GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/18/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Eksklusif ... Hadi Awang JAWAB ISU UMNO KAFIR ... Sebarkan

| Tuesday, December 18, 2012



Majlis Agama Islam Kelantan - Keputusan Jemaah Ulama' Kelantan Mengenai Masalah Kafir Mengkafir

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya di Negeri Kelantan.


Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1) Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan UMNO- Barisan Nasional)

2) Haram dimakan daging binatang sembelihan orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah sembelihannya.

3) Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

4) Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan UMNO- Barisan Nasional).

5) Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6) Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas.

8) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan amalan itu daripada mereka.







Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1) Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.
2) Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.
3) Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik - Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.
4) Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff - 383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.
5) Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - Maahad Muhammadi,Kota Baru.
6) Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.
7) Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - Iman Besat Masjid Muhammadi.
8) Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan (JASA) Lundang,Kota Baru.







Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.




(Isi kandungan surat MAIK ini telah ditaip semula oleh penulis Mohd Asri Mohd Zain bagi memudahkan pembaca membacanya dengan lebih jelas)



sumber : TITIK PIKIR







Mengapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang masih terus membisu tidak mahu menjawab isu amanat UMNO kafir yang telah dikeluarkan beliau.



Anwar MENGAMUK Lagi ... Berita Yang Diterima BANTUTKAN LAGI USAHA MURNI Beliau

|




Berpuluh-puluh ahli Parlimen Britain menandatangani satu surat terbuka yang disiarkan semalam bagi menentang hasrat kerajaan memperkenalkan perkahwinan sama jenis.

Mereka yang terdiri daripada ahli Dewan Rendah dan Dewan Tinggi Britain menandatangani surat itu kepada akhbar The Daily Telegraph dengan memberikan amaran kepada kementerian terlibat bahawa mereka tidak mempunyai mandat untuk `mentakrifkan semula’ maksud perkahwinan.

Tindakan kerajaan itu bagaimanapun menyaksikan `keretakan’ dalam Parti Konservatif yang diwakili Perdana Menteri, David Cameron apabila menyaksikan sebanyak 35 ahli Parlimen dari parti tersebut turut menandatangani surat terbuka berkenaan. - UTUSAN MALAYSIA, 18 Disember 2012




Ditengah masyarakat mengalami berbagai masalah sosial, LGBT tetap menjadi pilihan Anwar Ibrahim dalam mengketengahkan hak dan kebebasan golongan homoseksual.

Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan beliau adalah simbol dan ikon golongan LGBT.

Bukan calang-calang pemimpin yang mampu memberi ceramah agama mahupun berkhutbah ini, dalam pada masa yang sama mendapat pujian dari golongan LGBT dari seluruh dunia.

"ProGay also sees the legal victory as a positive step for lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) rights in Malaysia." - TEMPO, 11 Januari 2012

Apa yang diperjuangkan Anwar Ibrahim juga adalah perjuangan Pakatan Rakyat kerana sehingga kini rakan parti DAP tidak pernah menolak isu LGBT yang diperjuangkan oleh Anwar.

Perjuangan murni Anwar dalam memartabatkan golongan LGBT juga merupakan sebahagian dari perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Walaubagaimanapun, Ketua Pembangkang itu berkata undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum. - FREE MALAYSIA TODAY, 18 Julai 2012

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang beragama Islam seharusnya sudah mampu membuka mata seluas-luasnya apa yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim ke dalam sistem sosial di Malaysia.


Masih banyak isu dan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang namun isu LBGT tetap menjadi pilihan utama perjuangan suci Anwar Ibrahim.

Anwar mungkin kecewa menerima berita kurang menyenangkan ini dari sahabat di Britain.

Apapun GWM ucapkan selamat maju jaya kepada Anwar Ibrahim selaku pejuang hak asasi golongan pedang lawan pedang ini dan karipap lawan karipap.

Anwar Ibrahim diminta jangan berputus asa, kuatkan semangat ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU