Monday, December 17, 2012


Kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi didakwa menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun hadapan.

Turut terkena tempias kenaikkan cukai pintu termasuklah rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak yang mana golongan ini rata-ratanya mendapat sumbangan kewangan daripada sumbangan yang diberikan orang ramai.


Kordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata tambah membebankan pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya rasa benda ini tidak sejajar dengan slogan yang dilaungkan mereka (Pakatan Rakyat) yang mahu menubuhkan kerajaan berkebajikan.

"Apa kebaikannya kalau mereka buat sebegini?"


"Sepatutnya mereka bantu kebanyakan pusat jagaan yang beroperasi secara persendirian ini kerana golongan ini melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat", katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut dimaklumkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang.


"Saya amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa pihak MBSA bakal mengenakan cukai pintu 10 kali ganda ke atas penduduk Kampung Baru, Sungai Buloh dan kampung Baru Subang.

"Lebih membebankan, kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. Saya mendapat maklumat ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011, menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013", katanya.

Tambahnya, perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan seperti masalah infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah yang tidak cekap menyebabkan justifikasi kenaikan cukai pintu langsung tidak munasabah.



Read More, ANWAR PEMBOHONG








0 comments: