Wednesday, December 26, 2012


PAS dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan tersebut disifatkan sebagai sengaja mahu mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di negara ini.

“PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

“Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng), sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

“Tapi terpulang kepada kerajaan (Persekutuan), kalau nak buat. Bagi PAS, kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu,” katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.

“Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda.

Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

“Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ia sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik,” katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.


Read More, ANWAR KATA KALIMAH ALLAH HAK KRISTIAN



'Tokong Besar Pulau Pinang' pasti kecewa memandangkan Anwar Ibrahim sudah menjadi syaitan bisu dalam bab ini.

Kemana menghilangnya Anugerah Tuhan dan Dewa PKR ini?

Tidak mahukah beliau terus menerus mempertahankan pendirian tegasnya penganut agama Kristian berhak menggunakan Kalimah allah dalam Bible?

Pemimpin Melayu mana yang begitu gah menghalalkan Kalimah Allah ini dilacurkan demi sokongan dan undi dari penganut agama Krisitian jika tidak Anwar Ibrahim.

Inilah akibatnya jika akal fikiran turut sama herot seperti kote bengkoknya ...



Para ulama dan ilmuwan Islam jelas menolak dan memberikan hujah dan pandangan berdasarkan Al Quran dan Hadis. Termasuklah Timbalan Mursidul Am PAS, Dr Haron Din dan Ustaz Taib Azamuddin menolak bulat-bulat kegiatan pelacuran agama yang dilakukan oleh Anwar.





Rakyat boleh memahami mengapa Dr Haron Din dan Taib Azamuddin turut menolak Kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

Bagaimana pula dengan pandangan dan hujah yang diberikan oleh seorang Paderi Australia, Paderi Gereja Baptist bernama Pastor Brutus Balan.


"Penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan kekeliruan bagi penganut Islam Melayu dan Kristian sendiri dengan Tuhan mana satu yang dirujuk sebagai Allah kerana kedua-duanya merujuk aspek ketuhanan berbeza," kata beliau melalui laman sosialnya, di Facebook. "Jadi, biarlah penganut Islam menggunakan kalimah Allah bagi merujuk sifat suci ketuhanan mereka dan orang Kristian tidak wajar melakukan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam atau terus mendesak. "Penganut Kristian wajar mengenal pasti dan membezakan doktrin dan kepercayaan mereka serta tidak menggunakan istilah yang diambil daripada perkataan Arab untuk diterjemah dalam kitab Injil. - BERITA HARIAN, 20 JANUARI 2010.



Jika seorang paderi Kristian tahu penggunaan Kalimah Allah di dalam Bible boleh mencetuskan provokasi terhadap sensitiviti penganut Islam ...

Siapa Anwar Ibrahim yang begitu dangkal ilmunya mahu menghalalkan Kalimah Allah digunakan di dalam Bible?

Anwar Ibrahim pastinya berang dengan gelagat Mohamed Daud Iraqi dan Nasrudin Hassan Tantawi yang jelas sudah 'potong stim' dalam menarik sokongan dan undi dari penganut agama Kristian.

Khidmat Pastor Khalid Samad dan Pastor Dzulkefly Ahmad dalam PAS amat diperlukan dalam situasi yang kritikal ini.

Sia-sia perjuangan suci murni Anwar Ibrahim selama ini menghalalkan Kalimah Allah dilacurkan oleh DAP dan ekstrimis penganut agama Kristian.

Barangkali Anwar Ibrahim perlu mendapatkan khidmat pemimpin tertinggi dalam PAS.


Mampukah syaitan-syaitan bisu ini menghulurkan bantuan kritikal ... demi Anwar, demi DAP ... demi Pakatan Rakyat.



2 comments:

Anonymous said...

anak haram punya ucapan

Anonymous said...

Tujuan Berpolitik:
DAP memperjuangkan Hak Kaum Cina
PKR menghakis hak Melayu Bumiputra
PAS Tukang pecahbelah perpaduan UMAT
Kalau PR Menang-melayu/Bumiputra nak kemana?
Hapapkan PAS- duduk le kita besila dengar ceramah
PKR,-boleh harap pasal api2kan pengikut untuk demonstrasi.
Ada ke keluar dari Mulut PAS/PKR=mari kita sama2meninggikan taraf hidup raayat Malaysia terutama Melayu/Bumiputra yang keciciran!
Hidup UMNO/BN kerana berjuang untuk kseluruhan raayatMalaysia!