Laporan GFI ini sekaligus dimainkan oleh pembangkang untuk memberikan persepsi kepada rakyat Malaysia kononnya korupsi menjadi punca utama pengaliran keluar wang haram berjumlah USD 64.38 billion iaitu anggaran yang dibuat untuk tahun 2010 adalah tidak benar sama sekali.
Bukan Anwar Ibrahim jika berbohong itu tidak menjadi amalan zikir utama dalam kehidupan seharian.
Anwar yang semakin kekeringan idea akhirnya terpaksa menggunakan idea aliran keluar wang haram sebagai modal terbaru untuk terus memburukkan kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib.
Sekilas pandang, rakyat berkemungkinan akan termakan juga umpan dan tohmahan Raja Kote Bengkok ini.
Persoalannya ... apakah benar tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh Ketua Pembangkang yang menjadi igauan dan idaman penjilat tegar ahli dan penyokong pembangkang ini.
Pernahkah rakyat membaca laporan dari Global Financial Integrity (GFI) ?
Molek benar jika GWM paparkan sebahagian dari tohmahan dan fitnah Anwar Ibrahim sebelum membuktikan akal dan pemikiran beliau yang semakin tidak waras.
Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. Walaupun ini sudah diduga, namun jumlah besar wang haram yang dipindahkan keluar dari Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2010 tetap mengejutkan negara.
Sebab itu saya memulakan siri sidang akhbar mingguan saya menjelang Pilihanraya Umum 13 (PRU13) ini dengan memberi fokus kepada krisis aliran keluar wang haram. Ia menjadi bukti bahawa rasuah, penyelewengan dan tiadanya disiplin tata kelola yang telus akhirnya akan meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini.
Dalam laporannya, GFI menggariskan tiga aspek utama yang mempengaruhi jumlah aliran keluar wang haram sesebuah negara, iaitu:
1) Isu-isu makroekonomi sesebuah negara yang bersabit rapat dengan persepsi rasuah dan berleluasanya rasuah;
2) Saiz ekonomi haram dari kegiatan-kegiatan haram seperti kongsi gelap, perjudian tanpa lesen dan lain-lain; dan
3) Penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh institusi yang dipertanggungjawabkan menyebabkan tiadanya disiplin tata kelola pentadbiran ekonomi yang baik
sumber : http://anwaribrahimblog.com 20 Disember 2012
GWM paparkan analisis yang telah dilakukan oleh sebuah portal mengenai krisis aliran keluar wang haram yang berlaku di negara ini.
Aliran keluar wang haram boleh didefinisikan sebagai wang yang diperoleh, dipindah atau digunakan melalui aktiviti seperti pengubahsuaian cukai yang diisythiharkan, pengelakkan cukai secara agresif, jenayah dan korupsi.
Aktiviti pengaliran keluar wang haram didorong dengan kewujudan 'tax heavens', iaitu polisi yang diamalkan di negara-negara (territory) dalam negara tertentu yang melindungi syarikat luar yang beroperasi dalam memberikan maklumat percukaian kepada negara asal.
Sebahagian besar dari aliran keluar wang haram berpunca dari aktiviti dagangan antarabangsa yang tidak telus. Ini berlaku apabila pengeksport menggunakan invois yang memaparkan harga yang kurang dari harga yang sebenar. Manakala di pihak pengimport pula mengisytiharkan barang pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar barangan yang diimport.
Contohnya, sebuah syarikat ingin menghantar produk yang dikeluarkan ke sebuah negara lain. Bagi pemindahan wang keluar secara haram, syarikat ini akan mengisytiharkan produk yang dieksport pada harga yang lebih rendah dari harga sebenar, contohnya nilai transaksi sebenar antara pengeksport dan pengimport (proksi) berjumlah RM500,000 namun nilai yang diisytiharkan pada kastam hanyalah RM300,000.
Read More, GLOBAL FINANCIAL INTEGRITY
Rakyat khususnya cukup mudah terpengaruh dengan ucapan dari mulut seorang pemimpin pembangkang yang masih belum tamat pengajiannya sewaktu menuntut di Universiti Malaya suatu waktu dahulu.
Banyak faktor yang mempengaruhi berlakunya aliran keluar wang haram dalam sesebuah negara dan fenomena ini berlaku secara global.
Kerajaan tidak pernah menafikan berlakunya aliran keluar wang haram secara berleluasa namun tidaklah seperti yang diungkapkan oleh Anwar Ibrahim.
Bahkan Anwar Ibrahim tidak segan silu meletakkan Malaysia berada di tempat kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows).
Laporan terbaru oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. - http://anwaribrahimblog.com 20 Disember 2012
Walhal carta bagi kedudukan 20 negara dengan aliran keluar wang haram terkumpul yang dikeluarkan oleh Global Financial Integrity (GFI) meletakkan negara berada pada kedudukan ketiga, dan bukannya ditangga kedua seperti yang didakwa Anwar Ibrahim.
Namun pembohongan Anwar Ibrahim berterusan kerana menyembunyikan fakta-fakta kajian yang dilakukan oleh Global Financial Integrity (GFI).
MENA (Middle East and North Africa) had the highest growth rate of illicit capital in real terms (26.3 percent per annum on average), followed by Africa (23.8 percent), Asia (7.8 percent), Europe (3.6 percent), and Western Hemisphere (2.7 percent). The rapid growth of outflows from the MENA region was due mainly to the increase in crude oil prices, which drove the region’s current account surplus. It seems that rising oil prices provide more incentive for unrecorded flows. The finding is consistent with Almounsor (2005) who also found a significant positive link between illicit outflows and crude oil prices.
MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara) mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi wang haram dari segi sebenar (26.3 peratus setahun secara purata), diikuti oleh Afrika (23.8 peratus), Asia (7.8 peratus), Eropah (3.6 peratus), dan Barat Hemisfera (2.7 peratus). Pertumbuhan pesat aliran keluar dari rantau MENA adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam harga minyak mentah, yang meletakkan lebihan akaun semasa di rantau ini. Ia menunjukkan kenaikan harga minyak menyediakan lebih banyak insentif untuk aliran wang haram direkodkan. Kajian adalah konsisten dengan Almounsor (2005) yang mendapati ada hubungan positif yang signifikan di antara aliran keluar wang haram dan harga minyak mentah.
Anwar Ibrahim juga menyembunyikan fakta sebenar malah meletakkan rasuah dan penyelewengan sebagai bukti utama meranapkan kedudukan ekonomi Malaysia yang dibina selama ini. - http://anwaribrahimblog.com 20 Disember 2012
Anwar sebenarnya gagal untuk menunjukkan kepada umum fakta dan bukti kajian bahawa 93.51% pengaliran keluar wang haram di benua Asia berpunca dari pengubahsuaian nilai dagangan, manakala baki 6.49% lagi berpunca dari kegiatan lain seperti jenayah dan korupsi.
Bagaimana Anwar boleh berbohong mengatakan rasuah dan penyelewengan sebagai bukti utama walhal kajian yang dilakukan oleh Global Financial Integrity (GFI) menunjukkan sebaliknya ... 93.51% pengaliran keluar wang haram di benua Asia berpunca dari pengubahsuaian nilai dagangan, manakala baki 6.49% lagi berpunca dari kegiatan lain seperti jenayah dan korupsi.
Malah Anwar juga gagal mengemukakan data sebenar kajian mengenai 'trend dan penyebab utama' berlakunya aliran wang keluar wang haram yang dijalankan oleh Global Financial Integrity (GFI) kepada umum.
Pengubahsuaian harga dagangan didapati menyumbang purata 80 peratus aliran terkumpul wang haram dari negara-negara membangun dalam tempoh 2001-2010 dan merupakan saluran utama bagi pemindahan modal haram dari China dan Mexico.
China terus menjadi peneraju dunia aliran keluar wang haram, dengan kehilangan USD420.4 bilion pada tahun 2010.
Rasuah, sogokan, dan hasil rasuah terus menjadi pemacu utama aliran haram kewangan dari Timur Tengah dan Afrika Utara, manakala terkurangnya pengubahsuaian harga dagangan adalah pemacu utama aliran kewangan wang haram di rantau lain.
Sudah terang lagi bersuluh, aliran wang keluar wang haram yang berlaku di Malaysia bukanlah secara besar disebabkan oleh rasuah ataupun sogokan.
Berlakunya aliran wang keluar wang haram adalah disebabkan berpunca dari aktiviti dagangan antarabangsa yang tidak telus.
Ini berlaku apabila pengeksport menggunakan invois yang memaparkan harga yang kurang dari harga yang sebenar. Manakala di pihak pengimport pula mengisytiharkan barang pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar barangan yang diimport. (Trade mispricing).
Dan tidak hairanlah mengapa Perdana Menteri DS Najib dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar tidak mahu melayan karenah bodoh Anwar Ibrahim untuk menganggotai wacana membanteras aliran keluar wang haram yang dijangka diadakan dalam bulan Januari 2013.
Masalah paling asas ... Anwar Ibrahim tidak tahu membaca laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integrity (GFI)
Rasuah ? Sogokan ? Penyelewengan ? ... Apa yang ko merepek ni Anwar Ibrahim ...
Home
»
Anwar Ibrahim
» Aliran Keluar Wang Haram ... Bukti LEMAHNYA KEPALA HOTAK ANWAR IBRAHIM Akibat Kuat Meliwat
Monday, December 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
anwar ibrahim memang kuat menipu. apa dia tau pasal ekonomi. dia hanya jadi tukang baca skrip bapa angkat yahudi dia saja. yang dia tau bedak saham kat kroni ada la.
Sudah2 la tu nuar,,,.. Banyak btul isu baru, isu lama nak tutup le tu... X sanggup aku engko jadi pm malaysia
jordan 1 low
curry shoes
kd 12
yeezy wave runner 700
bape t shirt
yeezy
OFF-White
kd shoes
bape official
yeezy boost 380
Post a Comment