Saturday, April 13, 2013


Pengerusi DAP, Karpal Singh mula bimbang dengan senario perebutan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang kerana ia boleh mengundang kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, wujudnya pertembungan sesama parti pembangkang di satu-satu kawasan ia sudah pasti menyukarkan pakatan itu mencatatkan keputusan yang lebih baik.

DAP terajang PKR, PKR sepak PAS, PAS flying kick PKR, PKR terajang DAP ... RAKYAT DAH MULA KETAWA


"Dalam bab pengagihan kerusi yang menjadi perbualan ketika ini, perlu ada sikap tolak ansur tentang parti mana yang layak bertanding di sesuatu kawasan.

"Ini perlu supaya situasi pertembungan sesama sendiri dapat dielakkan walaupun tidak semua akan berpuas hati," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut perebutan kerusi yang berlaku dalam pakatan pembangkang di beberapa negeri khususnya membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

5 comments:

Megat Alam Gempita said...

Kalau PAS nak ganti UMNO dan memperjuangkan apa saja yang mereka inginkan, bertandinglah di dua pertiga atau 148 kerusi Parlimen atau lebih lagi dan menang 148 kerusi dalam PRU 13 ini. Pastikan 148 ahli Parlimen PAS semuanya Muslim!

Kalau 2008 dulu PAS bertanding 66 kerusi. Tetapi kini bertanding 76kerusi Parlimen, 1 atau 2 kerusi pun diberi kepada bukan Islam. Itu pun gaduh rebut kawasan, macamana nak perintah dan tegakkan hudud dan Negara Islam?

Anonymous said...

sokong megat alam
kalu pas boleh bertanding 148 dan peratus menang 97 % aku pun teringgin nak pangkah PAS.
bukan setuju sangat pun dengan BN nih tapi dalam keadaan sekarang BN yang terbaik dan boleh dipercayai..
bab Setopa Clubman tu biar urusan kubur dia..

yob said...

Betul tu bro.bagi aku tiada cacatnya perjuangan umno.perjuangan umno untuk kelansungan(survival) melayu seiring dengan islam.sudah termaktub dlm perlembagaan umno Fasal 3.3 menyatakan akujanji umno menegakkan mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi.jangan sangsi tentang perjuangan islam dalam umno.jikalau ada pihak mempertikaikan umno tidak perjuangkan islam mereka silap malahan ianya satu fitnah.umno wujud kerana bumi ini bumi melayu dan asalnya Tanah melayu.melayu dan islam tidak boleh dipisahkan.itu jasa besar umno dalam perlembagaan yg menyatakan seorang melayu itu mesti islam.bayangkan jika umno tidak berbuat demikian melayu akan menjadi seperti bumiputera lain seperti iban yg ada sesetengah kristian dan sesetengah muslim.sanggupkah kita melihat persatuan kristian melayu?mujur umno telah memeterai melayu mesti islam.jika tidak gugur melayunya.perjalanan umat melayu islam masih jauh.umno memerintah masih muda 55 tahun.kalau manusia masih belum berpencen.mungkin perlaksanaan syariat islam belum seperti apa yg kita mahu.melayu masih lalai dgn maksiat.walaubagaimnapun ianya banyak berbeza berbanding sebelumnya.aku tetap yakin perjuangan umno terhadap islam dan aku akan terus menyokong perjuangan umno dan membantu umno sehingga umno melaksanakan sepenuhnya syariat islam termasuk hudud.aku tak perlukan pas untuk perjuangkan islam.aku yakin perjuangan islam dalam umno.aku yakin umno yg akhirnya melaksanakan hudud bukannya pas.bak kata pm kita najib.InsyaAllah hudud akan dilaksanakan bila sampai masanya.

Anonymous said...

Saya betul-betul bersetuju dengan pendapat Saudara Yob! Inilah hakikat yang sebenarnya. Akan terus bersama kerajaan yang sedia ada.

Anonymous said...

Kita hanya boleh memilih satu antara dua utk menjaga survival bangsa Melayu ditanahair sendiri, BN atau PR (pakatan haramjadah).

Dah tentulah pilihan saya adalah BN; dari 'dulu, kini dan selamanya'.

Lupakanlah PAS dan PKR, mereka hanya bersekongkol dgn DAP utk melenyapkan bangsa Melayu dari sejarah Malaysia dlm jangka panjang.