Ulama PAS dilihat semakin tidak berfungsi apabila hanya berdiam diri dalam isu "Amanat Hadi 1981" malah membiarkan ahli-ahlinya terus terkeliru.
Sehingga kini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat terus membisu walaupun semakin ramai ahli parti itu yang tampil menyatakan kekesalan ekoran terpengaruh dengan hujah mengkafirkan Umno lebih 30 tahun.
Artikel Mingguan Malaysia bertajuk 'Wajarkah Hadi, ulama PAS terus membisu?' menyifatkan perkara tersebut tidak wajar dianggap isu yang basi kerana jelas dakyah Hadi itu telah merasuk pemikiran penyokong PAS untuk terus membenci Umno.
Ia dibuktikan dengan pengakuan bekas-bekas ahli PAS yang sebelum ini bertindak taksub berdasarkan amanat itu sehingga sanggup membelakangkan syariat Islam.
Dilaporkan pendedahan tentang sikap seorang imam yang enggan menguruskan jenazah 'orang Umno', memulaukan imam-imam yang dilabel pro-Umno, malah membina masjid berasingan kerana tidak mahu menyertai aktiviti keagamaan kerana amanat itu.
"Apakah dengan menganggap isu basi maka ia mampu menebus dosa-dosa yang terjadi akibat kelahiran amanat tersebut?
"Kepada ulama-ulama PAS, mereka harus bertanggungjawab menasihatkan Abdul Hadi untuk membuat tindakan yang betul supaya mereka tidak dilihat 'tumpang sekaki' menanggung dosa akibat kepercayaan penyokong PAS kepada amanat berkenaan," memetik artikel itu.
Gesaan supaya Hadi membuat pengumuman terbuka menarik balik amanat tersebut turut disuarakan pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Saa'mah demi kesejahteraan umat Islam di negara tanpa mengira fahaman politik.
Tambah Abdullah lagi, Hadi akan menanggung segala dosa perpecahan kaum yang berlaku kepada umat Islam kerana terpengaruh dengan amanatnya itu.
"Perbetulkan, rombak balik amanat itu. Cakap dulu. Kalau tidak perbetulkan maka dia bertanggungjawab, berdosa kerana memecahbelahkan orang Islam.
"Jika tidak tarik balik, orang Islam akan jatuh dan akan terus berpecah belah," katanya mengulas lanjut isu ini.
Justeru dijangkakan PAS akan berhadapan dengan kerugian besar dengan hukuman rakyat yang semakin sedar dengan ketamakan kuasa politik sehingga sanggup mempertahankan perkara yang jelas salah dari sudut akidah, kata artikel itu lagi.
"Abdul Hadi bertanggungjawab untuk menarik balik amanat itu kerana adalah tidak wajar jika benar beliau sudah tidak berpegang kepada amanat itu, beliau terus membiarkan penyokong-penyokong mempercayai amanat tersebut masih relevan sehingga ke hari ini."
1 comments:
Ni lah dia antara ramai-ramai Ulama Pendusta di akhir zaman.
Post a Comment