Friday, December 21, 2012

Koordinator BN Selangor Datuk Sri Ir Mohd Zin Mohamed selar kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dakwa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan. Penubuhan jawatankuasa kaji kadar cukai pintu dedahkan arahan datang daripada kerajaan negeri.


Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Zin Mohamed menyelar sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang memberikan alasan kenaikan cukai pintu 10 kali ganda berada diluar bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai tidak bertanggungjawab berdasarkan keputusan kenaikan kadar tersebut dan cukai yang berkaitan dilakukan oleh majlis bandaraya adalah berdasarkan arahan daripada kerajaan negeri.

"Bila masa kerajaan negeri tidak ada kuasa dalam urus tadbir kerajaan tempatan?

"Sebab saya fikir pelantikan semua ahli majlis dibuat dibawah kerajaan negeri. Itu sudah menjadi asas pertimbangan yang kukuh menyatakan bahawa memang dia (Abdul Khalid) ada kuasa.


"Saya pun pelik kalau dia cakap kerajaan negeri tidak ada kuasa," katanya sewaktu menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media Karnival Sayangi Selangor di I-City hari ini.

Sebelum itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa kerajaan Selangor mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kenaikan kadar cukai taksiran di negeri itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata keputusan akhir terletak di tangan kerajaan negeri selepas MBSA membentangkan hasil pendengaran bantahan dan masalah yang dikemukakan penduduk Kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh kepada jawatankuasa yang diketuai oleh Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

“Saya rasa kerajaan negeri lebih mengetahui perkara ini,” kata Mohd Jaafar.

“Sekurang-kurangnya saya rasa sebulan dan (keputusan) bergantung kepada jawatankuasa yang diketuai YB Ean punya jawatankuasa. Beliau akan panggil kita.


“Saya kalau boleh dalam masa sebulan (akan menyelesaikan isu yang timbul) atau sebulan setengah ataupun sampai isu ini semua orang faham,” katanya.

Kenyataan Mohd Jaafar sekaligus bertentangan dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Beliau mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

Sementara itu, Koordinator BN Selangor menyindir menteri Besar Selangor agar mengkaji semula bidang kuasa sebenar kerajaan negeri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya minta dia (Khalid) pergi semak samada tugas dia sebagai MB ada tanggungjawab dalam urus tadbir pihak PBT," katanya dalam nada sinis.


Read More, ANWAR, KHALID KAKI BOHONG






4 comments:

Anonymous said...

Hiya! I simply would like to give an enormous
thumbs up for the nice data you may have here on this post.
I will be coming back to your blog for more soon.


Look into my page seoul incheon airport transportation

Anonymous said...

Hiya! I simply would like to give a huge thumbs
up for the good data you’ve gotten right here on this post.
I can be coming again to your weblog for extra soon.


Visit my web site - third eye blind semi charmed kinda life mp3 download

Anonymous said...

Whats up! I simply wish to give an enormous thumbs up for the nice info you could have here on this post.
I will be coming back to your blog for extra soon.

Look into my weblog :: yahoo finance bourse cac 40

Anonymous said...

Whats up! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice info you
might have right here on this post. I might be coming again to your blog for extra soon.


Look into my web site - we got married seohyun and yonghwa ep 41