Sunday, December 16, 2012


DAP yang selama ini berusaha untuk tampil sebagai parti pelbagai kaum hari ini menampakkan wajah cauvinis apabila tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Dalam pemilihan yang berlangsung sempena Kongres DAP Kebangsaan Ke-16, calon Melayu yang mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 348 undi, Senator Ariffin S. M. Omar hanya berada di tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor dan mendapat 327 undi untuk berada di tangga ke-38.

"Kami Sokong Melayu Dalam DAP" barangkali itulah lambaian pemimpin Melayu Pakatan Haram yang tetap akan basuh berak bos mereka ... DAP

Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.


1. LIM KIT SIANG -1607
2. LIM GUAN ENG -1576
3. KARPAL SINGH - 1411
4. CHONG CHIENG JEN- 1211
5. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202
6. WU HIM VEN (VINCENT) - 1202
7. TAN KOK WAI -1199
8. GOBIND SINGH DEO - 1197
9. PUA KIAM WEE (TONY)- 1162
10.TENG CHANG KHIM- 1152
11.FONG KUI LUN- 1137
12.NGA KOR MING -1075
13.CHONG ENG- 1006
14.CHOW KON YEOW- 986
15.LIEW CHIN TONG- 984
16.M. KULA- 984
17.BOO CHENG HAU- 958
18.KOK SUH SIM (TERESA) -925
19.TEO NIE CHING -903
20.NGEH KOO HAM - 824

(senarai nama pemimpin Melayu dalam DAP)

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).


Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata pemilihan itu juga tidak berlandas kepada kebolehan dan pengalaman calon dalam memperjuangkan parti.

"Belum ada perubahan di situ. Keputusan hari ini takde seorang pun calon Melayu... Mungkin pemimpin atasan yang bertanding mesti nak jaga kepentingan masing-masing, bukan kepentingan parti," katanya.





Usah kata orang Melayu, kaum India dan keturunan Sikh pun turut mengalami diskriminasi dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Memandangkan Mat Sabu, Mahfuz Omar, Khalid Gereja dan Dzulkefly Ahmad mempunyai hubungan paling akrab dengan chauvinis DAP ... dengan secara hormat diminta juak-juak ini dan ahli PAS berketurunan Melayu keluar parti bagi menyertai DAP sebagai simbolik kepada tertegaknya prinsip "Malaysian Malaysia",

Mampu ... ???



0 comments: