Friday, December 28, 2012


Beberapa akhbar harian telah melaporkan semalam bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kononnya telah menggesa kerajaan pusat agar membenarkan penganut Kristian di Semenanjung Malaysia untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia.

Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali, dan DAP berasa kesal kerana kenyataan Setiausaha Agung telah diputarbelitkan untuk membawa maksud yang lain.

Dalam perutusan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Natal, Setiausaha Agung tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Beliau hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia.


Read More, TUKANG BASUH BERAK CAUVINIS DAP



Sememangnya sudah menjadi lumrah dan nasib orang Melayu yang bernaung dalam DAP. Tugas dan tanggungjawab dalam parti sekadar membasuh berak para pemimpin parti COCKY, ARROGANT, TOKONG.

Sukar untuk memahami sikap dan pendirian anak kepada arwah Tan Sri Mohamed Khir Johari ini.

Bahagian mana beliau tidak memahami Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Bahagian mana beliau tidak memahami keputusan Fatwa adalah keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Memang benar, jawatan lantikan sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP memerlukan beliau untuk terus menerus mencuci najis-najis pemimpin dalam parti, namun ada batas dan hak yang perlu beliau pertahankan.

Pun begitu, Zairil Khir Johari tidak perlu berbohong untuk menyelamatkan tengkuk Lim Guan Eng yang semakin terjerut.


Terjemahan dari portal COCKY,ARROGANT, TOKONG

Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan BN Persekutuan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah pada kitab Bible dalam Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun yang lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada satu ribu tahun.



Mungkin Zairil mampu memberi penjelasan dan terjemahan yang lebih tepat ...

For this reason, DAP urges the BN Federal government to allow the use of the word Allah on the Bahasa Malaysia version of the Bible as has been allowed in Sabah and Sarawak for the last 50 years and practiced in the Middle East for more than a thousand years.

Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan BN Persekutuan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah pada kitab Bible versi Bahasa Malaysia sepertimana yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun yang lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada satu ribu tahun.

Zairil tidak perlu memutarbelitkan kenyataan 'Tokong Besar Pulau Pinang' yang sudah terjerut dengan kenyataan biadabnya.

Zairil tidak perlu berbohong mengatakan Setiausaha Agung tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia dan kononnya meminta kebenaran kitab Bible dalam versi Bahasa Malaysia untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Bukankah telah dibenarkan kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Apakah anak Pak Khir ini lupa bahawa Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan penggunaan kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Tidak sepatutnya timbul lagi persoalan meminta kebenaran kitab Bible dalam versi Bahasa Malaysia untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Persoalannya ... DAP dan Lim Guan Eng khususnya menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah pada kitab Bible versi Bahasa Malaysia untuk siapa?

Bukankah permintaan Lim Guan Eng sebenarnya untuk penganut Kristian di seluruh Malaysia.

Timbul pula persoalan mengenai pegangan agama anak arwah Tan Sri Mohamed Khir Johari ini yang terlalu mempertahankan tindakan biadab Lim Guan Eng.



6 comments:

Anonymous said...

Minta maaf..pernah hidangkan arwah Tan Sri @#%* semasa keje part time kat KL Hilton Jln Sultan Ismail tahun 80an dulu..

Kutukandewata said...

salam anon 1.50am,

janganlah sekali-kali mengungkit hal peribadi orang yang dah pergi menghadap illahi.

kita yang masih hidup ini memperbaiki diri.hablunminannas,hablunminallah.wallahualam.

Anonymous said...

Amat setuju dengan Kutukan dewata. Anon 1.50am, berilah pendapat bernas dan jangan menghina. Mungkin kita lebih dihina nanti.

Anonymous said...

Zairil ini bukan anak sebenar Allahyarham Khir Johari, cuma anak tiri saja. Ibunya bernikah dgn Allahyarham ketika Zairil berusia belasan tahun. Sebab tulah roh Islamnya amat kurang.

Anonymous said...

Saya pernah bekerja dengan sebuah keluarga Cina yang kononnya beragama Islam tetapi mengamalkan cara hidup yang langsung tidak berunsurkan Islam kecuali nama pada kad pengenalan.
Di kalangan masyarakat Cina mereka menggunakan nama Cina. Saya melihat sendiri Islam adalah topeng untuk mereka mendapatkan projek bumiputera dan tempat dalam masyarakat Melayu.
Oleh kerana saya boleh berbahasa kantonis saya memahami percakapan mereka. Mereka amat membenci orang melayu.
Sikap Zairil anak Christine Lim ini mengingat saya pada mereka.

joecharles said...

anak angkat aja bukannya anak betol pun pattlah peduli apa