Kita Perlu Gerakkan OPPOSITION SPONSORED CHAOS - Anwar Ibrahim
Sudahpun dibincangkan banyak kali di dalam mesyuarat strategik PKR – PRU ke 13 tidak akan mampu dimenangi oleh pembangkang TANPA wujudnya suasana kekacauan dan huru-hara.
Ini sudah dibentangkan banyak kali. Dalam mesyuarat, mereka pakai singkatan OCS. Puas juga nak dapat tahu maknanya. Tapi kebetulan seorang budak AMK yang maklumkan – Opposition Sponsored Chaos.
Kejayaan HINDRAF dalam mempengaruhi undi orang India sebelum PRU12 adalah suatu contoh di mana suasana kekacauan akan memberikan kelebihan dan advantage kepada pembangkang.
Ini yang sedang dirancang dan disusun secara strategik.
Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan berikutnya memang mempunyai matlamat ini.
Namun, Bersih akan menggunakan strategi lain. Apa yang perlu disampaikan oleh Bersih dan ditanam dalam minda rakyat adalah perkara-perkara seperti berikut:-
Membenih semangat ‘menentang’ the kerajaan;
Menanamkan imej buruk kepada agensi dan kerajaan;
Meletakkan pihak penguatkuasa sebagai ‘vultures’ dan mempunyai agenda jahat;
Kerajaan vs. Rakyat;
Wajah berbilang kaum yang anti kepada kerajaan.
Bersih sebenarnya adalah by-product kepada HINDRAF. Namun HINDRAF terlalu HINDU CENTRIC. HINDRAF gagal menarik undi pelbagai agama/bangsa.
Ambiga memang berjaya di peringkat awal. Namun apabila respons yang dibuat oleh NGO Melayu menampilkan Ambiga sebagai India – semuanya gagal.
Ini yang buat Anwar banyak tak puas hati. Sampaikan satu peringkat, Samad Said dibawa masuk sebagai wajah Melayu kepada Bersih.
Nampaknya, OCS ini adalah sesuatu yang memang boleh memberikan dividen politik kepada pembangkang.
Berdasarkan tinjauan rambang dalaman yang dilakukan PKR, sementara Bersih 1.0 mampu menarik hampir 1.2 juta undi; pelaksanaan seterusnya tidak menzahirkan traction undi yang sama.
Malahan, wujud trend pengurangan undi. Kalangan yang menyokong sebelum ini terasa seperti dipergunakan oleh kelompok ini.
Inginlah diingatkan, rakyat jangan berasa risau sangat dengan apa yang berlaku – tidak kiralah di mana pun; Jinjang ke, Taman Medan ke, Taman Melati ke, Sungai Petani ke – kita perlu mencari sebab yang nyata.
OCS ini agenda yang sangat licik di kalangan pembangkang.
Demikian juga apa yang berlaku di Gombak – sama sahaja. PKR memang hebat bab psy-war ini. Kena ingat tu.
sumber : GELAGAT ANWAR
0 comments:
Post a Comment