Tuesday, May 17, 2011

Berkat kesabaran Hadi Awang mempertahankan Anwar Ibrahim dari serangan isu video seks membolehkan beliau mengekalkan jawatan Presiden PAS tanpa bertanding.

Inilah contoh pemimpin yang istiqamah secara membabi buta sanggup mempertaruhkan pendirian golongan Pro Ulama demi tembolok jawatan kedua terpenting dalam parti (selepas Mursidul Am PAS).

GWM boleh mengatakan secara terbuka sudah tidak ada kepimpinan ulama dalam parti ini. Yang tinggal hanyalah 'kepimpinan ularmak kucing senak'! Hadi Awang bakal menjadi suatu lipatan sejarah pahit golongan Pro Ulama yang tewas dan sujud kepada golongan Pro Erdogan.

Amat malang bagi sebuah parti yang kononnya berlandaskan Islam sanggup menjadi buah catur Anwar Ibrahim dalam menentukan hala tuju dan perjuangan parti. Presiden PAS sudah menjadi badut sarkas yang bakal dipencenkan bila bila masa mengikut telunjuk 'Anugerah Tuhan'.

Apa lagi yang mampu dilakukan oleh Hadi Awang?


Hanya Nasharuddin Mat Isa yang tinggal untuk memperjuangkan kepimpinan Pro Ulama dari kekangan Pro Erdogan. Beliau dilihat bersendirian untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden meskipun mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas Mat Sabu.

Dan jika sekiranya beliau tewas, secara rasminya golongan Pro Erdogan akan menguasai pentas politik dalaman parti PAS.

GWM yakin Hadi Awang tidak memperdulikan apa yang bakal berlaku kepada Timbalannya. Yang penting jawatan dan kuasa 'separuh masak' yang perlu dikekalkan. Umum mengetahui Hadi Awang tidak mempunyai suara dalam parti PAS.


Pemilihan parti PAS bakal mencipta suatu sejarah dimana parti kedua terbesar yang penghuninya orang Melayu menjadi mainan wayang kulit Anwar Ibrahim. Ramai juga sahabat GWM dalam parti PAS mengeluh melihat krisis dalaman PAS yang semakin kronik dan sudah mencapai tahap ketiga barah politik. Cukup menyedihkan ...



12 comments:

Unknown said...

Anwar mandi peluh dengan kenyataan video ini... Mesti Saksikan!!!

http://maelpengerang.blogspot.com/2011/05/anwar-mandi-peluh-dengan-kenyataan.html

cucukerinci said...

G = Gila
W = wang
M = Maksiat...
Hari-hari dok buat fitnah tetapi mengaku baik ...inilah dia kerja pencacai umno...Allah maha tahu .

Unknown said...

HE HE HE ... MARAH BENAR CUCUKERINCI! GOLONGAN PRO ERDOGAN KE?

Anonymous said...

kenapa ngan cucukerinci...puak umno ja ka dok menfitnah,puak pas ngan pkr tak menfitnah ka???.....entah2 lagi teruk.opsss...lupa sokong pas masuk syurga.jadi klu menfitnah ka,rasuah ka,maksiat ka tak dak halnya.dah bulat2 masuk syurga...

Anonymous said...

tak jumpa jumpa lagi ke operasi mencari pelakon lucah tu... ni tah tah cucukerinci kot nak menyamar jadi omega dalam video tu. nak tanya sikit lehbtak?? cucukerinci pakai jam jenama ape ek?

Anonymous said...

cucukerinci...jangan lah marah ...nanti lekas tua. Kalau dah tua ..tak ada orang nak beli ..dah tak laku.
Kau ni mesti die hard supporter hamPAS.

Anonymous said...

Kedua2 pemimpin ni ada perangai yang sama..PENDENDAM..
Kecerdikan yang kurang.

Anonymous said...

HADI KEKAL PRESIDEN PAS..


SIAPA ANWAR NAK PENGARUHI PAS SPY LANJUTKAN HADI SBG PRESIDEN PAS?

PERSOALANNYA, ANWAR AHLI PAS KER?

ATAU UMNO PANDIKUTY YG BONGOK?

PepalangDot said...

Sumber MediaRakyat
pautan media rakyat


Kajang 16 Mei 2011, Berita mengejutkan satu Malaysia apabila isteri kepada individu pertama dalam pertuduhan skandal video seks yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Eskay secara umum memohon maaf kepada Datin Seri Wan Azizah atas kejadian yang berlaku. Isteri Eskay yang memakai baju kurung rona hijau dilihat berjabat tangan dan berbual mesra dengan Datin Seri Wan Azizah dihadapan bangunan Perkasa cawangan kajang di sekitar kajang. Datin Seri Wan Azizah mendesak...Baca artikel penuh

pautan
http://palangpalangdot.blogspot.com/2011/05/isteri-datuk-eskay-mohon-maaf-kepada.html

PAS Tulen said...

Undi PAS dapat pahala. Syukur alhamdulillah.

http://www.youtube.com/watch?v=J1_VVwlxIck&feature=player_embedded&t=225

Anonymous said...

Mana punyer sumber la ko pakai ni tamimi oiiii...ahahhaha...ko pasti ke itu jijah? ntah2 muke mcm jijah tp perut bukan perut jijah mana ko tau? ahhaahah

Anonymous said...

Undi PAS betul ke dapat pahala atau dpat kepala B atau kepala DAP.....Becakap kena guna otak..