Friday, December 7, 2012


KUANTAN 7 Dis - Ketika kebenaran diberi kepada projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materia Plant (LAMP) beroperasi di kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang awal November, rata-rata masyarakat sebenarnya telah menerima kewujudan kilang itu.

Ramai yang menentang pada awalnya terutama kaum bukan Melayu, kini dilihat mula berlembut.

Hakikatnya, LAMP yang disahkan tidak melanggar mana-mana peraturan di dalam mahupun di luar negara sebelum ini, dibenarkan beroperasi pada 8 Nov selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.

"Kini rakyat khususnya kaum Cina di sini, sudah mula akur dan yakin dengan ketetapan yang dibuat. Pembangkang diminta jangan terus mempolitikkan isu Lynas untuk menjatuhkan imej kerajaan semata-mata bagi mengaut undi," katanya.

"Kilang itu juga akan menjadi hab untuk aktiviti hiliran nadir bumi seperti televisyen, skrin komputer, telefon bimbit hinggalah kepada lampu yang menjimatkan tenaga, mesin imbasan magnetik dan juga komponen kenderaan," katanya.
 



Read More, DAP KIAN TERDESAK

0 comments: