Friday, December 28, 2012


Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid mahu semua pihak terutamanya orang bukan Islam berhenti membuat sebarang kenyataan atau desakan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Beliau berkata, pengunaan kalimah Allah telah difatwakan haram serta dilarang digunakan oleh bukan Islam seperti yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Ketua Agama Islam Negeri sebelum ini turut menitahkan pengunaan kalimah Allah oleh mana-mana agama selain Islam adalah haram.


Polemik mengenai kalimah Allah perlu dihentikan kerana Sultan Selangor telah menitahkan isu tersebut tidak lagi perlu dibangkitkan, jadi mengapa masih lagi dijadikan bahan perbincangan sehingga kini.

Dalam Bible terdapat konsep tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Dilihat konsep itu, ia adalah jauh berbeza serta bercanggah dalam Islam di mana Allah itu Yang Maha Esa" katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas yang mendesak kerajaan Pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun yang lalu.


Mohd Tamyes berkata umat Islam perlu menghayati surah Al-Ikhlas yang menerangkan keesaan Allah Taala dalam membuat pertimbangan berhubung isu tersebut.

Katanya, surah itu menyatakan tuhan ialah Allah Yang Maha Esa yang menjadi tumpuan sekelian makhluk.

Tambah beliau lagi, surah itu menyatakan Allah tidak beranak dan tidak pula diberanakkan dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.


sumber : UTUSAN MALAYSIA



Pakatan Rakyat memang cukup unik ...

Uniknya kerana pemimpinnya mampu melahirkan beberapa amanat yang akan diikuti secara membabi buta oleh penyokong dan ahli parti masing-masing.

Jika Hadi Awang mengeluarkan amanat PAS menjatuhkan hukum kafir terhadap UMNO, Guan Eng juga tidak mahu mengalah malah mampu mengeluarkan amanat DAP.

Amanat-amanat ini cukup rapi strategi dan penyusunan yang dilakukan untuk melihat reaksi orang Melayu.

Amanat Hadi Awang lebih menjerumus kepada memutuskan silaturrahim di antara orang Melayu demi sokongan dan undi terhadap PAS.

Cuma agak berbeza Amanat Guan Eng ini lebih menjerumus kepada perancangan besar DAP dalam penyuburan agama Kristian di negara ini.



1 comments:

Sudir said...

Ok jugak amanat Kalipah Lim ni.. Kalau amanat Hadi mengkafirkan orang, amanat Kalipah Lim ni mengislamkan orang..