Tuesday, April 9, 2013

8 Isu Utama AKUJANJI BN Bakal Diserang Rafizi Ramli dan Tony Pua Habis-Habisan.




Anwar Ibrahim sudah mengerahkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Tony Pua untuk memberi TUMPUAN KHUSUS kepada LAPAN isu utama membabitkan AKUJANJI BN yang baru dilancarkan oleh DS Najib.

SERANGAN KHAS yang membabitkan kritikan keras ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar ianya tidak kembali BACKFIRE kepada Manifesto PR. Banyak kepincangan Manifesto PR yang dilakukan secara tergesa-gesa sehingga TERTINGGAL tuntutan royalti minyak untuk Kelantan. Agak memalukan ...



KEMUDAHAN PERUBATAN
• Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
• Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
• Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
• Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
• Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
• Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik

Tawaran paling menarik ini perlu segera DIMATIKAN pembangkang. Di dalam manifesto PR, isu ini sudah diberikan pertimbangan yang TERLALU SEDIKIT. terlalu sedikit.

Pembangkang dalam jangkasama beberapa hari ini AKAN MENAWARKAN mewujudkan hospital khas kanser dan sakit jantung di Kuching bagi memastikan sasaran DAP untuk menang beberapa kerusi Parlimen dapat direalisasikan.

Kelemahan beberapa projek oleh Kementerian Kesihatan bakal dijadikan ALASAN untuk mengatakan projek-projek di atas tidak akan dapat dimajukan oleh BN.



HUBUNGAN ANTARABANGSA
• Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin
• Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
• Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
• Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
• Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita
• Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
• Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja

Anwar Ibrahim CUKUP KHUATIR dengan tawaran BN ini. Dalam Manifesto PR pun langsung tidak ada tawaran sebegini. Dijangkakan pembangkang akan melakukan TAWARAN BALAS Manifesto PR dalam masa terdekat ini.



INFRASTRUKTUR
• Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
• Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
• Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
• Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

Tawaran pembinaan 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah ini perlu DIMATIKAN pembangkang.

Rafizi Ramli, Tony Pua ditugaskan untuk melihat mana-mana sudut SERANGAN yang boleh dilakukan terhadap Pehin Taib Mahmud (untuk dikaitkan dengan kronisme, anak-anak ketua Menteri Sarawak).



HARGA KERETA
• Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

BN mempunyai alasan kukuh untuk MENAWARKAN dan MENJANJIKAN kadar penurunan gradual. Rafizi Ramli perlu akui beliau MENCIPLAK IDEA penurunan harga kereta dari Dasar Automotif Nasional.

Kesilapan Pengarah Strategik PKR ini adalah TIDAK MELIHAT dan MEMPERTIMBANGKAN KESAN UTAMA kepada isu industri kereta terpakai, insuran dan lain-lain.



TOL
• Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat

Bakal menjadi medan Rafizi Ramli untuk membuktikan syarikat-syarikat konsesi sudah membuat keuntungan yang berlipat kali ganda. Pembangkang BAKAL JAHANAM jika BN buat keputusan untuk MANSUHKAN tol jalan pinggir bandar. PR akan berhadapan dengan masalah besar.



6. PENDIDIKAN PERCUMA
• Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas
• Berikrar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
• Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20%
• Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah
• Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi
• Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam
• Memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet

Dijangkakan Rafizi Ramli akan mengasak habis-habisan PENDIDIKAN PERCUMA dan PTPTN. Timbul sedikit masalah memandangkan BUKU JINGGA tidak menyebut untuk MEMANSUHKAN PTPTN. Anwar Ibrahim juga tidak boleh lari dari isu ini kerana beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan dan meluluskan PTPTN sewaktu dalam UMNO.



BR1M
• Memperuntukkan RM6.4 bilion pada 2012-2013 untuk BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan

Serangan dilakukan seperti biasa. Mengaitkan dengan isu rasuah politik namun pembangkang TERPALIT juga dengan banyak rasuah-rasuah politik dalam Manifesto PR. Rakyat sudah lama pertikai Manifesto PRU 2008 yang GAGAL DITUNAIKAN HAMPIR 89 PERATUS.



PERUMAHAN
• Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
• Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
• Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan
• Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
• Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
• Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
• Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
• Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet
• Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

Tawaran BN cukup luar biasa. Dijangkakan Tony Pua akan MENAMBAH LAGI TAWARAN dalam Manifesto PR. Berkemungkinan Manifesto diperingkat negeri, terutamanya Selangor.





6 comments:

Anonymous said...

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

Anonymous said...

merepek apa tah

Anonymous said...

lee kuan yew ex pm singapura pun pernah berkata yg maksudnya lebih kurang seperti yg anon 12.45 AM komen,segalanya mungkin dalam politik.

Anonymous said...

Yehhh..Pakatan tak boleh menang pilihanraya tapi BN bakal kalah PRU kali ini.Tunggu dan lihat.BRIM3 berjumlah RM1200 bila boleh bagi?hehehe.

Anonymous said...

RAKYAT MATA DUITAN..ANGKARA PEPATAH BAPAK BOREK ANAK RINTIK.PADAN MUKA AKU WEHHH.

Anonymous said...

Pkr..party kacau rakyat party kelentong rakyat party kentut rakyat party kibas rakyat party apa lg ..hmp smu aku kencing ha ha ha