Monday, December 24, 2012


DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu. Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut.

“Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini. “Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.


Read More, COCKY ARROGANT TOKONG



Semakin hampir pilihanraya umum, semakin merebak penyakit gila babi 'Tokong Besar Pulau Pinang' ini. Sekali lagi isu yang sama ditagih 'Tokong Besar Pulau Pinang' agar undi penganut agama Kristian terus terpahat pada kotak undi Pakatan Rakyat.

Cukup terdesak 'Tokong Besar Pulau Pinang' ini menagih undi setelah beberapa kerat orang Melayu penyokong tegar DAP terus menerus 'diharamjadahkan' ... hanya sekadar tukang sapu sampah dan tukang basuh berak untuk parti chauvinis ini.

Semakin mustahil DAP akan mendapat undi daripada orang Melayu. Jawatan dalam CEC diberikan sekadar malu alah melihat ramainya mata sepet mengungguli jawatan dalam CEC. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk mengelakkan sokongan dan undi orang Melayu dari terus hilang dalam dakapan.

Kitar semula isu kalimah Allah agar sokongan dan undi penganut Kristian tidak berpaling ke arah Barisan Nasional.

Namun begitu 'Tokong Besar Pulau Pinang' ini terlepas pandang atau barangkali terlupa isu kalimah Allah ini sebenarnya sudah lama terjawab oleh Paderi Kristian itu sendiri sebenarnya.




Paderi Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan bahawa kepenggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu, adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.

Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan dalam membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.

Menurutnya, polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.

"Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi 'Yahweh' sebagai 'Lord' dan Elohim sebagai 'God' atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.

Paderi Gereja Baptist Australia, Pastor Brutus Balan

"Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza," kata beliau melalui laman sosialnya, di Facebook.

Dalam laman itu, paderi berusia 61 tahun itu turut menjawab dan menjelaskan pelbagai persoalan yang ditimbulkan orang ramai terutama penganut Kristian dan Islam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah di negara ini.

Kontroversi itu tercetus berikutan bantahan umat Islam berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada 31 Disember tahun lalu.

Balan dalam memperkukuhkan hujahnya juga bertanya, bolehkah penganut Kristian dalam kalangan bangsa India menggunakan perkataan 'Brahma' untuk God dalam kitab Injil apabila diterjemahkan dalam bahasa Tamil.

"Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk sifat suci ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak.

"Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil.

"Kita semua manusia yang mempunyai matlamat sama. Kita tidak menentukan keturunan kita, tetapi kita boleh memilih kepercayaan kita. Kita boleh membincangkannya secara bebas tanpa rasa bimbang atau terancam," katanya yang menjadi paderi di Australia sejak 32 tahun lalu.

Sehubungan itu, tambah beliau, kita tidak mempunyai pilihan lain, sebaliknya kita mestilah memilih untuk hidup dalam keadaan aman damai bersama jiran kita.

"Semua pihak perlu hidup dalam keadaan aman dan kasih sayang kerana keganasan dan tekanan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak," tambahnya yang berasal daripada Kuala Lumpur dan kemudiannya berhijrah ke Australia pada 1972.


sumber : BERITA HARIAN, 20 Januari 2010



Jika diikutkan perkembangan mutakhir apa yang berlaku kepada PAS, tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku demi matlamat menghalalkan cara.

Mungkin juga bantuan Pastor Khalid Samad dan Pastor Dzulkefly Ahmad amat diperlukan bagi mencanang kembali isu kalimah Allah ini boleh digunapakai demi sokongan dan undi yang mutakhir.

Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Pastor Khalid Samad dan Pastor Dzulkefly Ahmad ...

Khidmat Pastor Khalid Samad dan Pastor Dzulkefly Ahmad cukup hebat lebih-lebih lagi melibatkan isu kesamarataan 'plularisme' dan 'liberalisme' ... kononnya.

Barangkali, juak juak Pastor ini lupa dengan teguran Timbalan Mursidul Am PAS. Barangkali juga kerana mereka lupa dengan nasihat dan teguran dari Dr Haron Din ...







Atau barangkali Pastor Khalid Samad dan Pastor Dzulkefly Ahmad perlu mendengar pula pandangan dan kajian oleh Timbalan Mursidul Am PAS ini.





Atau barangkali Pastor-Pastor dalam PAS ini buat buat lupa dengan nasihat dan teguran Ustaz Taib Azamuddin ...







Apakah sedutan klip di atas memungkinkan PAS akan di'baptis'kan Akibat terlalu mencari kepentingan sokongan dan demi sebuah undi ... atau terlalu cuba menunjukkan ISLAM juga liberal sehingga sanggup melacurkan Islam itu sendiri demi sokongan dan undi.

PAS pasti tersepit ... lambaian dan panggilan 'Tokong Besar Pulau Pinang' perlu dijawab. Jika tidak nahas menanti.

Barangkali ularmak-ularmak dan Pastor-Pastor PAS sudah menjumpai satu kaedah paling sempurna untuk menghalalkan kembali penggunaan kalimah Allah ini.

Rakyat perlu menunggu permainan seterusnya ...



1 comments:

Anonymous said...

Salam wbt to all muslim

The request made bt tokong sesat guan eng tak payah di layan or di beri pertimbangan. Dia berani cakap buat permintaan yg tolol ni kerana mendpt backing dari mursyidul sesat nik aziz. Apele ke bongok si nik aziz ni, YBhg Dato Haron Din dan YBhg Ustaz Taib Azamuddin (both are Senior PAS Members) have clarified that kalimah ALLAH is reserved for MUSLIM only.