Tuesday, April 30, 2013


Anwar CUKUP TERDESAK sehingga sanggup melakukan PENIPUAN terhadap KAJISELIDIK yang telah dijalankan.





Kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dipertikaikan ramai pihak, terutamanya daripada kalangan golongan intelektual di negara ini.

Pertikaian itu dari sudut ‘TIMING‘, jumlah PERSAMPELAN dan NIAT pengendali UMCEDEL itu.

Profesor Dr Azmi Hassan, Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempertikaikan dari sudut jumlah persampelan yang tidak mewakili aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

“Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010 peratus daripada jumlah pengundi,” - Profesor Dr Azmi Hassan.

Fakta yang PALING MEMALUKAN ...

1) Sebahagian BESAR borang kajiselidik telah diisi oleh PELAJAR-PELAJAR di dalam dewan kuliah sahaja.
2) Sampel kajian juga tidak menyeluruh kerana ia lebih MENSASARKAN golongan pelajar yang MENYOKONG Anwar Ibrahim.
3) Sampel yang mengambilkira PELAJAR-PELAJAR SEMENANJUNG sahaja juga TIDAK mencerminkan kajian yang menyeluruh.



Kajiselidik yang dibuat oleh badan-badan akademik atau 'THINK TANK' yang lain sebelum ini lebih BANYAK memihak kepada DS Najib dan BN.



Kita bercakap mengenai ANALISIS yang dilakukan TIGA 'THINK TANK' TERBESAR yang turut dijadikan BAHAN RUJUKAN oleh pembangkang selama ini ... ASLI, THE ECONOMIST INTELLIGENCE UNIT dan MERDEKA CENTER.

Ini yang dipertikaikan dan dikritik oleh ramai penganalisis ...

Mengapa Anwar hanya MENGGUNAPAKAI kajiselidik dari UMCEDEL ? Siapa Di sebalik UMCEDEL ?




UMCEDEL adalah alat perang saraf yang berpihak kepada Anwar Ibrahim. Pengarah UMCEDEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman adalah bekas Ketua Biro Tugas Khas Ketatanegaraan ABIM pada tahun 1995/97.

Dr Mohamad Redzuan juga adalah salah seorang Exco WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), NGO Islam yang dipimpin oleh sahabat baik Anwar, Dato’ Dr Siddiq Fadzil.

Dr Siddiq yang merupakan bekas Presiden ABIM selama empat penggal bermula pada tahun 1983 merupakan orang kepercayaan Anwar untuk menjustifikasikan kemasukan Anwar ke dalam UMNO.

Ketika itu, selain daripada menjadi Presiden ABIM, Dr Siddiq turut dilantik menjadi panel pemikir di badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) dan turut diberi kolum menulis di Berita Harian, kolum Minda Melayu Baru.

Maka tidak hairanlah hasil kajiselidik UMCEDEL memihak kepada Anwar.



Namun begitu, bukan hanya KAJISELIDIK UMCEDEL menjadi bahan PEMBOHONGAN Anwar Ibrahim ...




Anwar Ibrahim JUGA CUKUP terdesak sehingga melakukan PEMBOHONGAN dalam blog beliau tentang kajiselidik siapa yang layak jadi PM. Laman web rasmi Anwar menggunakan “hardcoded numbers” untuk menunjukkan beliau lebih mendapat sokongan.

Pelik ...

Mengapa badan-badan NGO bagi pilihanraya umum, seperti PEMANTAU tidak mahu melakukan SIASATAN kegiatan PENIPUAN laman web rasmi Anwar Ibrahim?



4 comments:

Anonymous said...

BERSIH menuntut:

1 Bersihkan SENARAI PENGUNDI dari pengundi2 yang dicurigai / bertindih nama.
2 Mereformasikan UNDI POS dengan lebih bebas & telus.
3 Gunakan DAKWAT KEKAL elak penipuan pengundian berulang2 seperti sebelum ini.
4 Akses MEDIA ADIL DAN BEBAS.
5 Kebenaran MASA KEMPEN minima 21 hari.
6 Kukuhkan INSTITUSI AWAM bertindak secara professional & neutral,
7 Hentikan segala bentuk RASUAH dalam pilihanraya dan kerajaan.
8 Hentikan POLITIK KOTOR yang diluar batas perundangan, demokrasi dan moral.

Kita, rakyat, inginkan pemilihan kepimpinanan Negara dilaksanakan secara sempurna berdasarkan prinsip demokrasi dan Perlembagaan. Hormati hak rakyat. Rakyat perlu bebas dari kongkongan UMNO/ Tyrany Govt seperti di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya, Algeria, Syria, dll.

Apakah UMNO sedang bermusuh dengan Rakyat?
Atau pihak2 macai2 upahan dan agen2 Lanun UMNO sedang bertindak melampau, ganas & keji secara mafia/ gangsterisme / ala-gestapo / dictator terhadap rakyat???

Anonymous said...


1M..Najib ...tuntutan BERSIH : "Janii Tak DiTepati"

Anonymous said...

Dol,

Baca ke tak posting nih? banyak bukti kat atas tuh...kata nakkan ketelusan...haa, nah...check balik ketelusan anwar tuh...

Anonymous said...

Fuyyooo...paranoid gila lu. Tyranny govt like middle east?? Huyyoo... habis la kita kali ni..dowh. Gestapo mapiau sume ada dlm kepala hotak lu...gile n.ajis & nuar dah brainwashed lu...camne dia cuci otak lu? Angkat masuk mesin basuh ek?? Gerenti punye nih. Mesin brand apa bai??? Tishiba kot...ek