Tuesday, December 18, 2012





Berpuluh-puluh ahli Parlimen Britain menandatangani satu surat terbuka yang disiarkan semalam bagi menentang hasrat kerajaan memperkenalkan perkahwinan sama jenis.

Mereka yang terdiri daripada ahli Dewan Rendah dan Dewan Tinggi Britain menandatangani surat itu kepada akhbar The Daily Telegraph dengan memberikan amaran kepada kementerian terlibat bahawa mereka tidak mempunyai mandat untuk `mentakrifkan semula’ maksud perkahwinan.

Tindakan kerajaan itu bagaimanapun menyaksikan `keretakan’ dalam Parti Konservatif yang diwakili Perdana Menteri, David Cameron apabila menyaksikan sebanyak 35 ahli Parlimen dari parti tersebut turut menandatangani surat terbuka berkenaan. - UTUSAN MALAYSIA, 18 Disember 2012




Ditengah masyarakat mengalami berbagai masalah sosial, LGBT tetap menjadi pilihan Anwar Ibrahim dalam mengketengahkan hak dan kebebasan golongan homoseksual.

Anwar Ibrahim tidak boleh menafikan beliau adalah simbol dan ikon golongan LGBT.

Bukan calang-calang pemimpin yang mampu memberi ceramah agama mahupun berkhutbah ini, dalam pada masa yang sama mendapat pujian dari golongan LGBT dari seluruh dunia.

"ProGay also sees the legal victory as a positive step for lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) rights in Malaysia." - TEMPO, 11 Januari 2012

Apa yang diperjuangkan Anwar Ibrahim juga adalah perjuangan Pakatan Rakyat kerana sehingga kini rakan parti DAP tidak pernah menolak isu LGBT yang diperjuangkan oleh Anwar.

Perjuangan murni Anwar dalam memartabatkan golongan LGBT juga merupakan sebahagian dari perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Walaubagaimanapun, Ketua Pembangkang itu berkata undang-undang purba (liwat) ini perlu dikaji semula untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari dihukum. - FREE MALAYSIA TODAY, 18 Julai 2012

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yang beragama Islam seharusnya sudah mampu membuka mata seluas-luasnya apa yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim ke dalam sistem sosial di Malaysia.


Masih banyak isu dan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang namun isu LBGT tetap menjadi pilihan utama perjuangan suci Anwar Ibrahim.

Anwar mungkin kecewa menerima berita kurang menyenangkan ini dari sahabat di Britain.

Apapun GWM ucapkan selamat maju jaya kepada Anwar Ibrahim selaku pejuang hak asasi golongan pedang lawan pedang ini dan karipap lawan karipap.

Anwar Ibrahim diminta jangan berputus asa, kuatkan semangat ...



0 comments: