Hishammuddin CABAR Anwar ... Kalau Ada TELOR Tunjuk BUKTI LA BACUL
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan terdapat 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia bermotif politik.
Katanya dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.
"Mengapa dibawa sekarang, mengapa jumlah itu dibesarkan sehingga 300,000, ia merupakan jumlah yang tidak ada asas langsung," katanya kepada pemberita selepassesi Perjumpaan Menteri Bersama Peserta Kursus Outreach Top 5 Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KDN, di sini, Isnin.
Katanya tindakan segelintir pemimpin pembangkang untuk berdemonstrasi di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara pada Rabu ini juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu tersebut.
"...kalau betul 300,000 beri kepada kita, kita uruskan. Nak berdemonstrasi dan berkisar pada perkauman di mana satu kaum sahaja, saya tengok ada matlamat-matlamat tertentu," katanya.
Menurut Hishammuddin, melalui kempen MyDaftar yang dilancar khusus untuk menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri kaum India, sebanyak 9,529 mendapatkan borang permohonan dan 7,061 menyerahkan permohonan lengkap.
Daripada jumlah itu, 6,612 mendapat kelulusan dokumen pengenalan diri dan program tersebut masih berlangsung, katanya.
"Jumlah ini yang kita dapat dalam Program Mydaftar Kebangsaan yang dijalankan di sembilan buah negeri. Kalau tak jelas mereka (pembangkang) boleh datang jumpa kita," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-66 menafikan dakwaan pembangkang itu dengan menegaskan ia bertujuan mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan.
Read More, PEMBANGKANG HABIS MODAL
0 comments:
Post a Comment