Aziz.

Mereka mula mempertikaikan LAMPU HIJAU yang diberikan ... "Mengapa Guna Lambang dan Logo PAS ?"


Ahli dan penyokong PAS ini sebenarnya masih lagi MEMENDAM SAKIT HATI dengan sikap DAP yang menentang DASAR dan PRINSIP PAS secara terang-terangan sepanjang 'berselingkuh dalam selimut' untuk lima tahun ini.

Pun begitu segelintir ahli dan penyokong PAS ini terpaksa menelan bulat-bulat PERSETUJUAN oleh kepimpinan parti walaupun hakikatnya golongan ini nampak secara jelas MANIPULASI minda yang dilakukan oleh DAP terhadap majoriti yang menyokong penggunaan lambang parti PAS ... UNDI ORANG MELAYU.

Walaubagaimanapun, RAKYAT sudah nampak secara jelas taktik menggunakan logo PAS sekadar untuk DAP melepaskan tengkuk yang tersepit akibat KEBODOHAN Dinasti Lim yang TIDAK TELUS sewaktu pemilihan CEC. Sudahlah tidak telus, lebih teruk lagi TIDAK TAHU MENGIRA.

Rakyat perlu fikir secara MENDALAM bagaimana jika sekiranya DAP menjadi 'kuasa dibalik tadbir' pembangkang mentadbir negara ini.

Sudahlah ahli parti ditipu hidup-hidup, rakan dalam parti pembangkang juga TERPAKSA sujud dan tunduk pada jari telunjuk DINASTI LIM.



21 comments:

Anonymous said...

pas semakin divavikan oleh dap..
pas telah mengkafirkan diri sendiri, entah kali ke berapa.. balasan Allah swt dibayar tunai

Anonymous said...

sesal pulak aku bukak lu punya blog..laa rupanya UMPRONO punya website....blog lu patut ada gambar lucah..sebab tuu Gua bukak..sesal gua

Anonymous said...

Tunggu la tengok perancangan Allah atau setan2 yg dikenali yg menang.

Anonymous said...

Buku Jingga 20 Disember 2010
UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.
Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:

Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;

Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;

Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan

Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya.

Anonymous said...

Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.

Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.

Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.

Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.
Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.

Tindakbalas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa ‘transformasi ekonomi’ bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi.

Anonymous said...

Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi penting negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa. Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.
Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.
Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.

Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi penting negara.
Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.

Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelusuk negara.

Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Y.B. Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Y.B. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

dapig said...

banyak betul cybertrooper dap dlm ni. bera kupang hangpa dapat

Anonymous said...

PAS benarkan DAP guna logo Pas adalah sama dengan PAS benarkan Kedai babi guna logo halal. Kalau PAS itu Islam maka dengan beri kafir menggunakan logonya adalah sama dengan membenarkan kafir meminjam agama Islam sekejap bagi tujuan tertentu. Ini adalah satu penipuan terhadap umat Islam Malaysia. Kalau DAP ni molek pakai logo babi sahaja. Tak ada masalah sebab babi adalah binatang mulia bagi dia.

Unknown said...

Orang yg berlainan Akidah sama sekali tdk akan bersatu dlm apa juga kecuali dalam kepura-puraan yg tdk akan kekal bila masing-masing tunjuk belang apa hajat yg tersembunyi. Bukan bermaknah kita bermusuhan dan tdk hidup aman.Persahabatan kita ada batas-batasnya sebenarnay.Perjuangan PAS dan DAP berbeza sama sekali satu hari nti semuanya akan terlerai jg kecuali PAS sanggup mengorbankan perjuangan islamnya.Percayalah Malaysia di landasan yg betul. Kebijaksanaan Pemimpin2 BN dari dulu telah menjadikan Malaysia berada di tahap yg lbh baik berbanding dgn negara2 jiran kita wlpn kedudukan negara kita yb terlalu konpleks.klu salah tadbir mkg mcm di negara jiran.kita tdk boleh samakan dgn singapura sb keadaan kita jauh berbeza.Dalam mana-mana negara mesti ada Bangsa Dominan utk jd rujukan,ikutan,org tengah.bau negara itu akan aman damai.tp bila semua org/puak,bangsa menuntut haknya yg bukan semua haknya tunggulah kehancuran negara itu. Dlm sejarah islam Bangsa Quraish adalah nadi kepimpinan pada zaman awal islam itu sebab tiada pergolakan.tp lepas itu apa jadi..PR klu menang barulah kita nampak wajah sebenar mereka..Adakah PAS lbh baik daripada UMNO dlm memperjuangkan islam dan bangsa.

Anonymous said...

Setuju.....!!! DAP = BABI duduk dlm kedai Halal Islam...!!!

Anonymous said...

alang2 dah setuju cium tapak kaki kapir harbi ni, kalau dia nak kencing nik aziz n hadi tolong nganga mulut ya sebab betapa lazatnya air kencing anak BABI ni.. pemimpin PAS adalah contoh Islam sesat di akhir zaman! pengikut bodoh je yg masih setia.

Anonymous said...

Indah nyer kata2 dlm buku jinga. Tp tngok spa jd hari ni.baru penamaan calon dah bergaduh sesama sendiri.cmna nk memerintah.hancurrr negara.

Anonymous said...

NAMPAK SANGAT BODOH HADI AND NIK AZIZ, TAK DAPAT BACA KE APA DAP BUAT, NAK SURUH MELAYU PANGKAH BULAN TAK KIRA SAPA CALUN, KAFIR LAKNAT,KAKI JUDI, KAKI BETINA,KAKI RASUAH, TAK MENGUCAP, MAKI HAMUM ISLAM, ASAL ADA BULAN, SOKONG DAN PANGKAH,.. KNAPA LAST MINIT KAFIR NI NAK PAKAI BULAN,,,NAK SESATKAN MELAYU KAMPONG... BODOH PUNYA PEMIMPIN PAS..

Anonymous said...

ISSUE DAP DGN ROS DAH LAMA, KENAPA DAP TUNGGU LAST MINIT, SEBAB GAME PLAN DIA KALAU ROS BATAL KAN DAP BOLEH GUNA BULAN, ORANG MELAYU BOLEH PANGKAH BULAN SEBAB BULAN TU PAS.... NIKKY AND HADI TAK BOLEH BACA KE STRATEGY NI...BODOH PUNYA MELAYU...

Anonymous said...

tahu x perr

blekk said...

setuju.skrip yg da dirancang.kesilapan pemilihan j/kuasa DAP sengaja dilakukan.kecacatan dalam urusan pemilihan pon sengaja dilakukan.alasan bodoh yg diberikan untuk mnjelaskan kesilapan mereka,pon sengaja dicipta begitu.supaya org sibuk mencerca alasan 'tersilap kira'.namun perancangan ALLAH lebih hebat.pengumuman untuk menggunakan bendera pas,pkr telah mmbuka niat sebenar..

Anonymous said...

Allah pun PAS boleh share dgn Nasrani, hatta bini pun PAS boleh share dgn member. Inikan pulak setakat logo. Apa sangat la..

Anonymous said...

buka saja sanggup cium kaki...punkoq DAPig pun depa boleh tolong gesat dgn toilet roll...PAS CElako...perosak agama

Anonymous said...

12.37 AM...sorry ni bukan blog kaki konkek pungkoq...hang pi cari blog kaki pungkoq pi meroyan kat sana...bingai betoi..

Anonymous said...

"Indah nyer kata2 dlm buku jinga. Tp tngok spa jd hari ni.baru penamaan calon dah bergaduh sesama sendiri.cmna nk memerintah.hancurrr negara."

INDAH KABAQ DARI RUPA...MUKA JANTAN TAPI DARAI KAKI PUNGKOQ JANTAN....ANU'WAR SIAL!

Anonymous said...

NIE BLOG LUCAH KER???